***Ujai dalam Kenangan***

Salam ceria. Apa kabo semua? Moga Kesihatan lahir tak menipu kita hingga terasa kita benar-benar sehat. Sedangkan hakikatnya roh kita masih sakit. Buktinya kita masih belum rasa indah meluangkan masa 30 minit berselawat sebelum setiap kali solat waktu. Menghabiskan wirid harian penuh penghayatan. Seronok berkorban tanpa diminta2, tanpa didesak2. Menjalani cara hidup Ikhwan, siang Berjuang, malam beribadah. Roh yang suci dari mazmumah dan dosa sahaja yang akan pulang kepada Allah dalam keadaan dialu-alukan. Bagaimana keadaan roh kita, sedangkan pertemuan dengan Tuhan boleh berlaku bila-bila masa.

Hampir jam 12 tengahari semalam, ketika sedang bersembang-sembang dengan Suhail, Md Nafib, Aji dan lain-lain di rumah serba hijau tepi kilang tauhu Ikhwan, tiba-tiba dapat call dari Syh Johan. Nak jumpa di bilik Abuya. ‘kita ziarah kematian, ok jawabku ringkas. Dekat zohor, aku, syh Johan dan Us Khusaini menaiki wira terus ke Ipoh. Ya … Dalam perjalanan itulah aku dapat mesej dari Syh Cikgu Asri: ass.. Ydk tuan2 dan puan2. Saya memaklumkan anak saya Mohd Hudzaifah telah kembali ke Rahmatullah jam 8.00pg td. InsyaAllah akan di kebumikan petang ini selepas asar di Rapat Setia Ipoh. Als Fatehah. Atk

Ujai, Kau telah pergi. Berpindah Alam. Di usia mudamu. Untuk memberi pengajaran dan peringatan kepadaku, bahawa mati datang tiba-tiba. Kulihat sebelum solatkan jenazahmu diimamkan Us Zar, ayahmu tenang menerima takdir Tuhan. Sudah tentu hatinya sedih, tapi tak tergambar di wajahnya. Kak Yati ibumu, bersimpuh di hujung kaki jasadmu yang kaku menangisi pemergianmu. Untuk diriku dan semua remaja khususnya yang sedang berkursus di Bandar RSA Bt Hampar, inilah hadiah dariku…

Pesanan Roh Kepada Manusia
 
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu demi Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku baru berehat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”.

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu :”Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”.  

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”.  

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: ” Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. “Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah aku kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku” . “Adapun di dunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”.

Ada satu riwayat daripada Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka.  Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu.

 Maka mayat itu menjawab:
“Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk daripada anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga.  Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka.  Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya.  

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya.  Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari.

Baginda Rasullullah saw berkata:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut.  Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.  Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.  Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Sambung Rasullullah saw lagi:
“Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga.  Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilingnya.  Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as.

“Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri.  Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilingnya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.  Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt”  Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu.  Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.”  

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki.  Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.”  

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga.  Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.”

Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T.  Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.” Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan AsmaAllah S.W.T.  

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada AllahS.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang ke mana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan disalam tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian, ampun maaf.

Bilik Abuya BRSA Bt Hampar.
11.46 pm, Okt 24 , 2011
Anjangmuor.Wordpress.com

***Jakim oh Jakim***

Salam ceria. Moga semua pembaca sehat dan dapat meneruskan semua aktiviti perjuangan walau di mana anda berada. Dah 2 hari menunggu stok buku sejarah Rasulullah saw susunan Syh Nasar tak tiba-tiba. Us Busu Limat dan Us Fuad N9 dah order, anjang kena uruskan, tapi stok dah habis. Korang dah baca ke belum? Kena segera dapatkan. Rasa anjang, ni buku susunan pelajar Arqam yang pertama setebal ni. 500 ms. Hard cover. Ada gambar warna lagi. Paling penting, Syh Din atau Syh Nasar ni anak didik jemaah. Hidup dalam pendidikan Rasulullah saw. Memperjuangkan sistem Tuhan. Bukan menulis sejarah Rasulullah semata-mata, sunnah baginda ditolak tepi. Kupiah pun tak mampu lekat kat kepala.

Akhir zaman macam ni la. Ramai yang pandai bercakap tentang Islam tetapi realiti kehidupan bercanggah dengan Islam. Senang cite, tak semua jamil tu cantik, tak semua khair tu baik, tak semua masyitah tu sama dengan Masyitah bint Firaun…. Tak semua harun tu taat. Eh….(bi dun ta’liq) Tak semua nama macam nama Nabi, berakhlak mulia. Sebab itu kena ada pimpinan mursyid. Mudah-mudahan anjang dan korang semua kekal dalam pimpinan. Uhibbus solihien, wa lastu minhum.

