Banglo Ummu Jah anak beranak…

Banglo Ummu Jah anak beranak

Aku tak kenal Nur Aishah Amin ni. Dia pun tak kenal aku. Tapi dia tentu terkenal selepas ni sebab menulis di kosmo: ‘Banglo Ummu Jah anak beranak.

Wartawan-wartawan ni lebih kurang sama macam aku juga, ‘anak zaman’. Dalam lain perkataan, orang yang dibentuk oleh zaman dia berada.

Zaman ni berapa ramai orang yang takutkan Tuhan? Orang yang sangat teliti atas perkataan yang ingin diucapkan, adakah benar atau tidak? Orang yang takut untuk menulis, selagi tidak dipastikan kesohehannya.

Allah sebut dalam Quran: “يا أيها الذين آمنوا إن جاءكم فاسق بنبأ فتبينوا ”
Ertinya: “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasiq membawa satu berita, hendaklah kamu selidik…”

Tapi ayat ini ditujukan pada orang-orang yang beriman. Kita ni anak zaman, duk kat akhir zaman pulak, bukan ambik kisah sangat soal iman, Allah, Malaikat, Rasul, alam kubur, munkar nakir, mahsyar, hisab,
syurga, neraka. Semua yang tak nampak.

Sebab tu bila ada berita dari mana-mana ‘sumber’, tak yah kaji, tak yah selidik, kalau boleh naikkan rating jualan, bubuh muka pertama. Yang penting boss suka, Tuhan lain kira, roqib atid peduli apa. Bagi ‘gempak’, tak kira apa carapun.

Mujur orang-orang Abuya dah dididik cool. Yakinlah, bila dah berlaku, itu adalah takdir Tuhan. Tentu ada 1001 hikmah. Kita sangat menerimanya. Allah ada cara mempromosi agama-Nya.

Cuma ada pembetulan dan tambahan fakta: Sewa Qas RSA yang diuruskan GISB tersebut adalah SR340,000 setahun bukan SR240,000 seperti yang dilaporkan. Ada 4 floor. Dilengkapi kolam renang, gym dan fitness, sauna, meeting room, bilik tamu ‘Arab Style’ (julus Arabi), lengkap dengan lift muat untuk 8 orang dewasa,

Di lantai 3, terletak surau dengan karpet hijau tebal yang indah, garajnya ada kenderaan rasmi Nissan Armada 4800cc (dibeli secara ‘cash’), tamannya dilengkapi buaian, papan gelongsor, wakaf dll, pergi sendirilah tengok.

Terima kasih Aishah. Jasamu dikenang.

nuraishah.amin@kosmo.com.my

NOTA: Banglo, kenderaan dll adalah untuk kegunaan GISB, bukan Ummu anak beranak sahaja…

Advertisements

2 thoughts on “Banglo Ummu Jah anak beranak…

  1. isu macam goreng pisang panas. Sekejap shj lakunya. Btw tak boleh salahkan wartawan, dah kerja mereka. Moga mereka dan para editor diberi petunjuk krn mrk tak faham.

  2. Salam, nampak nya Ust Abuya x jadi zahir 10 Muharram ni. “Ni mesti sbb anak buah x selesai lg”…. jwpan biasa dari org kuat GISB (“penjelasan Rasulullah”. katanya)…………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s