…gagal…anak dilarikan GISB…

Pengantin Baru, Humam dan Isteri

Salamku kepada semua, khususnya remaja RSA di mana jua anda berada. Teruskan berlakon, teruskan shooting, teruskan teater muzikal, teruskan bersajak. Ya, orang lain berlakon, kita juga ada lakonan, orang lain ada pengarah, kita ada pengarah baru, orang lain ada tv, kita pun ada. Orang lain ada peluru, peluru kita berlambak. Orang lain rebut dunia dan glamour, kita nak Tuhan dan kasih-sayangNya. Ok yang lakon, lakon la, tapi Humam ni bukan berlakon pengantin. Real punya…Macam mana Humam? Everything is ok? Nampak gambar macam panglima. Cincin Umam, fuuuh gagah. Air muka garang tapi, sejuk mata memandang dah sah jadi suami Umam sekarang.

Bercakap tentang berlakon ni, ada orang nak mengulangi lakonan orang-orang yang gagal. Sapa yang gagal tu? Korang tau? Takat gagal UPSR, PMR, SPM…tak jadi hal sangat. Ramai je yang berjaya tanpa sijil-sijil tu. Dan ramai je yang tak berapa berjaya walau result ok giler. SRP (sekarang PMR) aku ok je. Dapat 8A. Bukan susah sangat, baca buku soalan-soalan tahun yang sudah-sudah, depa nak soal apa lagi, dok sama macam tu la. Tu yang aku hilang kepercayaan dgn sistem pendidikan sekarang ni. Menumpahkan apa yang dipelajari, pada beberapa keping kertas di hari peperiksaan… Pastu terpulang, ko nak amal, ko nak lupa, ko tak paham balik…terpulang. Ko nak ingat guru, ko nak hubungi kawan-kawan… Tiada dalam perkiraan. Ok… Dah melalut tentang pendidikan, sedangkan aku nak cakap bab gagal.

Ya orang yang gagal yang sebenar-benar gagal ialah orang yang dah dalam kebenaran tapi keluar dari kebenaran lalu menjadi penentang kebenaran. Akhirnya, di dunia lagi Allah hina, sedangkan apa yang menunggu di Akhirat adalah lagi pedih dan berpanjangan. Korang tak baca ke sejarah Qarun, bukankah dia pengikut Nabi Musa. Nabi Musa yang mengajar padanya ilmu-ilmu untuk menambah simpanan emas peraknya walhal dia asalnya miskin. Apabila telah kaya, dia enggan taat dengan Nabi Musa lalu Allah benamkannya dan kekayaannya. Yahuza, pengikut Nabi Isa pun begitu, gagal taat, di dunia lagi Allah hukum, mati disalib. Ribuan tentera Tholut gagal kerana tidak taat, gugur sebelum bertempur. Tsa’labah, cintakan dunia, gagal memberi ketaatan…menjadi penentang sistem Tuhan yang Rasuullah saw bawa. Pemanah-pemanah atas jabal Rummah, di Medan Uhud, gagal mengawal tarikan ghanimah lalu ingkar arahan Rasul saw. Ramai yang terkorban, malah Rasul saw sendiri cedera akibat serangan.

Oh, alangkah banyaknya sejarah untuk menjadi hujah menentang hamba-hamba depan Tuhan Robbul Jalil di mahkamah Akhirat, ketika itu, peguambela kita adalah segala amalan kita. Sedangkan amalan kita kosong, kerana tiangnya solat pun sudah tertolak. Semuanya akan membuatkan kita bungkam.
اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا أيديهم وتشهد أرجلهم بما كانوا يكسبون

Pada hari ini Kami (Allah) menutup mulut-mulut mereka, dan berkata-katalah tangan-tangan mereka kepada kami, dan bersaksilah kaki-kaki mereka dengan apa-apa yang mereka kerjakan.

Kita tidak akan mampu berdalih di depan Tuhan. Aku tak mampu, kamu semua pun tak mampu. Sebab itu Allah ajar dalam surah Al Fatihah, semua nikmat adalah dari Allah yang mentadbir sekalian alam, ucaplah terima kasih, segala puji bagi Allah. Takutlah Allah kerana nikmat yang diberi ada yang bersama Rahmannya sahaja, sama seperti orang kafir, tiada beza kerana dapat nikmatNya juga tapi hilang Tuhan dari kehidupan. Ada yang diiringi Rahimnya, beruntunglah. Nikmat beserta Rahmat. Sedangkan semua nikmat-nikmatNya ini akan ditanya di Akhirat kelak oleh Maliki yaumiddin. Penguasa di hari Pembalasan. Maka mengakulah yang kamu tidak akan mampu menjawab, dari mana kamu dapat nikmat itu, untuk apa ia digunakan. Katakan sajalah: ‘Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadMu aku mohon pertolongan…. Carilah syafaat Rasulullah saw, para sahabat, wali-wali Allah, syafaat mursyidmu.

Itulah juga yang aku sebut kepada Saiyidina Zaid bin Harithah ketika menziarahi maqamnya semalam bersama Pak Hashim kemat, Mak Cik Minah, Fudhail dan kawan-kawan diketuai oleh Sy Azri: Wahai Sy Zaid, sebutlah namaku di depan kekasihmu Saidina Muhammad. Dengan berkat Sy Jaafar, Sy Zaid dan Sy Abdullah, dan RSA, selamatkanlah perjuangan ini. Selamatkan kami dari ujian-ujian. Menangkan kami melawan nafsu.

