***Kafe Nur Muhammad, Damsyik***

selamat menjamu selera

show sempena iftitah

bersama tetamu yang hadir

Salam ceria.
Pada 21-1-12, jam 2.00pm, bertempat di kompleks perniagaan sahah Maisat, berdekatan dengan Mujamma’ Abu Nur, di hadapan lebih 50 orang pelajar Malaysia di Syria dan sebilangan warga tempatan dan lain-lain negara, Sy Mazlan memberi ucapan pembukaan Kafe Nur Muhammad sempena Maulud Nabawi Syarif. Manusia paling agung, yang sangat inginkan keselamatan bagi kita. Bimbang dengan iman dan islam kita di akhir zaman ini. Sentiasa memohon, merintih, berdoa, merayu dengan tangisan pada Cinta Agungnya, Allah Taala agar kita umatnya dikembalikan padanya. Tidak menempuh jalan ‘al maghdub ‘alaihim’ juga jalan ‘ad dholin’.

“Di atas nama Tuhan dan atas nama Rasulullah saw lah GISB membuka sebuah kafe lagi di sini untuk kita semua berkasih sayang sempena bulan Rabi’ul Awal yang mulia ini.” Itulah antara kata-kata Sy Mazlan yang segak berbaju sejuk hitam. Ya, atas nama Tuhan, moga-moga kita jalani kehidupan ini, dan atas namaNyalah kita sanggup mati. Kita berniaga bukan kerana keuntungan material semata-mata. Kita berniaga kerana itulah perjuangan. Memperkenalkan sistem Tuhan, di tengah masyarakat yang berlumba-lumba menimbun kekayaan atau mencari rezki semata-mata. Tentulah berbeza.

Atas nama perniagaan, kaum Quraisy berdagang ke negeri Syam ini di musim panas sahaja kerana tak mampu menanggung kesejukan melampau di musim sejuk begini tetapi generasi sahabat, atas nama Allah dan Rasul, atas nama perjuangan, keluar berperang membebaskan negara-negara Syam dan lainnya dari cengkaman Rom tanpa mengira musim.

Itulah yang RSA lakukan, bukan sahaja di musim sejuk, Syria sekarang sedang gawat di ambang perang saudara, tapi RSA boleh buka satu permis lagi atas nama Allah dan Rasul saw. Moga-moga semua yang terlibat samada secara langsung atau mengirimkan doa dan power akan Allah beri ganjaran peningkatan roh. Roh yang tidak putus bersama mursyidnya. 100%, bila-bila dan di mana-mana. Amin. Atk.

Maaf, lambat diselesaikan tulisannya.

Homestay Ikhwan, Damsyik.
8.31am, Jan 31, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Syria gesa wanita goda pemantau Liga Arab

2012/01/22

Perisik Damsyik ikut pemerhati hingga ke bilik air

DAMSYIK: Syria mengancam pemerhati Liga Arab dengan ugutan bunuh dan menggunakan wanita untuk menggoda mereka, dakwa seorang delegasi Algeria kepada akhbar Britain, The Telegraph.
Bekas pegawai tentera Algeria, Anwar Malek, memberitahu akhbar itu bahawa dia meninggalkan negara itu selepas kerap diganggu selepas menyaksikan pembunuhan wanita dan kanak-kanak oleh pasukan keselamatan yang setia kepada Presiden Syria, Bashar Assad.
Beliau menyifatkan wilayah Homs, pusat penunjuk perasaan anti Bashar sebagai ‘zon bencana antarabangsa’.

“Ugutan dari ancaman bunuh hingga kepada memalukan kami di khalayak. Kami ke sini untuk memantau usaha rundingan damai tetapi sebaliknya melihat orang ramai dibunuh, dipukul dan ditahan polis, tentera dan militia,” katanya.

Malek meninggalkan Syria minggu lalu selepas keretanya diserang tembakan dan beliau berkata ia adalah dari penyokong Bashar.

“Sebarang komen negatif diabaikan dan pihak berkuasa cuba memeras ugut kami bagi merahsiakan apa yang kami lihat. Telefon bimbit kami disekat dan kami tidak dibenar menggunakan emel atau laman rangkaian sosial seperti Facebook untuk menyiarkan maklumat,” katanya.
Malek juga melaporkan bahawa kanak-kanak ditembak mati atau dibiarkan kelaparan manakala mereka yang terselamat didera setiap hari.

Misi pemantau Liga Arab bertujuan melaporkan kekejaman pentadiran Bashar termasuk menindas penunjuk perasaan dalam tempoh 10 bulan Kebangkitan Arab, meragut lebih 5,000 nyawa dan ramai yang cedera. Delegasi pemantau itu turut dikritik kerana bertindak sebagai pelindung Bashar.

Malek mengesahkan laporan sebelum ini bahawa pemerhati terbabit berada di bawah pemantauan berterusan pegawai perisikan Syria yang membawa mereka di seluruh negara.

“Pengintip memerhatikan kami sepanjang masa, dengan kamera, teropong dan peralatan pemantauan rahsia,” katanya.

“Saya diarahkan berada di hotel untuk tempoh yang lama dan kemudian gambar saya dirakamkan sepanjang masa termasuk semasa saya masuk keluar bilik air.

“Ideanya ialah mendapatkan gambar bogel saya untuk digunakan bagi memalukan saya jika timbul masalah,” katanya.

Beliau berkata, beliau melihat mayat tiga tentera Syria yang ditembak di belakang kerana ingkar terhadap pemerintah.

Jurucakap Liga Arab berkata sesetengah dakwaan Malek tidak berasas dan beliau tidak menghabiskan banyak masa menyertai lawatan pemerhati Liga Arab di negara itu. – Agensi

***Lagi tentang OWC Aka KTS!***

Salam ceria,
Apa kabo korang? Anjang sehat zahir. Roh masih belum dapat merindui Rasulullah saw di bulan kelahiran baginda yang mulia ini. Moga kita semua dianugerahkan rasa merindui baginda. Atk. So, macam mana Malaysia dan lain-lain base GISB?! Ok semuanya? Us Hafiz akan berpeluang ke Jerman, insyaAllah. Operasi buka Mat’am di sana. Setakat ni, bekas remaja Damascus ni, Imran seorang dah ke Eropah. Itupun lama berkursus di Jerash. Yang puteri, Syakira Amran dan Shahira. Juga Afiqah Rajip yang kehilangan ibu, kembali menemui Allah pada 5hb Januari lalu. Al Fatihah. Ayahnya Rajip Tana, rakan seperjuangan di JB. Bekas anggota Timbalan Setia.

Gempar la kalau buka mat’am kat Jerman. Jerman tu negara terkenal, maju, gah, bekas kuasa dunia. Perang Dunia ke 2 dulu, jelas kekuatan Jerman. Cuma dah filem-filem banyak dibuat di US, Jerman nampak kalah dah bodoh je. Macam filem ‘Combat’ masa anjang kecik-kecik. Asyik kalah je askar Jerman. Sedangkan Jermanlah yang cipta bom atom dan pelopor banyak aspek perubatan moden. Mereka juga membunuh berjuta-juta orang yahudi di waktu itu. Kata Abuya, hikmahnya besar, kalau tak tentu yahudi dah ramai sangat hingga ke Malaysia. Sekarang cuma ada ‘Jalan Yahudi’ di Penang. Orang yahudi dah tak de rasanya. Tapi anak didik yahudi ada di merata dunia. Nama di ic Islamic tapi anti sunnah Rasul. InsyaAllah Mat’am RSA akan di buka di sana tanpa bantuan bekas pengikut Abuya yang dah lama di sana tapi enggan bersama GISB. Tuhan ada cara membela agamanya.

