PEMIMPIN SEJATI DIPERLUKAN…

Nampakny penunjuk perasaan di tiga negara, Mesir, Mauritania dan Algeria, bertindak meniru pencetus revolusi Tunisia dengan membakar diri sebagai bantahan terhadap keadaan politik di negara masing-masing.

Di Tunisia bulan lalu, seorang graduan menganggur Mohamed Bouazizi, 26, membakar dirinya kerana kecewa apabila pihak polis menghalangnya berniaga buah dan sayur-sayuran tanpa permit. Bouazizi kemudian mati di hospital.  Ia mencetuskan bantahan rakyat sehingga menumbangkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali. 

Di Mesir, seorang pemilik restoran kecil membakar dirinya di luar bangunan Parlimen, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan dasar kerajaan melarang pemilik restoran membeli roti subsidi. 

Di Algeria, seorang lelaki menghidap penyakit kronik membakar dirinya di Ghardaia selepas bertelagah dengan pihak hospital membabitkan harga ubat yang mahal. 

Pihak berkuasa Algeria berkata, setakat ini tujuh orang di tujuh bandar negara itu cedera atau mati akibat membakar diri.

Ketika di Amman, Jumaat 14hb Jan 2011, ada tunjuk perasaan selepas Solat Jumaat. Malah ada jalanraya yang ditutup akibat bantahan rakyat.

Semuanya kerana rakyat tidak puas hati dengan pemerintah yang ada. Hati mereka khususnya rakyat biasa dan bawahan merintih mengharapkan munculnya pemimpin sejati dari Tuhan.

Sebenarnya pemimpin-pemimpin dari Tuhan telah muncul, gerakan merekalah yang mengegarkan dunia sekarang.
ولكن أكثر الناس لا يعلمون

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s