Tuhan, dengan berkat RSA, jauhkan kami dari kegagalan ini. Gagal kekal dalam pimpinan. Kalau sejarah lama terlalu jauh bagi kita, lihatlah sejarah perjuangan ASZ. Masih baru dan panas lagi. Mana pemimpin ala tentera, pakar ekonomi, ceramah menyentuh hati, mengegar jiwa, ada pendengar pengsan dibuatnya? Mana?! Mana pemimpin alim MA al Azhar, sufi jelas di raut muka, nampak tawadhu’, kurus banyak bermujahadah dan berpuasa?! Mana pemimpin pakar strategi, mahir sejarah dunia, berani luar biasa, berkawan dengan ahli-ahli politik negara kononnya?! Mana pakar minda, ulasannya luar biasa?! Lirik lagu pun mampu dicipta!? Mana ahli undang-undang, boleh menulis buku bersama fakta-fakta bercampur auta-auta (•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ )?! Mana penasyid-penasyid yang glamour?! Semuanya sudah tenggelam bersama isu masing-masing sedangkan kapal perjuangan tetap gagah menongkah arus. Hanya dengan sedikit dunia, semuanya berubah menjadi penentang perjuangan. Menambah senarai mereka yang gagal. RSA!, buangkanlah, cabut keluar rasa bangga diri kami, cabutkan cinta dunia kami, buangkan rasa takut mati kami… Selamatkan kami dari kegagalan.

Tiba-tiba, ada seorang yang tunjuk berani menentang jemaah kebenaran! Dia hebat sangatkah? Dia tak baca sejarahkah? Dia kata, dia tak takut berhadapan saman GISB… Betul kah? Dia dedahkan di tv, 1 dunia tahu, Ummu Jah bawa lari RM800 k setiap bulan ke Luar Negara. Banyak tu! Dari mana fakta awak dapat? Betul kah? Ada bukti ke? Kaya betul GISB kalau setiap bulan salurkan RM800K keluar negara. Syarikat Melayu Malaysia yang berjaya. Tiada bantuan kewangan kerajaan atau mana-mana bank. Tiba-tiba boleh berkembang sebegini rupa.

Tanpa GISB, Rufaqa’, Arqam… Awak dah ke mana? Agak-agak tanpa Abuya, awak boleh ke Yunan? Islamabad? Karachi? Jordan? Syria? Mekah? Madinah? Cuba fikirkan, tanpa didikan Abuya, awak mampu ke membuka sekolah? Sekarang satu Malaysia ragu, mampukah awak mendidik pelajar sedangkan anak-isteri awak pun lari dari awak. Awak fitnah orang lain. Awak nak berpatah arang nampaknya. Ke awak nak menambah nama dalam senarai orang-orang yang gagal?

Ok, korang doakanlah aku dan diri korang sekali. Semua orang hanya diberi peluang, tiada jaminan. Jangan jadi ‘azazil, doakan orang lupa diri sendiri. Akhirnya gagal juga. Korang baca ke nie?! Ampunkan aku Asz.

Isteri Zawawi ( Shamsiah Yusof ) & Anak-anak di Kaherah, Mesir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikhwan Homestay Jerash

7.55am Jul 18, 2011.
anjangmuor.wordpress.com

6 comments on “…gagal…anak dilarikan GISB…

  1. emmm….nak tanya ustaz:
    1-apa hukum isteri nusyuz pada suami ?
    2-kalau tak belajar macam mana nak mendalami agama,memajukan negara.tak tahu teknologi,hanya guna teknologi yang barat cipta.tak ke itu fardu kifayah?
    3-akhlak dengan msrykt luar macam mana?saya kenal seorg sy besar…sombong gile ngan orang luar.itu ke rsa suruh?
    4-ilmu hadis tak tahu,quran tak tahu.mcm mana nak istinbat hukum?.ilmu tauhid tak mendalami,ilmu tasawwuf yang lebih,tak ke ilmu tauhid yang paling penting dalam agama kita?

    • 1. Hukum isteri nusyuz haram. 2.Belajar wajib, saya setuju. 3.Sapa tu yg sombong sangat, bukan RSA je, Allah pun marah. Ya Allah, buanglah sifat ego ku. 4.Pada saya kena belajar tapi tak la sampai mampu istinbat hukum. Tak ramai yang mampu.

    • NGO badan bebas. Tapi bebas bukan bererti terlepas tanpa panduan. Sekali2 kami tidak bersekongkol dengan manusia2 penipu. Menghalalkan yg jelas haram.

  2. Satu lagi BUKTI GISB LARIKAN ISTERI orang.. Dalih nak saman tak menjadi… Kenyataan2 org2 sprt ini sangat membantu siasatan.

  3. Harun Taat, saya nak katakan kamu yg menulis tentang Zawawi tak pandai jaga isteri dan bukan dilarikan oleh GISB sebenarnya pembohong besar, tengok apa jadi pada Khaulah Al Azawar bt Zawawi yg ayahnya telah buat report Polis bahawa anaknya disembunyikan oleh kump GISB di BCH, akhirnya turut dibawa lari ke Mesir oleh puak kamu juga, jadi sebenarnya kamu ni terbukti penipu besar, tungulah azab Allah yg akan menghukum kamu krn berdusta atas nama agama.waliayzubillah

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s