Cuma nak ke Eropah ni, elok juga ada asas-asas bahasa. Kalau tak, jadi macam Hafiz Muhammad tempoh hari (tahun lepas), tak pasal-pasal kena patah balik ke Amman. Tak pe Fiz, ujian dalam perjuangan. Anjang pun bukan boleh sangat speaking. Tapi bila terdesak, bantai je. Yang penting sampai matlamat. Orang faham. Macam pagi tadi, chatting dengan orang US. Isunya, nak minta tolong Kelab Taat Suami aka Obident Wife Club carikan dia bakal isteri. Peluru RSA dah sampai USA, dah ramai yang terkena. Ada yang jatuh hati, ada yang sakit hati. Yahudi yang marah dah sampai ke Malaysia mencari ‘golongan pelik’ ni tapi malangnya ada orang-orang agama di Malaysia yang menentang KTS. Nak ajak taat suami pun ditentang. Allah suruh tuuu. Rasulullah saw ajar tuuu. Dah tu nak ikut siapa? Tapi fitrah murni, yang tak dicemari hasad, dengki, takutkan makhluk lebih dari Tuhan, akan mengakui, apa yang KTS usahakan adalah kebenaran. Orang dari New York pun nak minta khidmat mencari pasangan.

Ni la lebih kurang broken English anjang dok chat dengan si Mike ni.

Mike: Salam brother, how are you?
-Salam, fine. How about you?

Mike: Brother I don’t live in indonesia but will like to go to obident wife club to find a wife, is that possible?
-Where are you living?

Mike: I am living in New York city, United States. Where are you?
-Syria, war zone.

Mike: Wow! be careful brother.
-How do you know about OWC?

Mike: From a friend but I lost contact with him.
-You are American?

Mike: What cuntry are you orginally from, I am glad you speak English.
-Malaysia…
-Poor English…

Mike: Not American, but American citizen. I am orginally from The Dominician Republic, I came to New York when I was 5 years old.
-Fuuh, how is life there?

Mike: Life is good here in USA.
Do you know people from OWC in Indonesia?
-About OWC in Indonesia, I’ll try to fine it.

Mike: I think they are in Bogor, Indonesia… Not sure.
-How do you know about OWC?

Mike: I heard about OWC from a friend here in America but I lost contact with him.
-Oh… I repeat my question, sorry.

Mike: That’s ok brother, you see your English is good.
-Are you muslim Mike?

Mike: Yes Sir, I am.
You think you can help me find wife ?????
-Actualy, to be honesty, in my condition here, the answer is: no.
-May I ask you a question?

Mike: Ok brother, I understand,
any thing I can do to help?
Yes, ask me what ever you like.
-How do you find/know about me?

Mike: Added friends from OWC and you are friends with them. I saw you online and decided to say hello, hope it’s ok.
-I need nothing from you except doa/pray for us here.
-See you, I have a arabic grammar class for my beloved brothers here, salam.

Mike: Ok brother, nice meeting you. Mail me anytime u like.
-Ok

Mike: Take care and please becareful!
-Thanks for your advice.

Anjang sebenarnya belum ada jawapan tepat bila orang bertanya tentang nak minta carikan isteri sebab kita bukan beri khidmat mencari jodoh. Tapi melalui perbualan ini, dan banyak lagi call yang pihak KTS terima ketika sesi kaunseling sebenarnya menunjukkan KTS sangat terkenal di seluruh dunia. JAIPk pun terkenal juga sebab merupakan satu-satunya jabatan agama yang membuat serbuan ke KTS. Mengapa tiada serbuan di Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu yang juga lancarkan program yang sama. Kalau ikut demokrasi (orang RSA tak percaya demokrasi), banyak tu betul. Ertinya tak serbu itu betul, serbu itu tak betul. Tapi dah berlaku, nak wat camne? Macam dah serbu Bandar RSA Bt Hampar tahun 2010. Popular juga la JAIPk. Tapi rasanya orang US, London, Australia, Indonesia, Timur Tengah dan seluruh dunia tentu lebih mengenali KTS akan OWC dari JAIPk. Akhir kata, selamat bertugas kepada penjawat awam di JAIPk dan selamat berjuang kepada para ahli GISB.

Ampun maaf.

Ikhwan’s Homestay, Damascus
2.46pm, Jan 30, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

P/s
Jamil: Kerajaan pantau Kelab Taat Suami

WARTAWAN SINAR HARIAN
28 Januari 2012

KOTA BHARU – Kerajaan akan memantau secara berterusan pengisian program Kelab Taat Suami (KTS) bagi memastikan pertubuhan itu tidak menyebarkan ajaran yang bertentangan dengan agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, langkah itu perlu sebelum pihak berkuasa boleh mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan tersebut.

-Pantau Datuk, pantau. Jangan tak pantau. Tapi yang di bawah ni dibiarkan lama… 3 tahun dah beroperasi beb.

Kilang’ pelacur 24 jam di Meru
Oleh WARTAWAN KOSMO! AHAD
berita@kosmo.com.my

KLANG – Sebuah bangunan kilang industri kecil dan sederhana (IKS) di sekitar Meru dipercayai menjadi tempat menyediakan perkhidmatan seks sejak tiga tahun lalu.

Dengan bayaran serendah RM50, perkhidmatan itu disediakan khusus untuk warga asing. Difahamkan, lelaki tempatan tidak dibenarkan memasuki premis itu kerana pengusaha khuatir rahsia mereka diketahui.

Bagaimanapun, kegiatan tersebut mula terbongkar selepas penduduk berhampiran mendapati premis itu semakin kerap dikunjungi warga asing akhir-akhir ini.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Ahmad, 40, berkata, apa yang dibimbangi ialah aktiviti tidak bermoral itu akan mempengaruhi generasi muda di kawasan sekitar.

“Kita tidak mahu kawasan ini dijadikan pusat pelacuran. Kegiatan tidak bermoral itu sekarang semakin mengundang ketidakselesaan penduduk,” ujarnya.

Kata Ahmad, pelanggan tempat tersebut terdiri daripada warga Nepal, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam.

“Saya difahamkan pengusaha premis terbabit menggunakan wanita warga Indonesia sebagai pelayan khidmat seks dan ia amat laris pada hujung minggu,” katanya.

Jelasnya lagi, pusat tersebut beroperasi 24 jam sehari. Semua pelanggan perlu menggunakan pintu belakang bagi memasuki tempat itu.

“Sekali pandang bahagian hadapan bangunan tidak ubah seperti penempatan setinggan warga Bangladesh,” beritahu beliau.

Ahmad berkata, beliau pernah cuba memasuki tempat tersebut namun telah dihalang pengusaha terbabit yang mengetahui beliau orang tempatan.

***Highlightkan seks, KTS diserbu***

Salam ceria,
“Nak masuk Yayasan Arqam mana?” Kata Ust Ibrahim Mal ketika anjang datang dengan abg Akub untuk mendaftar ke Yayasan Al Arqam Sg Pencala Januari 1985. “Sini dah tutup. Boleh pilih Kg Sempadan, Pahang atau Alai, Melaka.” Sambung beliau lagi. Padan agak sunyi dari pelajar-pelajar berjubah dan serban putih yang ramai melayanku pada Kursus Kefahaman Islam bulan lepas, getus hatiku. Yang ada hanya timbunan selipar pelbagai saiz dan keadaan peninggalan kursus.

Pada tahun-tahun 80′an Darul Arqam sudah sangat terkenal memperjuangkan syariat Allah dan sunnah Rasulullah saw secara syumul di bawah pimpinan Abuya Ashaari. Dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besarnya untuk saiz jemaah telah Arqam buat. Abuya tak pernah mahu berkompromi dengan yahudi dan nasoro sejak awal lagi. Perang tetapi tidak menumpahkan darah. Bermusuh tapi tak tergadai akhlak Islam. Perang sistem.

