Dimasyq : Ha ana jai !

Jam menunjukkan 7.40pm bila aku mengeluarkan BB  ni dari beg kecilku kerana azan Maghrib yang telah di’set’ darinya melalui program SalatMK berkumandang menerobos gegendang telinga semua penumpang bas. Saat ini juga bas ekpress Challenge ni pun dah membelok ke kanan memasuki jalan menuju Bandaraya Damascus, ibu kota yang dikatakan tertua di dunia. Tak sampai setengah jam lagi, aku, Sy Azri dan Sy Ali akan sampai ke Mat’am Sehah. Satu-satunya kafe makanan Asia Tenggara milik GISB di Syria. Keletihan di sendi-sendi anggotaku semakin terasa setelah menahan gegaran-gegaran dan hentakan-hentakan sepanjang perjalanan walaupun tak sehebat perjalanan 15jam antara Queeta, Pakistan hingga Taftan sempadan Iran yang aku tempoh 19 tahun lalu. Tapi ketika itu aku masih muda. Macam umur korang. Masih lasak. Tadi, sejak jam 2pm bertolak dari Jerash tanpa menjamah makan tengahari atau meminum seteguk air kerana mengejar masa ditambah dengan menanggung kemarahan dan herdikan AA hingga saat ini, masih belum sampai ke destinasi. Mujurlah bas ekpress ini, walaupun bukan tiket VIP, masih menghidang 2 keping biskut, 1 gelas plastik air minuman dan 1 kotak jus ala-ala bas ekspress di Turki. Walaupun dihidang oleh pramugara bertubuh kecil yang kalut, tapi aku sangat menghargainya lantaran perut yang lapar. Lebih-lebih lagi, dia mengenali rupaku yang selalu ke terminal Challenge di Damascus. ‘Malizi, betroh ‘inda Muhammad? Ila Abun Nur?! ‘. Maksudnya lebih kurang: ‘Orang Malaysian Kau nak pergi rumah Muhammad (Hafiz) di Mujamma’ Abu Nur. Aku mengiakannya je.

Sempat juga ber’BBM’ dengan kawan-kawan dan isteri-isteri sepanjang beberapa jam perjalanan sebelum melepasi border Jordan, memandangkan Syria yang dituju ini tiada perkhidmatan BlackBerry lantaran prejudisnya regim pemerintah dengan apa yang datang dari barat. Tetapi bukan semua perkara dihalang dan dilarang. Setiap yang dirasakan menggugat keamanan atau menganggu pemerintahan, itu sahaja yang akan disekat. Buktinya, budaya yang dibawa oleh TV satelit, dibiarkan bebas.

Pernah diceritakan, seorang wakil kerajaan AS datang ke Syria untuk berbincang mengadakan hubungan dua hala, paling kurang di bidang kebudayaan. Bila masuk ke bandar Damascus, dia berkata kepada pengiringnya: ‘Nampaknya, kita tidak perlu bersusah payah kerana setiap rumah sudah kita masuk’, melihatkan hampir tiada bumbung setiap rumah di sini yang tiada piring parabola pelbagai saiz. Semua rumah ada.

Kalau korang tak percaya, naik bukit/jabal Arba’ien, akan nampak semua bumbung2 rumah berparabola. Itu di kawasan penduduk miskin dan sederhana, yang kaya lagi-lagi lah. Ya, Yahudi dah masuk dalam setiap rumah. Merosak dari dalam. Dengan program-program Tv yang menarik tetapi be’racun’. Hasilnya generasi yang dirosakkan secara evolusi ini, namanya Islam tapi lidahnya yahudi. Tak heranlah orang yang disangka ulama, boleh mempertikaikan bila Dr Azlina kaitkan Tuhan dalam setiap perbincangan di BFM 89.9 baru-baru ini. Itukan jelas pendapat yahudi totok, sekular totok. Sebab itu di era kesedaran Islam yang memuncak awal 70′an ada orang Arqam yang membuang Tv dari atas jambatan Sg Muar. Korang percaya ke ni? Bukan salah TvV.. TV hanya alat. Di tangan si jahat, digunakan untuk aktiviti maksiat. Di tangan para Ikhwan diguna menyebar kebaikan. Tapi mungkin ketika itu orang Arqam itu tak dapat mengawal kebenciannya dengan pengaruh TV kepada diri dan keluarganya, lalu jalan mudah… natakhallas minhu… Campak sungai. Apa reaksi masyarakat… Ajaran sesat, songsang, ketinggalan zaman, ekstrim, tinggalkan dunia…. Bla…bla…bla. Hari ni, hari-hari (ertinya selalu sangat) orang buang bayi, tak ada yang bising-bising kata sesat, songsang dll. Malah usahakan tempat pembuangan….Huh!! Confuse….kalau tiada pimpinan.