Semalam xpdc ke Ipoh dengan pimpinan remaja Sentul. Dapat la bertukar-tukar fikiran. Kebetulan ada pertemuan dengan PZ, Syh Johan. Remaja seperti Takwa, Lokman, Suhaimi tak mustahil akan menjadi pemimpin pelapis perjuangan jika mampu absorb segala ujian dan cabaran dalam menangani pendidikan. Us Nizam dan Ustzh Nora diharap dapat terus gigih mendidik anak-anak, buah hati RSA ini.

Jadilah orang yang benar-benar mempertahankan agama. Bukan hanya bercakap tentang agama. Menzahirkan kebenaran, membuat sistem. Bukan bercakap, bercakap dan bercakap. Pastu orang lain nak buat, kita halang. Mentang-mentang ada kuasa. Macam Jakim. GISB buat KTS, Punyalah kecoh tak setuju. Popular la sekejap timbalan menteri yang dah lama tak popular tu. KTS tu cara GISB nak bantu kerajaan la. Nak bantu Jakim. Patutnya bila orang nak bantu kita…. Ahlan WA sahlan. Ni tak. Kita serang macam-macam. Walhal KTS nak ajak Isteri taat suami 100%. Hari ni bila keluar paper 77 pasangan bercerai setiap hari, mulalah komen, kita kena pandang dari sudut itulah…. Inilah. Lebih tak senonoh bila ada ura-ura nak buat garis panduan untuk para penghibur secara Islam tapi dalam masa yang sama, sangat memalukan… Ia garis panduan je, tak wajib ikut. Apara…. Islam untuk diamal la. Macam takut je. Baik tak yah buat. Betul tak? Macam buku panduan rumahtangga ….. Seks Islam, keluaran KTS, Punyalah marah. Jakim buatla, Rakyat dah lama tunggu. Bila GISB buat marah… Yang tentang pologami tak payah le buat, tu orang semua tau. Jakim tak akan mampu. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ .

Satu lagi…. Sibuk bangga dengan rakyat Malaysia yang terlibat buat menara jam yang dah beberapa kali terbakar tu. Yang anjang ‘hangat’ tu, gambar menara yang ada lafzul jalalah tu diletak di muka depan paper. Paper tu bukan orang hormat. Lagi-lagi lepas baca dan jadi kertas belacan. Diletak bersepah-sepah. Kalau buat dengan niat dan tau haramnya, boleh jatuh kafir kerana menghina nama Allah. Abuya semasa di Mesir, pernah berjalan tip toe mengelak cebisan kertas bertulis ayat quran dan kalimah yang mulia dalam kedai jual kitab-kitab. Pastu Abuya ulas, inilah antara sebab negara mereka terhina sebab tak pandai memuliakan kalimah-kalimah Allah.

Berbalik kepada cerita Mekah. Kalau takat kerja dengan orang, itu kuli. Inilah mentaliti orang Melayu. Kuli pun nak bangga. Tapi GISB buat Bandar Islam di kampung Rasulullah saw. Ada istana, kenderaan mewah, baqalah, mataam, ada chalet 8 bilik, 2 kolam renang, di lokasi sangat strategik. Ternakan haiwan yang menjadi kecintaan Rasulullah saw. Kuda, unta dan kambing. Mereka umpama badwi dari Malaysia, hidup di padang Pasir. Tetapi sangat berwibawa. Bersih, tersusun, moden. Yang penting mereka adalah tuan-tuan. Bekerja untuk Allah. Berjuang… Bukan bekerja dengan mana-mana syarikat untuk membina menara yang mengalih pandangan umat Islam dari menghayati kehebatan Kaabah yang di bina oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Nampaknya anjang memakai spek yang berbeza dari Awang Selamat pakai. Anjang lebih bangga dengan Cikgu Rahman Bunglow, Syh Kadir, Sy Inaam, Sy Farul, Adib, Humam dan semua kawan-kawan di sana di bawah panduan dari wasilah RSA, Bonda Ummu dari apa yang orang lain banggakan. Ok ….jumpa lagi.