Pakaian lelaki jubah, selalunya warna hijau atau hitam, berserban Turki, di dalam kain pelikat berseluar sufi, dengan bert shirt pagoda. Bercelak dan bersugi. Simpan janggut kadar segenggam dan misai ber’trim’ kemas. Perempuan pula berfurdah hitam atau warna yang gelap, dengan ‘tingkap’ berbutang klip yang kemas. Nampak mata je…

Lahir, klinik Arqam, Pengajian; kalau bayi, nurseri Arqam, kanak-kanak, tadika Arqam. Pastu yayasan Arqam yang ada merata negara. Pelajar dah capai 10 ribu orang. Yang dewasa, Fardu Ain mingguan, Fardhu Ain Zon, Duduk, kampung Arqam. Makan minum, mi Arqam, kicap Arqam, sos Arqam, taucu Arqam, tauhu Arqam, roti Arqam, air oren Arqam. Bahan bacaan, surat khabar Arqam, majalah Al Ain, Al Munir, Al Mukminah. Video, video-video ceramah Arqam, malam puisi Islam. Hiburan, nasyid Arqam. Rangkaian perniagaan dan kilang pemerosesan makanan ada di seluruh negara. Markaz-markaz, ada di banyak negara di dunia. Pendek kata seluruh aspek kehidupan telah Abuya ‘highlight’kan bagaimana Islam patut diamalkan.

Korang tak akan nampak orang Arqam berserban minda, mengeluarkan sebatang rokok dari poket jubahnya, ketuk-ketuk lalu menyalakan lighter dan berasap-asap seperti sebahagian anggota jemaah Islam atau politik Islam. Islam Abuya lain dari Islam yang mereka faham. Dalam poket orang Abuya ada tasbih 10/50, minyak wangi sweet Malaya (dll jenama), kayu sugi dan mungkin sapu tangan.

Korang tak akan jumpa orang Abuya yang ambil ‘loan’ untuk beli kereta atau rumah. Jarang yang ada tv di rumah. Kalau adapun, berserta alat pemain video VHS dan koleksi video Arqam. Masuk politik, bertakbir sakan, anak isteri tak tutup aurat. Menyuruh orang Islam, diri tak dibaiki. Atau bekerja untuk Islam tapi mengambil gaji. Kerja ikut waktu pejabat 8am-4pm. Lepas tu, jangan ganggu-ganggu sangat. Marah. Tunggu esoklah. Habis waktu pejabat, ada kuliah-kuliah di merata tempat. Ada envelop ketika salam. Soal orang nak amal atau tak, tak amik kira. Yang penting dah sampaikan Islam. Selalunya diri sendiri dan family pun terbarai.

Pendek kata, kalau ikut kitab-kitab fekah yang muqaddimahnya selalunya dimulakan dengan asas tauhid, pastu rubu’ ibadah, pastu muamalat, pastu munakahat, pastu jenayat…dah semua Abuya buat kecuali jenayat kerana ia adalah tanggung jawab negara.

Tiba-tiba bila GISB dan KTS ‘highlight’kan bab seks suci Islam, memperkenalkan Rasulullah saw dari sudut hubungan suami isteri yang ianya termasuk rubu’ munakahat ada yang melenting. Patut tonjolkan perkara lain, ini tak penting. Ini bukan matlamat… Bla…bla…bla. Yang dah Arqam, Rufaqa buat selama ini kamu haramkan. Hampir semua dah di’highlight’kan. Yang kamu punya mana? Masyarakat inginkan Islam praktikal, Islam contoh, bukan ceramah-ceramah, amik envelop, berbelanja masih di Giants, dan Tesco lagi.

Sebenarnya bila jemaah PBT dah menabalkan Rasulullah saw sebagai tokoh seks suci Islam sempena maulidur rasul tahun ini, itulah kemuncak. Dah hujung bab munakahat. Pasni masuk rubu’ jenayat. Ertinya dah hampir sangat Daulah Islamiyah berlaku di Malaysia.

Wahai Rasulullah saw, demi kemuliaanmu, syafaatkanlah kami untuk menjadi seperti para sahabatmu. Sanggup mati untuk Islam. Membela agama yang hendak dipermain-mainkan oleh yahudi. Sucikan hati kami ya Allah, kalahkan nafsu kami dan yahudi dengan berkat RSA. Terima kasih kepada BUJ yang sentiasa memberi panduan, teguran dan didikan. Amin..

Ikhwan Homestay, Damascus.
4.10am, Jan 29, 2012
Anjangmuor.wordpress.com

Forum seks Kelab Taat Suami kena serbu
Oleh Shamsul Kamal Amarudin
shaka@bharian.com.my
2012/01/26

ANGGOTA penguat kuasa JAIP menanggalkan poster yang dipamerkan pada Pelancaran Kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) di Ipoh, semalam. – Foto Ikhwan Munir

IPOH: Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam menyerbu sebuah banglo di sini yang dijadikan lokasi forum kempen Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam oleh Kelab Taat Suami (KTS) yang didakwa dianjurkan sempena sambutan Maulidur Rasul.

Ketika serbuan, kira-kira 50 ahli KTS dan Global Ikhwan Sdn Bhd, iaitu syarikat yang ditubuhkan oleh bekas ahli kumpulan haram al-Arqam, tergamam apabila sepasukan anggota penguatkuasa JAIPk menyerbu mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 4.15 petang di kawasan perumahan mewah di Persiaran Harimau itu, 10 anggota penguatkuasa JAIPk yang menaiki dua van merampas komputer riba dan poster berkaitan kempen berkenaan serta mengambil keterangan daripada peserta.
Pengarah JAIPk, Mohd Yusop Husin, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan serbuan itu dan pihaknya masih menyiasat kes berkenaan.

Namun, serbuan dipercayai ada kaitan dengan kempen yang dikatakan merendahkan kedudukan Nabi Muhammad SAW, selain mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam.

Siasatan juga bagi menentukan kegiatan kumpulan itu ada unsur-unsur Aurad Muhammadiyah kerana keseluruhan ahli KTS dan syarikat terbabit adalah bekas ahli al-Arqam, selain ada gambar besar pengasas kumpulan itu, Ashaari Muhammad yang telah meninggal dunia dalam premis berkenaan.

Sementara itu, KTS menjemput wartawan untuk menghadiri persidangan media mengenai program yang pada mulanya dijadualkan pada waktu pagi tetapi ditunda waktu petang. Namun, sesi berkenaan bertukar kepada sesi soal jawab bersama Ahli Lembaga Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd, Ahmad Bakhtiar Ahmad dan Hamdan serta empat ahli KTS Perak.

Ahmad Bakhtiar berkata, kempen itu bermula semalam sempena 1 Rabiulawal dengan acara kemuncaknya ketika sambutan Maulidur Rasul pada 5 Februari yang bertujuan menampilkan Rasulullah sebagai tokoh hebat yang perlu dicontohi dalam semua aspek, termasuk kemampuannya memuaskan hati semua 11 isterinya.

Beliau berkata, kempen yang bermula serentak di sini, Kuala Lumpur, Kuala Terengganu, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu juga mahu menghebahkan bahawa seks dalam Islam lebih hebat daripada seks yang dicanangkan oleh masyarakat Barat dan Yahudi.

“Seks suci Islam harus dibezakan dengan seks haram yang dipelopori Barat dan Yahudi. Nabi (Muhammad) adalah insan yang sangat takut kepada Tuhan, jadi Allah bagi keistimewaan diberi tenaga manusia yang kuat dalam seks dan memberi layanan terbaik kepada isteri sebagai balasan kuat ibadat kepada Allah,” katanya.

“Jadi, kempen ini sebenarnya untuk menaikkan darjat Nabi sehingga ke taraf `superhero’ dan menjadi contoh umat manusia, bukannya untuk merendahkan kedudukan baginda,” katanya.

*** Isu KTS, “…Taubat nasuhalah wahai Tuan…” ***

Salam ceria.