TV tak salah. Sapa-sapa pun tengok TV tak salah. Dia benda. Yang jadi salah atau betul. Maksiat atau taat. Dosa atau pahala bukan TVnya tapi program yang disiarkan. Kita tengok tv bukan untuk lihat/tengok/tonton/saksikan fizikal tv, buatan tempatan atau import, berapa inci ukurannya, LCD ke tak. Itu bukan masalah. Masalah sebenar program yang ditayang. Apakah halal atau haram? Tuhan redha atau sebaliknya? Dengan menontonnya makin ingat Tuhan, takut, cinta, rindu padaNya atau semakin lupa Tuhan, tiada sedikitpun menambah rasa takut, cinta, rindu padaNya. Berita-beritanya, adakah semuanya benar atau bercampur aduk, benar dan palsu?

Hiburannya, adakah tiada unsur-unsur maksiat dan menaikkan nafsu syahwat atau memang dirancang secara sistematik utk menyuburkan nafsu?
Drama dan lakonannya, menyuburkan jiwa dan roh penonton atau melalaikan dan mematikan jiwa. Ringkasnya adakah rancangan-rancangan di TV itu dirancang, dibuat oleh orang yang benar-benar ingin mempraktikkan janjinya kepada Allah dalam solatnya: ‘sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Pentadbir sekelian alam.’ Atau mereka yang berjuang demi periuk nasi semata-mata, pedulik apa halal haram…. Dah darurat…? Mudah sangat sebut darurat, paham ke dak?!

Rilex anjang! Jangan marah-marah. Marah tak dapat mengubah sesuatu. Dari mula bas bergerak sebenarnya aku banyak memikirkan Bandar RSA Jerash yang semakin jauh aku tinggalkan. Bimbang dan risau kerana banyak amanah dan tugas yang diberi belum aku sempurnakan. Rasa hebatnya Abuya boleh ‘kuasai’ orang-orang seperti AA. Sedangkan aku rasa boring tahap pertama bila dia menuntut JD15 harga ayam pencen yang dulu dia sebut beri percuma.

Hebat Abuya mampu mentadbir bangsa-bangsa Palestin, Jordan, Mesir, Badawi Jordan dan Ghori hanya dengan remaja-remaja seperti Atiyyah, Khaulah, Adib, Uqbah, Alun, Atikah Azman, Shidah Bakar malah semuda Muhasibi. Mau pula orang-orang Arab ini taat dan patuh kepada orang ‘ajam. Kata Abuya, secara umum dalam Islam, bangsa ada dua sahaja: Arab dan ‘Ajam (bukan Arab). Bukan mudah orang Arab nak tunduk dengan ‘ajam, kerana Nabi saw berbangsa Arab, majoriti sahabat orang Arab. Al Quran dan Al Hadis dalam bahasa mereka. Kita hafal sepatah, mereka boleh sebut bermacam-macam ayat dan hadis. Tapi oleh RSA dalam jemaahnya, mereka boleh taat je. Pelik!!! Macam Khaulah tu, rata-rata pekerja di Mat’am akan menunggu-nunggu bila Khaulah akan adakan pertemuan dengan mereka. Maklumlah, atas tanggung jawab dan tugas dia selalu musafir. Pernah dalam 7 hari bergerak di 7 negara. Fuuh, macamana tu? Bacala blog dia yang sarat dengan rasa-rasa bertuhan. Jadi bila balik ke bandar RSA Jerash, masing-masing menunggu-nunggu, bila la boleh adakan pertemuan. Malah terasa hati kalau bertemu hanya dengan sebahagian dari mereka tidak yang lain. Ada bunga di hati. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Semuda Khaulah itu boleh mengarahkan Hamudeh berlakon dalam video klip GH. Dan Hamudeh yang kalau korang tengok rupanya, macam wajah orang badwi yang ‘keras’ boleh taat berlakon. Ini karamah Abuya. Tapi, kalau diteliti susur galur salasilah, sudah tentu kita faham keluarga Abuya memang keturunan Arab. Malah Abuya pernah katakan, kalau kekallah seseorang dalam jemaah ini, dia sesungguhnya berasal dari samada keturunan Rasulullah saw ataupun sahabat ra.

Kembali kepada persoalan TV tadi, semua kita yakin RSA lah yang akan memenangi peperangan ini. Melalui TV RSA, akan dihidangkan ke tengah masyarakat program-program yang akan mengubah minda, perasaan, roh penontonnya hingga tampak perubahan lahir dari kehidupan manusia biasa kepada kehidupan orang mukmin sebenar. Yahudi akan kalah lagi dalam peperangan Khaibar kali ke 2 ini. Lebih-lebih lagi kita akan memasuki Ramadhan dan menunggu Muharram. Mudah-mudahan puasa kali ini, kita benar-benar berubah menjadi orang bertaqwa. Orang yang didorong segala sikap dan peribadinya oleh rohnya yang sudah pandai takut dan cinta Tuhan. Barulah hasil lakonan kita, nasyid kita, sajak kita, hiburan yang kita persembahkan memberi kesan di hati penonton. Alhamdulillah, Sy Ali dan Sy Azri pun terlibat dalam shooting kali ini. Sy Daud pun dah bersajak dan menerangkan projek Mazra’ah RSA. Tinggal tunggu Sy Omar Zaki dan Ibu Nur Sakinah menyempurnakannya.