Bilik Rumah Nur El Amin, BCH.
6.28pm, Okt 16, 2011
Anjangmuor@Wordpress.com

***Kuasa Tuhan***

Salam ceria. Apa khabar semua? Yang di Damascus sehat-sehat ke semuanya? Toriq dan Khunais, hantar power banyak-banyak, moga urusan visa ke Tanah Suci dimudahkan. Mujahid, Rifaah, Hazim, Nizam …. Macamana mataam? Ok ke? Khubaib dan Rafiq, banyak-banyaklah belajar semua perkara. Moga Us Hafiz dan kita semua sabar dengan tugas-tugas perjuangan sebagai tebus dosa kita yang lalu. Ramai remaja yang terkorban di liku-liku perjuangan kerana tidak seriusnya kita bergantung dengan Tuhan dalam menjaga mereka. Semua yang berlaku adalah proses untuk meningkatkan dan mematangkan roh kita. Roh yang celik akan memandang sesuatu mengikut pandangan roh. Bukan akal, apalagi nafsu.

Roh melihat, Rasulullah saw sedang menguasai dunia. Dunia di tangan baginda. Seluruh yang berlaku melihatkan kuasa Tuhan. Banjir besar di Thailand, kebakaran di Singapura, AS dan Denmark. Tanpa pandangan roh, manusia bertindak hanya berpandukan akal dan nafsu. Itulah yang terjadi bila GISB memperjuangkan SSI, akhbar di Malaysia, malah penguasa Agama pun menentang tanpa menyelidik. Sedangkan yahudi sangat tahu. Atau apakah pihak berkuasa agama sudah mengikut telunjuk yahudi, khasnya setelah menghadap vatican baru-baru ini. Sedangkan yahudi telah lama merosakkan keturunan umat manusia dengan budaya lucah dan penzinaan yang terancang. Abuya kata semua bangsa buat maksiat seperti terlibat dengan zina tetapi yahudi sangat jahat kerana mereka rancang, susun, sistemkan maksiat itu dengan sistematik. Alhasil, berlambakan anak-anak zina di tengah masyarakat. Terlalu ramai, dari pemimpin negara hingga pengasas sistem komputer menjadi idola di dunia adalah anak zina. Lebih-lebih lagi di Malaysia, negara yang dijanjikan. Sangat menjadi target yahudi. Hari-hari bayi dibuang di merata tempat. Terkini mereka merancang mengadakan pameran sex haram secara besar-besaran untuk melawan perang KTS terhadap seks bebas di seluruh dunia. Tapi KTS bukan perang kosong. Dengan backup semua ahli satu dunia melalui pencak melawan nafsu dan yahudi. Percayalah, kebakaran di Denmark adalah hasil campur tangan serangan secara rohani. Percaya Jangan tak caya pulak.

Korang percaya di saat orang lain tak percaya, itulah yang paling mahal. Tak nampak, tapi percaya. Dah nampak baru nak percaya, itu budak tadika. Ko bawa dia ke zoo, tunjukkan, ini bangau, itu harimau, ini zebra, itu unta. Apa faedah percaya selepas tengok dengan mata? Dah terlambat? Saiyidina Abu Bakar digelar As Siddiq kerana membenarkan kerasulan Nabi Muhammad saw di masa semua orang mendustakan baginda. Majoriti kaum Nabi Noh as, mendustakannya, mengejek-ngejek baginda dan pengikutnya yang membina kapal di atas bukit. Dah bah besar baru nak caya. Too late!! Jadi korang Jangan risau orang ejek ke? Orang mengata ke.. Tunggu nanti Tuhan bertindak.

Allah kalau bertindak luar biasa. Allah tunjuk kuasaNya. Kadang-kadang nampak kecil tapi dengannya kalah musuh-musuh Allah. Tuhan kalahkan namrud dengan seekor nyamuk je. Walhal dia bakar Nabi
Ibrahim dengan api yang membukit. Tuhan hancurkan Abrahah dan tenteranya dengan batu-batu kecil. Ya, nampak kecil tapi musuh kalah. Tunggulah. Mereka boleh hentam SSI sesuka hati. Tuhan ada cara menjawabnya. Mungkin melalui akhbar yang nampak kecil tapi cukup untuk membungkamkan mak-mak menteri, kelukan lidah pak-Pak menteri. Seperti paper Buletin Rakyat. Ok … Jumpa lagi.