Rabiul Awal adalah bulan yang indah. Terjemahannya yang simple ‘Awal Musim Bunga’. Keindahannya bertambah-tambah bila di bulan inilah dilahirkan junjungan Nabi Muhammad saw ke dunia secara fizikal walhal secara rohnya, Nur Muhammad adalah kejadian yang pertama. Rasulullah saw manusia luar biasa sejak belum dikandung Siti Aminah lagi. Mengandungkannya dan melahirkannya sangat membahagiakan Siti Aminah, betapa lagi berlaku kejadian demi kejadian yang membuktikan baginda sangat luar biasa. Bukan seperti yang didakwa oleh Nik Aziz, dia seperti mana-mana ‘mamat kampung’. Tidak, tidak sama sekali!!

 

Firman Allah di dalam Al Quran: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu ada contoh yang terbaik buat kamu.” Allah yang beritahu, pada diri Rasulullah itu contoh untuk umatnya. Allah tak hadkan contoh di satu sudut. Baginda contoh terbaik di semua sudut. Berpakaian, makan minum, tidur baring, bermusafir, Ibadah, akhlak, pergaulan, perjuangan, pengorbanan, perhubungan, politik, tawakkal, sabar, berani, redha, bagaimana berperasaan dengan Tuhan dan lain-lain. Dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besarnya, semuanya adalah contoh terbaik.

 

Bila KTS aka OWC menabalkan baginda Rasulullah saw sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’ sempena bulan Rabiul Awal yang mulia ini, tiba-tiba ada suara-suara sumbang yang meminta ahli-ahli KTS bertaubat nasuha kerana menghina Rasulullah saw.

 

Macam biasalah, serbu, rampas, tangkap, tanpa perbincangan, ‘menjatuhkan hukuman’ di dada-dada akhbar dengan tajuk-tajuk yang menunjukkan KTS bersalah sebelum dibicarakan.

 

‘Tolak kempen Kelab Taat Suami cemar kesucian Islam’

‘Kempen KTS rendahkan martabat umat Islam’

’50 ahli KTS disoal siasat’

‘Boleh cemar imej Islam’

‘Kempen Satu Penghinaan’

 

Ya, tanpa bertukar pendapat dan mendengar dahulu. Seolah-olah agama ini milik istimewa mereka sahaja.

 

Korang tentu tahu, setiap Nabi, Tuhan utuskan untuk mengenalkan kaumnya kepada Tuhan dan syariatNya. Sedangkan Nabi Muhammad saw adalah utusan Allah untuk umat Arab dan ‘ajam (bukan Arab). Setiap Rasul pula, Allah bekalkan dengan mukjizat untuk menundukkan kaumnya. Jika sesuatu kaum itu berbangga dengan kelebihannya, atas kebesaran Tuhan, Nabi yang diutus lebih hebat dari kebanggan kaum tersebut.

 

Kaum Nabi Musa as berbangga dengan kebolehan sihir. Mampu menyihir mata manusia hingga melihatkan tali temali yang mereka campakkan itu seperti ular. Tuhan anugerahkan Nabi Musa as mukjizat dengan tongkatnya boleh berubah menjadi ular, menelan ular-ular ahli sihir Firaun. Kaum Nabi Isa terkenal dengan kemahiran dalam bidang perubatan. Tetapi kemahiran mereka sudah tentu tidak sampai mampu menyembuhkan pesakit kusta dan menghidupkan orang mati. Dengan kuasa Allah, Nabi Isa as diberi mukjizat mampu melakukannya. Maka menanglah kebenaran.

 

Begitu juga dengan Nabi Muhammad saw, diutus di tengah bangsa Arab yang fasih bersyair dan tinggi sasteranya. Maka dengan mukjizat Al Quran, bangsa Arab tidak mampu menandingi baginda.

 

Jangan kita lupa atau buat-buat lupa, Arab Quraisy juga berbangga dengan banyaknya wanita yang mereka kuasai. Samada sebagai isteri, gundik, berzina dan lain-lain. Dalam Bahasa Arab disebut: ‘kanu yafkharun bi fuhulatihim’. Mereka dulu berbangga dengan ‘kejantanan’ mereka. Hebatnya mereka di ranjang. Tanpa mengira halal dan haram. Maka lahirlah ramai anak-anak zina hingga bangsa Arab malu mempunyai anak perempuan takut dinodai dan melahirkan anak-anak tanpa bapa lalu memalukan keluarga.

 

Maka Allah datangkan Rasulullah saw yang seluruh kehidupannya menjadi contoh umatnya. Dia mampu memiliki 11 isteri secara suci, sah dan halal. Mendidik semua isteri-isterinya menjadi wanita mulia. Maka bungkamlah kaum Quraisy, tak mampu berhadapan dengan kehebatan Nabi Muhammad saw. Tidakkah seorang lelaki yang berkahwin dengan 11 wanita begini tidak boleh dinobatkan sebagai ‘Tokoh Seks Suci Islam’? Di mana salahnya? Tang mana yang merendahkan Islam? Kalau ibadah, akhlak, perjuangan, pengorbanan kita jadikan Nabi sebagai idola, bab seks ni siapa idola umat Islam?

 

Perkahwinan dihalalkan seperti makan minum dihalalkan. Buat yang halal pun mencemarkan imej Islam ke? Korang perlu faham, Yahudi yang mengejek 11 isteri itu sebagai sesuatu yang hina. Sedangkan Rasulullah saw berbangga. Malah Rasulullah saw berbangga dengan hasil seks suci iaitu anak yang ramai.

 

Mafhum sabda Nabi: “Bernikah kahwinlah, ramaikanlah anak, sesungguhnya aku berbangga dengan umatku yang ramai di hari qiamat kelak.”

Di mana yang mencemarkan kesucian Islam. Yang tercemar Islam yang suci ke Islam tajaan yahudi?

 

Tak heranlah yang cakap pun dah rata-rata malu dengan sunnah. Bangga tak berkopiah, malu nak berserban, bangga dengan kot yahudi, malu menyarung jubah, lagilah kalau berwarna hijau kegemaran baginda saw. Bangga dengan rokok yahudi, bangga dengan makan gaji, berkereta mewah, berumah besar, sedangkan Rasulullah saw dan sahabat berkorban habis-habisan hingga nyawa demi Islam. Mereka malu dengan apa yang Rasulullah saw banggakan.

 

Sekarang siapa yang patut taubat nasuha? Orang yang mengiakan ejekan yahudi konon kahwin 11 isteri itu jatuh martabat, berkahwin 11 konon gila seks atau orang yang memperjuangkannya? Itulah ketinggian, ketokohan, keluarbiasaannya, kebesarannya sebagai seorang Rasul. Yahudi merendahkannya. Ia adalah hero sebenarnya.

 

KTS tak buat salah apa pun. Memang 11 isteri itu selamat menjadi wanita-wanita yang mulia. Itu kenyataan yang besar dan mahal. Yahudi putarbelitkan. Kebesaran Rasulullah saw diputar belitkan. Yahudi pembohong besar. Kenapa ikut yahudi, kita tukar kata hinanya mempunyai ramai isteri??.

 

Malah dalam hadis mengatakan, dalam sehari Rasulullah saw boleh lakukan hubungan dengan semua isteri-isterinya. Ertinya 11kali seks. Hanya Nabi Muhammad saw yg mampu. Hebatnya baginda, mengapa malu? Ia suci dan halal. Sedangkan persatuan gay ditabalkan di barat, kahwin sejenis dianggap kemuliaan. Jelas pembohongan.

 

Kalau engkau minta taubat nasuha, kamu yang kena taubat nasuha kerana seorang lelaki Malaysia berkahwin sejenis di barat. Sehingga Malaysia, islam orang Melayu dihinakan begitu sekali. Pihak berwajib perlu bertaubat nasuha atas itu. Sepatutnya kamu didik rakyat agar tidak terlibat dengan zina dan liwat tetapi hari ini, ia dibanggakan.