Sampai di hentian Challenge Fidaie dah menunggu. Dengan teksi yang drivernya kata, aku bawak kereta macam main atari games, akhirnya sampai juga kami ke Mat’am Sehah, menikmati nasi goreng padprik air tangan Mujahid. Mudah-mudahan RSA mudahkan urusannya untuk berkhidmat di Paris. Di rumah syabab, Fa’ah le pulak kena khidmat mengurut, tak kan nak mengurut Abu ‘Amer dan Cikgu Ibrahim je…

Bakaloni Rumah Syabab, Ruknuddin, Damsyiq, Syria.
4.20am Jul, 28 2011
anjangmuor.wordpress.com

Pelancaran Buku di Malaysia vs Letupan di Norway

Salam. Salam ceria. Tengok meriahnya program pelancaran buku Seks Islam. Dengan lebih 10 khemah. Stage yang canggih. Backdrop yang mengancam. Show yang…. (Aku tak tengok) mesti power punye dengan pukulan rebana ubi. Ditambah dengan pelancaran dan forum.
Nampak ia disokong oleh kekuatan roh. Atk. Syeikh Hashim juga tampak beransur sehat tanpa pembedahan. Ya, kekuatan roh boleh menyihatkan fizikal. Pun begitu, beberapa ujian juga menimpa kita seperti kemalangan yang menimpa Syh Jalal dan rombongan. Camry itulah yang berjasa menghantar aku ke KLIA beberapa bulan lepas. Mudah-mudahan semuanya segera sehat. Atk. Tak kurang ujian di Eropah, bila berlaku 2 kali letupan berlaku di Norway semalam, satu di pejabat PM Norway, satu lagi di pulau pelancongan mengakibatkan hampir 100 org mati. Ia dikatakan dilakukan oleh extremis Kristian. Sebab apa? Katanya yang bunuh sebab takut Islam akan kuasai Eropah. tapi GISB tetap hantar wakil ke sana, 3 pagi tadi Syakira terbang ke Paris, moga-moga dalam lindungan RSA. Harap Mr Idriss tunggu di sana.

Sy Hashim Muhammad semakin sihat di Kedah Medical Center

Toyota Camry Sy Jalal dari seremban accident ke perjalanan pelancaran buku di Kelantan

Oslo Bombing 22 July 2011

Apa kaitan dengan kita? Banyak kaitan, antaranya… Secara fizikalnya, rombongan team kita di Eropah sedang sangat diburu tetapi, InsyaAllah dalam lindungan keselamatan. Nak saham? Korang doakan banyak-banyak, hantar power. Setakat pagi tadi, Alhamdulillah grup yang diketuai oleh Sy Anuar Perancis dah sampai England. Seperti yang dijangka, kawalan polis sangat ketat di Eropah ekoran peristiwa di Norway. Mereka kena tahan di sempadan belah Perancis dan belah England. Hampir-hampir tadi mereka rasakan Syh Anuar dan Ibu Rohaya nak di hantar pulang ke Malaysia.

Interrogation’nya macam dalam filem James Bond 007.

Mudah-mudahan berkat anak-anak ASZ semua selamat dalam Perang Khaibar kedua ini.

Dalam soal siasat, pihak keselamatan negara-negara tersebut berkata setelah 6 tahun Eropah dalam keadaan agak tenang, tetiba sentimen keagamaan nak ditiupkan semula. Sentimen anti Islam nak ditiupkan semula. Tapi Islam sangat berkembang di sini. Yakinlah, Islam tak akan kalah-kalah lagi. Sungguh-sungguhlah dengan assigmnt masing-masing. Lihatlah fakta di bawah, ni bukan auta macam puak-puak yang dah mula jengok blog ni, pastu marah-marah. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Jangan marah-marah nanti cepat tua. Seks suci Islam, membuatkan kita lebih muda, sapa tak joint…nampak cepat tua. Kalau marah-marah sangat, boleh mati… Allah kata: موتوا بغيظكم. Matilah kamu dengan kemarahanmu.

Aku pun tak marah, korang hantar Kalam Zahab sampai ke FB Syh Mustafa di Jordan ni. Sungguh-sungguh nampaknya perjuangan tanpa jamaah ni.

Ini faktanya:
1.Perancis: pertumbuhan penduduk non Islam 1.2 persen setiap keluarga. Sedangkan muslim 8.1 persen setiap keluarga.