Bilik rumah Nur El Amin, BCH.
8.00am, Okt 18, 2011
Anjangmuor@Wordpress.com

***Hati Ikhwan***

Salam ceria. Apa khabar korang semua hari ni? Moga ceria, sehat roh, akal dan badan. Terus berjuang untuk mengalahkan nafsu dan yahudi. Yahudi dalam diri itu lebih penting untuk dikalahkan sebelum bertemu yahudi sebenar. Seronok Tengok gambar Adib Azman menandatangani MOU penyerahan hp di kolam. Hp kalau silap guna, hanya menjadi senjata yahudi merosakkan roh kita. Silah Zu Haddain…

Hari ni cadang nak keluar dengan Us Khusiri Shah Alam, tapi dia di Hulu Langat. Akhirnya tumpang Us Kalam ke stesyen Komuter Bt 3. WEG ada hamba Allah nak guna. Berkorbanlah sikit. Naik kenderaan awam. Kita pun orang awam. Bukan ‘orangku’. Atk dapatkan hati Ikhwan. Ikhwan itu seperti sahabat. Layak mendapat gelaran ‘radhiyaAllahu ‘anhu’. Hati yang sentiasa bergetar merindui Rasulullah saw. Lalu mendorong dirinya berkorban apa sahaja hatta nyawa demi Rasulullah saw. Lihatlah peribadi Sy Nasir, Sy Farul, Bonda Ummu Jah dan Ibu Fatim. Moga Allah meredhai mereka semua.

Demi mendapat hati Ikhwan, kita tak akan tanya bila kuarantin akan berakhir tapi bertanya-tanya bilakah hatiku dapat mengingati A 100%. Jangan sebut, lepaskanlah aku dari kuarantin, tapi sebutlah lepaskanlah aku dari otak dan perangai yahudi. Jangan keluhkan, aah dah masuk Sebulan setengah aku dikuarantin tapi kesalkanlah dah bertahun-tahun aku tak pedulikan Abuya. Kuarantin itu kita didekatkan dengan Rasulullah. Kenapa rasa gelisah? Tak nak berlama-lama dengan baginda. Nanti hati akan dikawal oleh baginda. Hati itu dalam gengaman baginda, insyallah selamat. Para sahabat yang Jumlah mereka semuanya 124 ribu orang semuanya selamat. Selamat dari api neraka. Dalam gengaman dan jaminan Rasulullah, kerana apa? لصحيتي إياي. Li suhbati iyaya… Selamat kerana bersahabat denganku kata baginda. Begitulah para Ikhwan semuanya selamat kerana menjadi pengikut PBT dan IM. Selamat…. Korang tak mau ke? Selamat lebih penting dari kaya. Selamat lebih penting dari sehat. Selamat lebih penting glamour dan popular.

Bagaimana perasaan korang bila di masukkan ke dalam satu majlis, lalu diistiharkan satu persatu nama-nama kita dan di kumpulan mana kita berada? Ada masanya, kesalahan kita didedahkan. Oohh, ia adalah mahsyar yang disegerakan. Korang hanya mampu bertaubat, bertaubat dan bertaubat. Merintih meminta diselamatkan. Berjanji untuk tidak mengulangi kejahatan. Akujanji untuk tebus dosa dan kesalahan. Suburkan rasa cemburu mendengar nama-nama mereka yang dimuliakan. Jadikan hatiku seperti mereka. Jangan tinggalkan aku. Aku juga muridmu A.

Kata Bonda Ummu, hati kena pandai menerima penghinaan. Jangan rasa diri mulia. Kerana kita memang hina. Diri hina kena la rasa hina. Untuk itu di zaman Imam Al Ghazali, era sufi zaman dulu, mereka memakai pakaian yang dibuat dari kain yang kasar. Melakukan kerja-kerja yang boleh menghilangkan rasa diri mulia seperti mencuci tandas, membersihkan najis dan lain-lain. Tetapi Timbalan Abuya, juga merupakan ketua BOD pernah mengatakan, A menggunakan kaedah tajdid. Dimalukan dalam majlis. Kaedah berbeza, hasilnya sama iaitu mengekalkan rasa hamba dalam diri. Malanglah ada orang yang tak mahu dihina-hina. Mahu dimulia-muliakan. Mahu jadi pemimpin tapi tak pandai merendah diri. Air tak berkumpul di puncak gunung tapi di lembah-lembah dan wadi. Begitulah si sombong tak akan bertambah ilmu. Program kuliah tak datang, macam mana nak dapat panduan dan ilmu terkini.?? Lepas tu berangan nak kumpul-kumpul orang untuk buat jemaah. Cubalah, kita tengok… Rasulullah saw bela tak? Korang macam mana? Istiqamah tak datang program? Ke ‘tuang’ program? Mujahadahlah…. Jangan keluar dari taman-taman syurga…… Ok jumpa lagi.