 

Sudah beratus ribu anak zina dilahirkan. Sudah beribu-ribu dicampak, dibuang, ditinggalkan di tapak perlupusan sampah, di parit dan sungai, di mangkuk tandas tanpa harga, siapa yang perlu bertaubat? Video lucah berleluasa, bahan-bahan prono boleh didapati begitu mudah di telefon bimbit. Anak-anak muda berpeleseran di merata tempat seluruh negara, siapa yang perlu bertaubat? Semua itu tak menghina agama? Tak merendahkan Rasulullah saw. Siapa yang nak bela agama ini? Kamu wahai pemegang amanah agama! Bartaubat nasuhalah.

 

Ahli KTS yang aku kenali memang sentiasa bertaubat dengan ‘ilahi las…’

dan doa taubat Nabi Yunus. Beratus-ratus kali setiap hari. Moga Allah jadikan kita seperti hati Sy Abu Bakar ra yang sentiasa bertaubat, sesuci hati ASZ yang kekal bertaubat… Akhir kata: Rasulullah saw adalah tokoh di seluruh kehidupan…

Selamat ulangtahun kelahiranmu wahai Paduka Tuan, kami merinduimu…

 

Ikhwan Homestay, Damascus.

2.55pm, Jan 28, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

 

Kempen satu penghinaan

PUTRAJAYA: Pelancaran kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ oleh Kelab Taat Suami seolah-olah menunjukkan satu penghinaan kepada Nabi Muhammad s.a.w, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

 

Beliau berkata, ini kerana kempen dengan tema berkenaan boleh mengundang kekeliruan kepada masyarakat memandangkan perkataan seks itu sendiri pada pandangan umum memberi tanggapan berbeza.

 

 

“Penganjuran kempen seperti ini adalah dilarang sama sekali kerana ia seolah-olah penghinaan kepada Rasulullah. “Walaupun Rasulullah berkahwin dengan 11 perempuan, tetapi Baginda bukan gila seks. Jika kita sebut mengenai seks ia memberi maksud yang lain pada pandangan umum,” katanya ketika dihubungi, bagi mengulas kempen itu.

 

Semalam, Kelab Taat Suami dilaporkan melancarkan kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’ sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini. Presidennya, Fauziah Ariffin dipetik berkata, kempen berkenaan bagi mengajak umat Islam terutama pasangan suami isteri supaya mengamalkan kehidupan Rasulullah. Katanya, Rasulullah menjadi panduan kepada umat Islam dan ia termasuk aspek ibadat keluarga dan kehidupan seks.

 

 

***Lelaki bermata biru dan KTS***

belakang anjang tu masjid labu la....

Salam ceria,
Anjang tinggal di Tal’ah Layali Syams, Awal Syari Asaduddin dekat Sahah Syamdin. Tak jauh dari Masjid Labu. Budak Melayu namakan Masjid Labu, orang sini namakan Masjid Rukniah. Dipanggil labu oleh anak pelajar kita mungkin kerana kubahnya berbentuk seperti labu berwarna coklat kemerahan. Tak ubah seperti labu. Tal’ah Layali Syams diambil sempena kedai menjual kaset-kaset penyanyi-penyanyi Dunia Arab dengan nama ‘Layali Syam’, terletak betul-betul di awal lorongnya. Pemilik kedai kecil comel ini-sepertilah banyak premis di Damascus ni, Abu Fadi seorang pengarah dan pelakon filem di Syria. Agak berumur tetapi tampak segak dengan topi dan kot hitamnya walaupun seluruh rambut, misai dan janggutnya sudah putih menggambarkan usianya yang telah berlalu. Aku kerap berbual-bual dengannya mengenai pelbagai topik, kerana pada wajahnya seperti ada kejujuran. Mungkin dia keturunan orang baik-baik.

Suatu hari kami berbual mengenai isu perkahwinan, kebetulan aku berkunjung ke premisnya dengan Nasibah. Abu Fadi,: “Kamu sudah beristeri 3 sedangkan aku telah menduda selama 17 tahun…” Katanya dengan nada bergurau tetapi seperti menyembunyikan sesuatu di sudut hatinya. “Kenapa tidak berkahwin, bukankah Abu Fadi, sebagai pelakon terkenal, ada ramai kawan-kawan dan peminat?” Aku menduganya. Abu Fadi bercerita panjang mengenai kesukaran mencari pasangan yang baik. Pernah dia cuba merisik seorang janda beranak satu. Bila dia berkunjung ke rumah keluarga wanita tersebut, soalan pertama yang diajukan,:”Adakah kamu mempunyai rumah?”, dia menerangkan yang dia tinggal di rumah sewa sejak puluhan tahun. Dan dia mampu membayar sewanya. Keluarga perempuan tersebut mahukan sebuah rumah dan terus ditukar milik kepada nama wanita tersebut, disamping kenderaan, perabut dan lain-lain. Berang dengan permintaan yang bermacam-macam, Abu Fadi mengatakan, “Kalau rumah peribadi, aku ada. Tapi kecil sangat.” “Di mana?, berapa luasnya?” bersemangat mereka bertanya. Dengan selamba Abu Fadi menjawab, “Saiznya 2 meter kali 1 meter, iaitu lobang kubur di tanah perkuburan!” lalu terus meninggalkan keluarga itu yang sangat marah dengan jawapannya. Sampai saat ini, duda beranak dua ini belum berkahwin.

Di tepi pintu hadiqah berdepan dengan Mat’am Sehah, aku berbual dengan seorang pemuda Syria yang hansome. Dia Pekerja bengkel Abu ‘Amer, dengan badan yang tinggi, bermata biru, rambut berombak-ombak, boleh saja jadi hero filem di Malaysia. Di sini dia hanya tukang kimpal besi, yang duduk menghabiskan rokok bila letrik ‘blackout’. Dia bertanya apakah sebenarnya hukum ‘adah sirriah’ (onani). Sambil mengadu hal anak saudaranya yang sudah tak boleh hentikan tabiat tersebut. “Kalau dalam jemaah kamu, apa yang syeikh hukum jika ada remaja lakukannya?” dan bermacam-macam soalan lagi. Dia mengadu hal anak saudaranya tetapi, dalam masa yang sama, bila lalu perempuan-perempuan muda di pintu hadiqah itu, kedua mata birunya sudah tidak memandang aku lagi. Susahnya bernikah di negara Timur Tengah ini. Ia disusah-susahkan. Sudah tentu adalah perancangan jangka masa panjang untuk merosakkan umat ini. Akhirnya, kamu akan melihat seorang yang dah agak berumur sedangkan anak sulungnya baru masuk pra sekolah. Waktu muda sebelum berkahwin sudah terlibat dengan berbagai maksiat terancang tajaan yahudi.

Sedangkan perkahwinan dan seks itu suci di dalam Islam. Ia adalah anugerah Allah untuk hamba-hambaNya. Jika tepat perlaksanaanya, ia juga ibadah. Ia mendekatkan hamba pada Tuhan. Tetapi, oleh yahudi diselewengkan. Maka apa yang terjadi adalah kerosakan demi kerosakan. Bila GISB menubuhkan ‘Kelab Poligami’ diikuti dengan ‘Kelab Taat Suami’, maka timbullah bermacam-macam andaian dan kecaman. Tak kurang juga fitnah dan tekanan. Pepatah Arab mengatakan, (lebih kurang mafhumnya) -

‘Jika sesebuah hutan itu tidak terbakar, tak akan diketahui adanya pohon gaharu di situ.’

Rupanya, sedikit kesakitan dan tekanan mendatangkan ramai lagi manusia yang ingin mengetahui perihal yang sebenarnya. Tuhan ada cara bagaimana nak memberitahu manusia kebenaran, walaupun ramai manusia cuba menghalangnya.