2.Perancis dulu dikenali sebagai Negara yang mempunyai gereja paling banyak, namun sekarang masjid sudah lebih banyak dari gereja.

3.Pada tahun 2027, satu dari 5 warga Perancis adalah muslim, dan 39 tahun dari sekarang Perancis akan menjadi Negara Islam.

4.Di Britain, dalam 30 tahun terakhir ini, jumlah umat Islam dari 82,000 telah menjadi 2.5 juta orang, meningkat 30 kali ganda. Jumlah masjid telah mencapai angka 1000, banyak di antaranya dahulunya adalah gereja.

5.Negeri Belanda, 50 persen bayi yang lahir adalah muslim. Dan 15 tahun lagi jumlah muslim adalah separuh dari rakyat Belanda.

6.Di Rusia, 23 juta rakyat adalah muslim, satu perlima dari rakyat Rusia. 40 peratus tentera Rusia adalah muslim.

7.Di Belgium, 25 persen penduduk adalah muslim, 50 persen kelahiran adalah muslim.

8.Pada 2025, satu pertiga kanak-kanak Eropa adalah muslim.

9.Dan di German, pada tahun 2050 akan menjadi Negara Islam.

10.Di Amerika Syarikat, tahun 1970 muslim hanya 100 ribu orang, namun pd 2008 telah berkembang menjadi 9 juta orang. Dunia telah berubah! Inilah masanya Islam bangkit!

11.Beberapa tahun lepas sebuah muktamar Islam telah diadakan di Chicago, mereka membuat perancangan untuk menguasai lebih banyak media, politik, pendidikan dan lain-lain. Kita kena menerima hakikat bahawa 30 tahun lagi muslim di Amerika adalah 50 juta orang.

Peratus Penduduk Islam di Eropah

Ok. Takat ni dulu. Nak tengok Sy Azri dan Sy Ali tasjil sout untuk pengenalan bandar RSA Jerash.

Sofa tepi dapur Bandar RSA Jerash.
10.30am Jul 25, 2011
Anjangmuor.wordpress.com

Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan ‘seks Islam’

Salam. Kaifal hal? ‘asakum bi khairin. Di kesempatan ini, marilah kita doakan kesihatan Sy Hashim Muhammad mudah-mudahan segera sehat. Kita perlukan pimpinan beliau yang sangat kuat keyakinan dan semangat dalam perjuangan. Mengalahkan remaja. Remaja atau syabab yang kita nasyid-nasyidkan. Nahnu syababul Islam fi kulli waktin wa zaman, nabzulu juhdana lil Islam… inilah antara nasyid zaman belajar di Yayasan Al Arqam. Tapi semuanya tinggal kenangan. Sekarang, kalau ada nasyid Arab pun, masing-masing lagukan lagu Maher Zain. Tak pandai aku. Suara tak power. Yang mudah nak hafal, Baraka Allah lakuma wa Baraka ‘alaikuma fil khair... hehe. Ada soalan teka teki, aku baru cipta untuk korang, sapa nak jawab angkat tangan… tak de respon pun? Ok Us Malek Raswan… beri peluang orang Muktah jawab. Sekarang dah jadi orang Bukit Beruntung. Tak pun Us Fuad Ibrahim, dah di Nogori 9. Ke Kak Dila nak jawab. Tak pun, Ibu Jeera. Cepat le soal… banyak sangat intronya.

Soalannya, apa dia… kalau turun tak nak naik dah, kalau naik tak nak turun dah? Pedia? Sapa dah sampai Bandar RSA Jerash mesti tau jawab.

Punya nak mengatur nafas, perlu 3 ke 4 minit, dengan teknik tai chi Uncle Wong Labuan.

So, macam mana program pelancaran buku SEKS ISLAM PERANGI YAHUDI untuk kembalikan SEKS ISLAM di Gong Kulim? Semuanya ok? Moga-moga semuanya ok. Sini aku dapat tengok gambo je. Nampak gambar Syh Tuan Zul melancarkan buku. Tekan button roket bom yahudi. Dengar cerita SB datang penuh profesional dan pegawai Jabatan Agama yang datang macam nak bergaduh. Cerita tentang pelancaran buku ni, terasa bahang KTS aka OWC
masih terasa. Dari pelancaran di Jordan, di Perangsang Club, di Jakarta, Indonesia. Pro dan kontra di media massa, di blog-blog, di stesyen-stesyen tv dan radio. Malah ia diperkatakan oleh menteri-menteri, dibincangkan dalam Dewan Negara. Lebih dari itu, sebenarnya ia dibincangkan dalam Majlis Raja-Raja.

Pada mulanya, ramai yang nak menjadi hero menentangnya tapi sebenarnya majoriti senyap itulah yang ramai menyokong.


