JASA GURU…..

Selepas sarapan falafil dan pekena teh ‘0’ di kafe Ikhwan Syria,aku dan Zul menyusun langkah, berjalan sepanjang Syari’ Solehiyah ke duwar sab’ baharat… Tujuan asal untuk tukar wang. USD100 dapatlah LS4675. Bila terjumpa pusat maklumat pelancongan, kami masuk. Ruangan lobinya luas tapi malangnya tiada sofa untuk duduk. Kerusi-kerusi hanya disediakan menghadap meja-meja staf yang bertugas. Di dinding dan tiang dihiasi dengan poster-poster tempat-tempat yang menarik di Syria. Antaranya Kota Solehuddin Al Ayubi, Masjid Umawi, Pasar Hamidieh. Lebih malang lagi, tiada satu pun gambar maqam-maqam sahabat atau ahli bait dipamerkan. Sedangkan dengan berkat merekalah, bumi Syam ini makmur dan aman, getus hatiku. Kami dilayan penuh mesra dan dibekalkan phamplet-phamplet tempat yang patut dilawati di Syria. Di tepi jalan ketika pulang,kami ditegur oleh seorang yang agak berumur, yg kami kenali selepas itu sebagai Cikgu Ibrahim dari Muar, Johor. “Dari mana?” “Malaysia, Johor,” jawabku. “Johor di mana?” “Muar.” “Saya pun orang Muar, Muar di mana?” “Kampung Tengah Bakri.” “Dekat dengan rumah Faqih Zaid?” “Dekat, lorong yang sama.” “Kalau balik kirim salam saya padanya, katakan Cikgu Ibrahim Ribath kirim salam. Saya belajar tauhid dengannya.” “InsyaAllah,” jawabku ringkas. “Apalah hadiah yang sesuai nak kirim padanya,” kata Cikgu Ibrahim.

Fitrah murni, walaupun tidak bermursyid, pandai Cikgu Ibrahim berterima kasih pada gurunya malah nak mengirim hadiah. Hanya satu ilmu yang dia belajar dari Faqih Zaid. Tapi malang, anak-anak murid Abuya yang belajar Islam praktikal semuanya dari Abuya, ada yang sanggup hina Abuya dan keluarga Abuya semata-mata hasad dan berkepentingan. Dimasyq mengajarku mengenal manusia…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s