Ok, jumpa lagi.

Rumah Syabab, Abu Nur.
7.52pm, Jan 25, 2012.
Anjangmuor.wordpress.com.
“Kelab Taat Suami semakin dapat sambutan selepas buku seks diharamkan,” kata presiden
 
KUALA LUMPUR — Walaupun kerajaan mengharamkan terbitan buku panduan seks namun Kelab Taat Suami yang mempunyai keahlian seramai 2,000 orang percaya kelab itu akan terus mendapat sambutan menggalakkan.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, pengharaman buku panduan seks bertajuk “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia” tidak akan menyekat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata pihaknya akur dengan pengharaman dibuat Kementerian Dalam Negeri itu menambah rakyat akan “menilai mana yang baik dan mana yang buruk.”

“Buku itu sudah diwartakan sebagai haram oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), jadi kita tidak terbitkan lagi namun orang ramai beranggapan ia sangat berguna kepada perkahwinan mereka kerana buku itu memberi makna yang besar.

“Kami tidak mahu timbulkan kontroversi, kita tidak mahu timbulkan masalah dan kita akan membiarkan masyarakat menilai mana yang baik, mana yang buruk,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, komuniti Islam atau pasangan suami isteri masih boleh mendapat kaunseling dari pihaknya walaupun buku panduan seks itu tidak lagi diterbitkan.

“Kalau mereka rasa ia (buku) baik, mereka akan datang untuk mendapatkan kaunseling, maka kita terbyka untuk beri kaunseling kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, masih ramai komuniti Islam bertanyakan tentang buku panduan seks itu walaupun selepas ia diharamkan.

Fauziah berkata Kelab Taat Suami pimpinannya juga semakin mendapat sambutan selepas kontroversi yang berlaku.

“Saya katakan ya, kita memanng mendapat sambutan…memang orang kata setelah kerajaan menghalang apa yang kita lakukan tetapi sokongan semakin bertambah dan keahlian kita semakin ramai.

“Walaupun hanya 2,000 orang di Malaysia tapi ia adalah ukuran yang besar. Sebenarnya jumlah yang tidak menjadi ahli dan mendapatkan kaunseling daripada kita jumlahnya lebih besar,” katanya.

November lalu Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks terbitan Kelab Taat Suami.

Pihak kementerian berkata mereka yang memiliki buku berkenaan boleh didenda sehingga RM5,000.

Mereka yang didapati menerbitkan semula buku itu, berjudul “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia”, bagi tujuan jualan boleh dipenjara sehingga tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Kelab itu mencetuskan kontroversi apabila pelancarannya diumumkan awal Jun lalu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

 

***KTS vs Ariff Alfian***

Taat setaat-taatnya hingga Mursyid menjadi benteng dirinya...

Salam ceria.

KTS adalah siri-siri keajaiban yang PBT cetuskan kepada dunia. Betapa tidak, hanya sebuah kelab, yang keahliannya tak sampai tiga ribu orang, hiruk pikuk dunia yahudi dibuatnya. Tak cukup dengan wawancara di radio, tv, press conference, para ‘wartawan’ yahudi follow hingga ke bandar-bandar yang Abuya cetuskan untuk melihat sendiri kehidupan orang-orang Abuya. Bertemu dengan penggerak-penggerak KTS. Seriusnya yahudi mendapatkan maklumat tentang KTS sedangkan di Malaysia, tak ramai yang betul-betul ambil tahu.  Akhirnya, sudah tentu agen-agen yahudi ini tahu siapa sebenarnya Abuya dan pengikutnya.

Demi nak lawan KTS lah yahudi sanggup menyiarkan perkahwinan sejenis antara orangnya dengan pemuda Melayu. Bukan tak ada orang yang mengamalkan hidup songsang ni sebelum ini. Dah ramai, cuma tak lah dihigh lightkan seperti ini. Tapi yang ni lain sangat, lengkap dengan upacara pernikahan, sarungkan cincin, bercium semuanya dimasukkan dalam internet. Nampak sangat satu perancangan jahat yang menjijikkan. Perancangan untuk menyatakan kepada dunia, sistem yahudi masih lagi menguasai dunia hatta orang Melayu yang menjadi tonggak umat Islam kini nampaknya, seolah-olah dikuasai yahudi. Sebab itu Ariff pakai baju melayu lengkap bersampin dan tengkolok. Sudah tentu ada yang memintanya berbuat demikian.

Ia adalah tindak balas yahudi terhadap KTS. Mereka nak malukan bangsa Melayu. Tetapi ‘Dunia di tanganku, jemaah di hatiku’ Kata Rasulullah melalui BUJ. Yahudi tersilap langkah. Mereka sangka tindakan ‘gila’ ini boleh mempengaruhi masyarakat. Rupa-rupanya rakyat Malaysia sudah lama dipersiapkan oleh PBT. Mereka sangka golongan profesional akan terpengaruh, tetapi apa yang berlaku, majoriti orang Melayu Islam sangat tak boleh menerimanya. Pada kita, perkahwinan adalah antara lelaki dan wanita. Bukan lelaki dengan lelaki, atau perempuan dengan perempuan seperti budaya yang ditaja yahudi. Yahudi akan kecewa dengan perancangan mereka sendiri.

Moga Rabiul Awal ini, dengan kebesaran Rasulullah saw yang hidup dan berjuang secara roh, yahudi akan dikalahkan secara total. Rasulullah saw adalah tokoh seks suci Islam. Kehidupannya adalah ikutan terbaik bagi kita. Bermula dengan mengalahkan asas pemikiran dan gelombang perasaan yang telah lama bersemadi di dada umat Islam. Bermula dengan menolak dan menepis lintasan-lintasan nafsu yang membujuk, memujuk, merayu, mengajak kita memanjakan diri. Memberi pelbagai alasan untuk tidak tegas terutama terhadap diri sendiri, anak isteri dan keluarga dalam beribadah dan berjuang. Mudah-mudahan kita berubah di bulan yang mulia ini, gentar hati dengan Tuhan. Oh, kami sangat memerlukanmu ya Rasulullah, bantulah kami menangkis dan menepis lintasan-lintasan ini. Ia sangat menganggu untuk kami dapat mengikuti ASZ seperti yang yang diperolehi oleh Syh Nasir, BUJ, Syh Farul, Syh Hashim dan para ikhwan. Amin….

Ikhwan’s Homestay Damascus,

3.35pm, Jan 17, 2012.

Anjangmuor.wordpress.com

Selepas buku seks Kelab Taat Suami lancar kempen ‘Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam’
Disebalik kontroversi buku panduan seks, Kelab Taat Suami hari ini melancarkan kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” sempena sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Kempen selama 12 hari itu (bermula hari ini) adalah untuk meraikan kelahiran  Nabi Muhammad pada 5 Februari depan atau 12 Rabiul Awal mengikut kalendar Islam.

Menurut Presiden Kelab Taat Suami Malaysia Fauziah Ariffin, kempen itu diadakan bagi mengajak umat Islam terutamanya pasangan suami isteri untuk mengamalkan kehidupan Rasulullah.

Beliau berkata ramai “umat Islam sudah terlalu jauh dengan Rasulullah.”

“Sudah tentu ikutan (Rasulullah) menjadi panduan dan ia termasuk aspek ibadah keluarga bahkan termasuk dalam kehidupan seks. Tentu bila sebut tentang hal seks suci ramai yang terlupa tentang hal yang terangkum dalam hal suami isteri, sesuatu yang kita lakukan hari-hari.

“Dalam kehidupan biasa ia bukan sesuatu yang kontroversi tapi kita sudah terlalu jauh dengan Rasulullah, jadi kita mahu mengajak umat Islam mendokong melaksanakan kehidupan Islam yang sebenar tambahan kalau kita lihat banyak gejala tidak sihat yang berlaku sekarang,” katanya pada sidang media selepas pelancaran kempen “Rasulullah Tokoh Seks Suci Islam” di Pusat Perdagangan Pelangi, Damansara di sini.