Itulah juga yang terjadi di Singapura. Sebagai anak Johor, dari Bakri, Muar. Singapura tu jiranla. Ramai lagi saudara mara di sana. Kenyataan dari seorang menteri Melayu di sana yang tak akan membenarkan KTS dilancarkan di Singapura amat mendukacitakan. Pastu ada isu antara MUIS dengan pendokong KTS Singapura, sampai tahap nak saman menyaman. Akhirnya tersiar di Berita Harian Singapura jawapan rasmi dari KTS aka OWC, jadi sapa yang belum baca tu, bolehlah luangkan masa membacanya. Maaflah aku tak sempat buat coretan sebab sibuk, ada program di sini dan keluar ziarah. Mat’am pun sibuk soifi ni, 3 hari lepas, sebelum Mat’am tutup, aku menegur 2 orang yang agak berumur tapi berpakaian kot kemas. Rupa-rupanya, melalui pekerja, aku diberitahu, mereka adalah: Menteri Kehakiman Jordan dan Timbalannya. Minum-minum sambil berbincang di Mat’am Abuya di Jordan. Hebat Abuya. Ok, sapa-sapa yang belum baca, silakan. Yang dah baca pun boleh baca, tak de hal…

BERITA HARIAN SINGAPURA

18 Jul 2011

Pengerusi Kelab Taat Suami: Budayakan ‘seks Islam’

Oleh
A. Rahman Basrun

KELAB Isteri Taat – atau nama sebenarnya Kelab Taat Suami (KTS)
- yang menganjurkan kaum isteri memenuhi 100 peratus kehendak seks suami tampak
terus diselubungi kontroversi. Terbaru, Majlis Ugama Islam Singapura (Muis)
menjelaskan kenyataannya: bahawa ia sebenarnya tidak menganggap KTS ‘menyalahi
ajaran agama’ tetapi sebaliknya ‘berpegang pada pandangan agama yang tidak
menurut kefahaman lazim’ (Muis: Club’s views on wives at odds with most S’pore
Muslims, The Straits Times, 9 Julai).Pun baru tersiar hasil satu kajian yang
menunjukkan kaum lelaki di watan ini secara purata inginkan 3.5 kali lebih
banyak hubungan seks dalam tempoh empat minggu, manakala kaum Hawa inginkan 1.8
kali lebih banyak dalam tempoh sama.

Saya ingat sebulan lalu pojok ini yang
pertama mengulas isu KTS di akhbar ini (Kelab Isteri Taat atau Taat Isteri?, BH,
13 Jun).Jadi, wajarlah di sini juga berakhirnya isu itu – menerusi interviu
eksklusif saya dengan pengerusi KTS sendiri dari Malaysia, Cik Hatijah Aam. Cik
Hatijah, 57 tahun, bergelar Ummu Jah, adalah isteri nombor dua Allahyarham
Asaari Muhammad (juga bergelar Abuya), pengasas gerakan Al-Arqam yang diharamkan
di seberang Tambak. Ummu Jah juga pengerusi eksekutif Global Ikhwan Sdn Bhd
(GISB), kumpulan niaga yang diasaskan beberapa bekas pengikut
Al-Arqam.

PERKEMBANGAN KELAB
Soalan:
Apakah perkembangan KTS sejauh ini?

Ummu Jah:
KTS kini berpusat di Makkah. Cawangan-cawangannya di Jordan, Mesir, Syria,
Eropah (Perancis), Australia, Singapura, Indonesia, Malaysia dan
Thailand.

Soalan:
Sejak dilancarkan, apakah keanggotaannya terjejas? Kenapa?

Ummu Jah:
Sejak KTS dilancarkan ia telah menerima sokongan besar daripada masyarakat.
Bancian kami mendapati bilangan yang menyokong jauh lebih banyak daripada
bilangan yang menentang.Kenapa mereka menyokong? Suami mana tidak mahu isteri
taat padanya 100 peratus? Ia petanda manusia sudah mahu kembali kepada
Tuhan.

TAKRIF ‘ISTERI TAAT’
Soalan:
Ungkapan ‘taat suami’ terkandung dalam nama
kelab. Bolehkah KTS perjelaskan takrif ‘taat suami’?

Ummu Jah:
Ertinya isteri
memberi ketaatan 100 peratus kepada suami atas perintah Allah swt, dalam keadaan
suami 100 peratus taat kepada Allah. Taat kepada suami dalam semua aspek hidup,
terutamanya komponen seks. Hal ini tidak menafikan boleh berlaku perbincangan
budi bicara, kerjasama dan lain-lain. Namun, keputusan akhir di tangan suami,
selaras anjuran Islam iaitu suami pemimpin manakala isteri dan anak-anaknya
pengikut. Continue reading