Dewan Seminar RSA Selayang.
12.52pm Okt 16, 2011.
Anjangmuor.Wordpress.com

***Pemimpin Roh***

Salam ceria, maaf banyak-banyak sebab dah lama tak kemas kini blog ni. Semua sehat ke? Lama sangat. Banyak yang nak dicoretkan untuk dikongsi. Khususnya setelah anjang sampai ke tanahair.

Sebab anjang berpeluang ke kolam Telok Tenggiri, rumah Tok, rumah tamu Abuya, studio dan kuda di Pochan. Berkunjung ke BRSA Bt Hampar, Mutiara Rini, Seremban Dua dan lain-lain. Sangat banyak peristiwa berlaku sepanjang 3 minggu anjang tak menaip ni. BB ni dah setahun guna, bila sebut nak jual, terus rosak. Ribbon kena ganti la. Macam-macam. Akhirnya, malas nak update blog. Sedangkan cerita punyalah banyak. Sy Izwan poligami, Syh Nasir terus mendahului semua kawan-kawan dalam carta berperasaan terhadap mursyid. Bilangan ‘orangku’ bertambah. Kafe di London, chalet dan ternakan haiwan yang menjadi kecintaan Rasulullah saw di Mekah iaitu unta, kuda dan kambing. Tanaman pohon2 tamar yang ajaib. Surat untuk Ummu Ain dan Aina. Ketua jemaah ‘Abuya’ tanpa wasilah memohon zakat di Masjid BCH. Promosi SSI di Berita Harian dan banyak lagi. Antara yang paling besar ialah Abuya muncul di majlis tahlil di kolam. Anjang rasa, semua korang dah tau. macam tak perlu nak ulas.

Yang jelasnya, kebenaran semakin teserlah. Kebatilan semakin hilang popular. Semakin lenyap. Parti-parti politik semakin berantakan. Sesama parti pun tikam menikam, cantas mencantas, kutuk mengutuk, curiga mencurigai. Betapalah satu pakatan. Berpakat antara parti yang mempunyai kepentingan yang berbeza-beza, matlamat yang bercanggah dalam satu wadah yang sangat rapuh. Al hasil, bayi masih di buang hari-hari, pembunuhan semakin mengerikan, 60 ribu remaja ketagih internet, harga barang keperluan semakin naik, krisis rumah tangga bermacam-macam bentuk. Semakin nak dibaiki masyarakat ini, semakin kronik kerosakannya. Ini menunjukkan pemimpin-pemimpin yang ada tidak mampu membaiki kerosakan manusia. Kerana pemimpin itu sebenarnya pemimpin roh. Bukan akal. Bukan fizikal. Akal tidak mampu menilai semua kebaikan itu kebaikan. Akal tak mampu menilai semua kejahatan itu kejahatan. Lebih-lebih lagi fizikal hanya mengikut. Rohlah hakikat diri kita.

Ketika transit di airport Dubai dalam musafir untuk menziarahi tanahair, aku dengar seorang Ustaz dari Kelantan bersungguh-sungguh menceritakan kehebatan Dubai kepada Sauban. Sauban pula sangat meraikannya. Punyalah dipuji Dubai… Ada Burj Khalifa. Bangunan tertinggi di dunia. Begitulah para ilmuan dari Timur Tengah. Belajar lama, banyak kitab habis tapi tak sama dengan anak murid Mujadid. Ada ke para Rasul yang mereka itulah contoh manusia terbaik mewariskan bangunan-bangunan kepada kita. Walaupun Nabi Sulaiman, seorang Raja. Setakat bangunan, Tuhan benarkan manusia paling kufur, Firaun untuk membina piramid. Tembok besar China siapa yang bina? Istana di Babil? Angkor Watt? Dll. Awan yang bergulung turun, sujud di bumi Dubai lebih pelik dan hebat dari Burj Khalifa tu. Ini menunjukkan, orang alim pun perlukan pemimpin, begitulah juga yang jahil. Siapa pemimpin roh? Itulah penghulu kita, Nabi Besar Muhammad saw dan pemimpin yang didampingi roh baginda. Kumpulan Islam mana di dunia yang berani mendakwa Rasulullah saw di belakang mereka? Jumpa lagi. Atk.