Jelas Fauziah, sekiranya umat Islam melaksanakan kehidupan dengan berlandasakan prinsip Islam segala gejala homoseksual dapat dielakkan.

“Kalau kita lihat sekarang secara terang-terangan lelaki berkahwin sesama lelaki dan wanita berkahwin sesama wanita,” jawabnya.

Terlebih dahulu dalam ucapan perasmiannya, Fauziah berkata Islam membenarkan hubungan seks dilakukan namun ia mesti “seks suci” antara suami isteri.

“Seks dibenarkan asal ada batasnya, bukan seperti gay yang memaparkan seks yang tidak sepatutnya dan melanggar batas norma, juga tidak melakukan seks bebas yang melanggar perintah Tuhan.

“Kami berasa tanggungjawab untuk mengajak umat Islam melaksanakan kehidupan Islam, suami adalah pemimpin dan isteri adalah pengikut tapi nampaknya umat kita sudah gagal,” katanya.

Sebelum ini Kelab Taat Suami menerbitkan buku panduan seks bertajuk  “Seks Islam, Perangi Yahudi Untuk Kembalikan Seks Islam Kepada Dunia.”

Namun Kementerian Dalam Negeri mengharamkan buku panduan seks itu.

Buku itu dilaporkan mengulas mengenai seks suami isteri secara terperinci.

Buku 115 muka surat yang dikatakan panduan kepada isteri dan pengantin baru untuk melayan suami di ranjang.

 

 

 

***gas oh gas…***

Gas... di mana kau gas??!

“Macam mana Faah?Dapat ke?”
“InsyaAllah, lepas Zohor.”
“Enta dengan sapa?”
“Aufa.”
“Bawa berapa tong?”
“Tiga, minta Abang Jaed datang semula, Aufa nak sembahyang ni.”
“Ramai ke orang?, Banyak ke tong?”
“Lebih dua ribu tong…”
“Satu lori bawa berapa tong?”
“Seribu tong…”
“Ok le tu, insyaAllah dapat… Tapi kita nombor berapa?”
“Dalam 1800…”
“Allahhh… banyak tu…”
Kesian aku dengan remaja-remaja ni. Dari jam 6 pagi, keluar ke Hamiesh untuk isi gas, dah dekat Zohor begini, masih belum dapat lagi. Macam ni la realiti kehidupan di Damsyik sekarang. Dar’a, Halab dan Homs lagi parah.

Warga Malaysia yang dapat kesedaran agama, minat mendalami Bahasa Arab, ramai yang bermukim di Syria ni. Bawa family sekali. Macam En Khairol yang datang dengan isteri dan tiga orang  anak perempuannya. Kesian mereka, dah sebulan tak de gas, masak guna rice cooker je.Abang Ali dah mula masak guna heater kat rumah dia, nanti tunggu je la bil letriknya.Gerenti melambung punya.Sama la dengan rumah syabab tu, aku tengok masak nasi goreng, goreng telur mata kerbau pun bantai guna heater.Dari 4 batang filament dalam rod gentian kaca tu, dua dah terbakar.Mungkin terkena bahan-bahan masak.Nak buat camane, tak kan nak guna dapur kayu. Mana nak cari kayu api kat Ruknuddin ni. Kalau ada pun, nak masak tang mana?Tak kan nak masak guna cebisan kotak kertas macam Abu Salam jerang syaie di kedai kayunya.

Rumah aku apa kurangnya, seminggu ni dok pulun Indo mi. Dah yang ada cuma kettle je. Beli Indo Mie 1 kotak dalam LS (Lera Syria)200, lama gak bertahan. Tengahari dan malam, kalau rajin boleh makan kat kafe Ikhwan di pintu Hadiqah dekat Abu Nur. Nasib baik Abuya ada buat kafe kat Syria ni, ramai yang dapat manfaat.Pedulikan la boikot dari setengah kumpulan pelajar. Buat le kafe lain, kalau mampu. Boleh jadi alternative.Setakat boikot je, tak jadi.Perut lapar, kena makan. Takkan nak makan sandwich Syria dan sawarma setiap hari.Hari-hari falafel dan musabbah, tak jadi. Nak gak nasi goreng pattaya dan mi bandung.

Jaied balik sebab temankan Ajwad.Ajwad cuak sebab driver teksi dok pandang dia penuh prejudis. Salah dia juga, yang dia pegi snap gambar suasana faudho (huru hara, kelam kabut) di tempat agihan gas kenapa? Aku pun silap, tak pesan awal. Tak boleh snap gambar ikut suka kita je. Tahun 2005, masa mula bertapak di sini, kamera Lokman pernah hampir di rampas askar Syria sebab amik gambar di kawasan rumah orang-orang kenamaan di sini. Baru-baru ni, Abu Khair kata, ada budak Asia Tenggara, mungkin Thailand…ambil gambar dari dalam bas, bas itu ditahan polis. Budak tu diheret keluar, entah apa nasibnya. Si Ajwad ni, bila ditarik tangannya oleh driver teksi yang kemungkinan besar infomer, bila ditanya: “Kenapa ko snap gambar?” “Gambar kenangan…” Katanya spontan. “Kenangannn?, Mari amik gambar kenangan di balai polis pulak…

Jenuh berdoa, hangit bertawassul, akhirnya ramai orang yang menghulurkan tangan membantu. Selepas delete gambar rakyat Syria berebut-rebut dan beratur panjang tu, barulah Blackberrynya  dipulangkan. Fuuh… Lega gila.Kalau tak, tak tau la, penjara mana dia kena sumbat.Dulu Atho’ kena masuk penjara Jordan, sebab revese Pajero, terkena kereta orang.Nasib baik jumpa Bangla boleh speking Melayu dalam tu, boleh buat kawan.Word yang aku tak boleh lupa, Atho’ cerita, Bangla tu tanya dia, ; “Bang, nangis kaa?”, dengan slang Banglanya yang pekat.

Si driver teksi tu macam tak puas hati je kat Ajwad. Sebenarnya, dia nak BB Ajwad tu. Mahal tu beb. Tapi malangnya, kat sini tak ada servis BB, Regim Assad ni takut kerana  BB susah dikawal. Boring tak dapat rampas BB Ajwad, driver tu asyik usya kat dia, sambil berbual dengan tentera. Tu yang Ajwad cuak…Balik rumah.Dah Ajwad sendiri kata masa pegi pagi tadi, nak cari pengalaman di sini.Kan dah dapat pengalaman. Hehe…

Teeet  Teet  NC5 aku berbunyi. YM masuk lagi. Mesti Si Faah ni.
“Apa cite? Khair InsyaAllah?”
“Makin teruk…Orang bergaduh.Kami pun terlibat, dah macam perang.”
“Huuh, bahaya tu. Teruk sangat ke?”
“Mula-mula ok, bila sampai dekat lori, semua berebut… bertolak-tolak…, kami terselit di tengah-tengah…”
“Kalau rasa bahaya, balik je la… kita cuba cara lain.” Aku buat keputusan. Tak nak biarkan depa macam tu. Risiko tu. Takut berlaku apa-apa.Di suasana begini, semua perkara boleh berlaku. Semasa menapak balik ke rumah petang tu, meyusuri jalan depan Mujamma’ Abu Nur menuju Masjid Labu, kepalaku ligat berfikir dan terasa di hati…keadaan akan jadi bertambah buruk. Dah la letrik dicatu.Malam hari, satu jam ke dua jam, blackout.Terpaksa guna lilin.Tu alternative untuk pencahayaan.Tapi heater untuk panaskan badan, mana ada alternative?Kena masuk dalam selimut atau pakai baju tebal. Nak tidur awal pun tak syok sebab Isyak jam enam, Subuh jam lima. Malam panjang sangat.Sebab tu Akma, isteri En Rizal kata, blackout je, kami masuk kereta, pusing-pusing.Tak larat duduk rumah…sejuk.