merajuk… vatican vs GISB

Salam. Kabo korang semua? Sehat naa? Aku ok je. Penghuni Homestay ni pun semua macam ok je. Sy Azri dah ok. 2 hari tak sehat, balik ziarah rumah bekas menteri. Pagi esoknya macam nak muntah. Yang pelik, bila Sy Daud beri dia air Abuya, baru sua kat mulut, rasa mual nak muntah bertambah teruk… Bila minum je, tak dan apa… Berlambak kat bilik air, muntah segala-galanya. Sah bukan sakit biasa. Mudah-mudahan ok. Doa dan tawassul juga buat Sy Hashim Muhammad yang masih sakit di KMC. Semoga segera sembuh. Atk. Yang lain di sini ok je. Us Wan Acheh ok. Sehat, semalam baru tunjuk skill main nan cha ko. Sy Ali Sodiqin sehat dan ceria. Baru sampai semalam, kesian dia kena tunggu berjam-jam di Airport. Ceria khosatan ba’dama tazauwaja as thalithah, syaabah min Sarawak. Yang paling ceria tentu Sy Zulkhairi Othman, Zai dan Suhaimi sebab jam 6.30 terbang ke KL. Sy Salleh, Sy Kadir, Azam Sy Nik, Ibu Tim dan Hafiz ke Turki. Solehin pun ke Turki dengan familynya tapi dah balik. Member senasib di Pelubang 5 tahun sudah, Sy Isnil dah sampai Mesir. Tersangkut beberapa hari di Bangkok. Sy Anuar dah sampai kampung dia di Perancis.

Malaysia ok ke? Kat Malaysia isu bersih macam kurang panas dah, isu bekas Arqam tuduh GISB larikan isteri bertahan 3 hari je. Isu cincin Rosmah, pembangkang suka sangat. Lebih lagi bila disebut ia hasil wang simpanan sejak kecil. Boleh percaya ke? •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

Isu yang paper tak highlightkan, ketua negara Islam (bagi ramai umat Islam, Malaysia adalah negara Islam contoh), diiringi menteri bahagian Agama dan ulama melawat Vatican dan secara rasmi menjalin hubungan Malaysia-Vatican. Sapa mengadap sapa? Patutnya yang mulia dikunjungi. Bukan mengunjungi. Mungkin juga yang dikunjungi lebih ‘mulia’. Dalam post yang lepas, aku cadangkan ikut nasihat Norzah Kepol, berbincang dengan orang-orang GISB demi kebaikan negara, tapi diaorang nak bincang dengan Vatican. Terpulanglah… Nak jatuh setandan ke? Ulama PAS sokong Ambiga, Ulama UMNO dok pegi mengadap Pope.

Susah nak cari orang yang betul-betul hendakkan Tuhan macam Abuya. Sebab tu yang sayang Abuya, sanggup ikut sampai mengadap Tuhan.

Contohnya orang lama, banyak jasa dalam jemaah, tawadhu’, kalau tak silap, anak murid Abuya dari Sg Leman lagi, baru sahaja pergi menghadap Allah pada 16hb Julai yang lalu. Ust Maulana Yunus. Al Fatihah. Namanya Yunus, maulana tu gelaran je. Anaknya Akasyah kawanku ketika di Pakistan. Lebih muda dariku. Pandai berniaga. Moga-moga rohnya bersama para auliyak dan solihin. Banyak jasanya pada jemaah khasnya bab-bab kebajikan dan perkahwinan. Dalam nak menyatukan dua pengantin mengikut strategi Islam, kepentingan perjuangan, banyak peristiwa pahit manis dia hadapi. Kena marah, kena herdik, kena hina. Kena kejar. Ada yang mengamuk nak tetak guna parang. Rasa ralat juga tak sempat catatkan pengalamannya sewaktu bersama-sama dengannya di Labuan ketika beliau melatih remaja bersilat.

Bab remaja ni, boleh tak hari ni kita bincang tentang merajuk. Ya tajuk yang baik rasanya. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Korang pernah merajuk? Tak pernah? Ye ke…. Cayaaaa la!!! Langsung tak pernah….? Boleh percaya ke? Aku tak tau la, macam tak boleh percaya je sebab aku kaki merajuk. Pulak tu, katanya orang Johor jenis kuat merajuk. Syed Hussin Al Attas yang cakap. Onn Jaafar tu, dia yang tubuhkan UMNO, bila idea dia nak buka keahlian UMNO kepada non Malay tak diterima, dia merajuk, keluar UMNO. Aku biasa merajuk, malu nak sebut beb, tapi itu hakikat. Bila gaduh dengan adik, mak menangkan adik…. Merajuk. Diam. Tarik muka. Masam. Muncung panjang. Protes, tak mau makan. Lagi mak marah. Sebenarnya merajuknya berapa kategori? Cuba korang cerita sikit! Ala… Hantam aja, salah betul bukan ada hadiah…

1. Kategori budak-budak

Bila yang dikehendak tak dapat, atau ketika main kena marah. Pecahkan cawan kena marah. Mulalah merajuk. Lari masuk bilik. Duduk tepi katil. Sorok belakang langsir. Menangis sebamkan muka ke bantal. Tak nak makan, tak nak minum. Hati pedih, rasa semua orang tak sayang. Hati harap ada yang pujuk. Mak aku nak pujuk? Tak dak la… Bawak puntung api lagi nak cucuh… Ha, nak mintak simpati abah. Nak kena libas dengan talipinggang. Bagus, mak abah tak beri muka. Baru aku tak naik tocang. Tapi hati, memang pedih sangat.