Petang tu, ada janji dengan Abu Humam nak makan malam di rumahnya.Aku dan Sibah keluar rumah 3.50pm.janji dengan Ustaz Hafiz nak jumpa di Sahah Syamdin. Dengan ‘snow cap’ ala juruterbang kimikazi, dia muncul tepat pada masanya.Ain, isterinya dah balik Malaysia dengan penerbangan ihsan dari kerajaan Malaysia, rombongan kedua.Kalau tak, boleh bawa dia dan anak-anak.Naik je kereta KIA Abu Humam, kami terus buka maudhu’ gas. Susahnya mendapatkan gas di Syria.Kawan-kawan kami yang beratur sepanjang hari nak isi gas, sampai azan magrib, balik hampa.Bukan saja gas tak dapat, mereka bawa 3 tong, balik tinggal 2 tong. Satu tong kena rembat. Nasib…nasib.Abu Humam dengar penuh simpati.
“Kenapa tak maklum awal?”
“Boleh kita bawa tong ke tempat aku. Cuba dapatkan gas di sana.” Kata Abu Humam, ingin menolong. Tapi dia speak dalam bahasa Arab le. Aku dah translate ni.

Abu Humam ni Area Manager KFC di Damascus ni. Dah enam tahun kerja dengan KFC, tinggal di Harasta.Tempat yang panas juga di sini.Banyak kali berlaku pertembungan antara pihak keselamatan Syria dengan penduduk yang memberontak, tak puas hati dengan regim Assad.
“Kamu bawa pasport tak?”Abu Humam bertanya kepada Ustaz Hafiz.“Biasa bawa tapi hari ni tertinggal.” Jawab Us Hafiz, serta merta Abu Humam menghimpit ke kanan jalan dan memberhentikan kereta. Dengan nada yang agak mendatar dia sebut, “…Boleh ke kamu berjalan ke sana sini tanpa bawa paspot? Bahaya tu…”, katanya sambil memikirkan sesuatu. Abu Humam kata nak ke rumahnya ada road block tentera, takut mereka tanya dokumen diri. Dia teragak-agak samada bawa kami terus ke rumahnya atau patah balik, ambil paspot aku, Hafiz dan Sibah, tapi akhirnya dia tekad bawa kami masuk melalui jalan potong yang tiada sekatan.Cuma dia masih bimbang kerana, bila menghantar kami pulang nanti, mau atau tak kena lalui sekatan jalan.Malam tu, kereta Abu Humam tak diperikasa sangat kerana taktiknya Tuhan jayakan, iaitu bawa bersama Ummu Humam. Bila pihak keselamatan tengok ada perempuan di seat depan, ini kereta keluarga. Dia tak chek sangat.Cemas juga kami ketika kereta beratur menunggu giliran.

Malam itu, on the way balik, Abu Humam tunjukkan tempat penembak tepat menembak Jemaah yang keluar dari masjid dari atas sebuah flyover yang berlaku beberapa hari sebelum itu.Kami balik ke rumah membawa pelbagai cerita tetapi gas tetap belum diperolehi.Perniagaan kena diteruskan.Itulah khidmat yang boleh diberi kepada masyarakat khasnya pelajar Malaysia di Damascus.Akhirnya, kami terpaksa membeli tong gas yang besar, khas untuk mat’am.Harganya melambung naik.Apa nak buat, kena beli juga kerana tong besar ni kurang persaingan. Hanya boleh digunakan di kedai.Kalau bawa balik rumah, boleh kena tangkap. Dengan 2 tong gas besar, Alhamdulillah dapatlah memasak seperti biasa.

Program berjalan seperti biasa. Selawat Badawi, solat berjemaah, wirid zikir, pencak, kelas tambahan begitu juga aktiviti perniagaan. Lebih menggembirakan bila semua dikuarantinkan dengan disiplin ibadah dan menghayati perjuangan Abuya melalui buku PPADZ, Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, dengan berkat RSA mendatangkan pada kami Abu Ammar yang menawarkan kedainya untuk disewa. ‘Pucuk dicita ulam mendatang’, Selamat tinggal Abu Khalid yang sentiasa mutaraddid untuk sewakan premisnya, juga Abu Salam yang nak bayaran sewa tahunan.Kami ambil kedai Abu Ammar yang dah hampir lengkap, macam ‘cuci tangan’ je.Sehari dua lagi boleh niaga. Kafe ‘Nur Muhammad’, yang kami nantikan sekian lama untuk secara khusus memperkenalkan roti canai dan murtabak di Syriaakan dibuka segera. Mujahid pula dapat isi 3 tong gas dengan harga yang berpatutan. Terima kasih A.
Pepatah Arab ada menyatakan, ‘Angin tak selalunya bertiup seperti yang diidamkan sampan’, ya… setiap nikmat, ada ujiannya.Nikmat untuk kita bersyukur, malu dengan Tuhan.Mana layak menerima nikmat, kerana selalu saja ingkarkan arahanNya.Tapi tetap diberi nikmat jua.Ujian pula supaya sabar, untuk diberi pahala.Pahala tanpa hisab. Pemurahnya Tuhan. Kalau mampu, tingkatkan hingga mampu redha, sangat menerima apa sahaja dari Allah. Kita hanyalah hamba.Ya, ujian yang tak diduga datang juga, tepat pada pagi tahun baru.

Jam 7am, 1hb Januari 2012
“Wa alaikum salam, ya Fiz!”,
“Mat’am kita kena pecah masuk malam tadi, 3 tong gas termasuk yang besar dan yang full belum guna kena curi… kami sampai ni dah terbuka!”
“Allaaah, Atk… ana on the way, dekat hentian Abu Nur ni…Jumpa di sana”

Rasa disentap jantung. Baru semalam rasa gembira dapat kafe baru, gas pun baru je beli, hari ni, awal tahun dah kena curi. Bersalahnya aku.Ampunkan dosa kami ya Allah. Pagi itu, selain bertahlil dalam kafe baru, bersyukur kepada Allah dan berterima kasih pada RSA kerana menghadiahkan kami kafe baru, disertakan juga majlis muhasabah atas apa yang berlaku. Di saat krisis gas begini, kami kehilangan tiga tong gas. Menjadikan premis GISB mangsa ketiga pecah masuk di kompleks perniagaan Sahah Maisat.Bila baca buku PPADZ sepanjang kuarantin ini, meneliti sejarah kesusahan perjuangan Abuya, tangga rumah pun di buang orang, tentulah Allah akan rasakan realiti sedikit dari keperitan berjuang, hilang tong gas, di saat krisis gas. Mendengar kemalangan melibatkan gas juga di dapur kafe Mansuroh dan dapur Bandar Jerash serta kemalangan pick up di Jerash, rasanya para remaja ni boleh bersabar dengan ujian ini dan muhasabah kelemahan diri. Lebih-lebih lagi anjang.Itulah yang diluahkan oleh Khubaib, Aufa, Mujahid, Nizam dan lain-lain.Rasa diri sendiri yang paling bersalah.Tak langsung menyalahkan pencuri tersebut, mungkin anak dan isterinya sakit, sejuk dan kelaparan sedangkan gas tiada di musim sejuk begini dalam suasana krisis pemberontak dengan kerajaan.Moga Allah mendengar taubat kami, mengampunkan dosa-dosa dan menggantikan yang hilang dengan yang lebih baik… Amin. Maaf, cerita lama, tertangguh-tangguh menulisnya…

Ikhwan’s Homestay, Damascus.
10.30pm, Jan 15, 2012
Anjangmuor.wordpress.com