2. Remaja Merajuk

Macam-macam sebab remaja merajuk. Korang lebih tau. Time remaja kadang-kadang aku terbawak gak merajuk. Kalau ada sebab, kalau tak merajuk aku mengamuk almaklum ada darah bugis dan jawa, contohnya: kena paksa sangat, aku merajuk gak. Sebab tak larat. Pernah masa ke Singapore dengan Syh Lah Ariffin, cari barang-barang untuk projek silk screen. Aku ada penyakit lemah kaki, lenguh-lenguh. Masa kecik, nak tido malam, mak kena picit-picit sampai tido (terima kasih banyak mak)Sekarang nampaknya diwarisi oleh Tiyah dan Ala’. Anak-anak Ju macam ok je. So, tak larat jalan jauh, bila terpaksa jalan jauh-jauh macam tu, ikut Syh Lah, dia tinggi pulak, langkah panjang…mulalah datang perangai merajuk. Masa di Mesir pun macam tu, bawa jalan Sy Inaam, aku senior sikit, dia baru sampai dari Pakistan ke Mesir. Dia mintak bawa ke tempat-tempat perniagaan di Hussain dan Atabah. Aduhhhhh, penat gila. Dia panjang langkah, aku ni pendek, Semua tempat dia nak masuk. Belinya dak. Al maklumlah, bisnesman. Datang le perangai merajuk. Buat malu je, dah beso nak merajuk… Remaja bercinta lagi suka merajuk, kadang-kadang ber’cinta’ dengan adik angkat je… Tetiba, adik angkat kena tackle Ustaz muda, Pergh, merajuk mengalahkan cerita hindustan… Lagi lah kalau terlibat cinta monyet, merajuk mengalahkan monyet. Ala test market je, pujuk sikit…cair balik. Merajuk untuk amik perhatian.

3. Kategori baru kahwin

Macam-macam sebab isteri nak merajuk. Suami balik lewat merajuk. Balik, isteri ajak makan tak mau sbb dah pulun mee goreng mamak dengan member, merajuk lagi. Muncung bibir. Suami lupa birthday’s gift. Masam muka. Suami pula, bila isteri tak angkat call, naik hangin dan merajuk. Bini dok sibuk dengan anak je, mula le merajuk.

4. Kategori isteri bermadu

Bila suami tersilap panggil, nak panggil yang pertama, terguna nama isteri ke 2. Fuhh, merajuk. Sampai hati, sampai lupa nama kita… Bla…bla… Bila bergegas sangat nak ke rumah/ke bilik isteri kedua bila sampai giliran… Merajuk… Kat kita tak macam tu pun, kat dia… Nak cepat je gi… Suami tak tanya kesihatan dia dan anak-anak, mulalah merajuk. Siapalah saya. Menumpang. Orang jahat. Abg lebih sayang orang lain, bla… Bla… Bla…Bila tak dipujuk, tak dipuji, atau suami malas hantar power, mulalah delete contact bb, delete contact ym, tak balas sms dll. :D ªkªkª =D ªkªkª =)) ªkªkª . Kemuncaknya lari dari rumah. Boleh cepat tua laki.

5. Orang Tua Merajuk

Anak-anak tak balik raya, merajuk. ‘Asyik balik rumah mentua je’. Balik sekejap sangat, pun merajuk… ‘Baru nak gurau dengan cucu kok nak balik, kejap sangat.’ Anak tak makan bila dah masak, merajuk. ‘Dulu ko, bukan main suka makan ni… Sekarang kok, tak bertambah.’ Balik tak bawak cucu kesayangan pun boleh merajuk. Hai, macam-macam sebab boleh merajuk.

6. Merajuk Ustaz-ustazah

•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Jangan marah! Ada ustaz/ustazah, bila orang tak address nama dia dengan Ustaz atau Ustazah, merajuk. Ungkit-ungkit, tak nak isi program. Mengelak bila jumpa. Kadang-kadang, salam pun tak jawab.

Ada yang merajuk sebab murid tak cium tangan, •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ Yang tu dia harapkan sangat, tetiba tak berlaku, merajuk. Hee huduhnya.

Aduhhh. Banyaknya cerita orang merajuk. Sebenarnya merajuk ni apa? Merajuk ni confirm mazmumah. Ia hakikatnya dari seorang yang ada ego tapi penakut. Ego, tapi tak berani betul-betul melawan, lalu protes dengan macam-macam perangai untuk mengambil perhatian. Untuk meluahkan perasaan. Rasa diri bersih, diri mulia. Diri tak patut di zalimi, tak patut dihina. Hakikatnya ego. Orang ego musuh Allah. Si ego, tak dapat cium bau syurga, sedangkan baunya dapat dihidu sejauh 500 tahun perjalanan.

Sedangkan kita hamba, kita dari tanah, kita dari air mani. Kita sangat lemah di semua sudut. Tak mengapa kalau Allah hinakan kita melalui mulut orang lain. Hakikatnya Allah yang hina kita, cuma Allah izinkan melalui mulut atau sikap orang. Kita hamba, hamba kena rasa hina. Hamba kena rasa hamba, tak boleh rasa tuan. Lebih-lebih lagi tak boleh rasa diri Tuhan!!.. Orang merajuk ni tak kuat jiwa, terikat dengan sikap dan perangai orang, patutnya tak payah hirau apa orang kata, apa orang lakukan pada kita. Yang nak dirisaukan apa Allah kata, Apa Allah nak!

Abuya lebih suka seorang yang agak kasar, kurang berdisiplin tapi berani dari seorang yang nampak berakhlak, lemah lembut, tapi asyik nak merajuk je… Ok.. Jumpa lagi. Berhentilah merajuk… Kata mak aku, nanti cepat tua…

3.09pm Jul 20, 2011

Ikhwan Homestay Jordan,

anjangmuor.wordpress.com

Ramadhan Karim

Salam. Semoga dalam rahmat Tuhan semuanya. Hari ini semua diuji. Melihat keluarga orang diuji pun satu ujian. RSA bantulah kami semua. Beberapa hari lagi, semua umat Islam akan diuji. Ya Ujian Ramadhan. Mari kita sembang-sembang tentang Bulan Ramadhan. Tentang bulan puasa yang dah nak tiba. Bulan ujian. Bulan peperiksaan. Kena sebut-sebut. Baru ada rasa di hati. Lagipun dah dekat. Tak kan biarkan, tak bual-bualkan. Macam kezahiran Imam Al Mahdi, kena selalu sebut sebab dah dekat. Ada orang kata, cakap dah dekat, tapi tak muncul-muncul pun. Ia dekat dinisbahkan dengan lamanya umat menunggu, sudah lebih 1000 tahun. Begitulah Ramadhan dekat, sebab dah berlalu lebih 10 bulan, tinggal beberapa hari sahaja lagi, akan muncullah Ramadhan.

Tentang rukun, syarat, sah, batal, fadilat, kaifiyat puasa tentu korang dah masyi (ok). Dah expert. Anak pejuang, Fardhu Ain kenalah ok. Fardhu Ain kena masyi, mantap sebelum baligh lagi, sebab bila baligh dah wajib amal, bukan baru nak belajar. Hari ni, ramai yang dah 40, 50 tahun macam belum baligh. Fardhu Ain tak lepas. Ilmu dunia bukan main expert, bangga lagi. Cakap orang putih siap slang lagi. Betul-betul macam Mat Saleh. Fardhu ain out. Korang tak percaya, cuba tanya, puasa wajib ada berapa jenis. Ramai yang jawab, puasa Ramadhan. Fullstop. Tak reti nak sebut yang lain-lain: puasa nazar, kaffarah, qadha’… Sebab apa? Sebab baru nak baligh.

Ok gak, memang tak belajar. Salah dia tak belajar. Lebih-lebih lagi malang, anak-anak yang belajar agama. Duk kat luar negeri, Jordan ke, Syria atau Mesir. Tanya bab puasa, tak boleh jawab. Pernah ponteng puasa? Dah qadha’? Fidyah tu apa? 1 cupak tu berapa gram? 1 Gantang tu berapa dalam metrik? Apa beza antara fajar sodiq dengan fajar kazib? Bayar fidyah dengan wang boleh ke? Apa tu pertemuan dua khitan? Suami isteri berhubungan jenis di siang Ramadhan, adakah kedua-dua kena kaffarah? Perempuan yang tidak berpuasa kerana takut kering susu untuk anaknya wajib qadha’ sahaja atau fidyah sahaja atau keduanya. Boleh ke mengucup isteri di siang Ramadhan? Apa beza antara syarat sah dan syarat wajib puasa. Dan macam-macam persoalan lagi. Kalau tak tau, alamat kena buka kursus intensif fardhu ain puasa. Kita kan nak perjuangkan Tuhan dan syariatNya, kenala masyi hukum hakam ni…

Aduhhhh, bab lain masyi. BB faham betul. Tau nak bbm, nak guna auto text, hantar gambar, file, voice note, sempat bercinta monyet lagi. Amik gambar, video, upload ke you tube, surf internet, scan bar code, hantar boardcast, entah apa-apa lagi. Bab puasa, malas ulangkaji.

Yang kita sebut tadi masih mudah. Ada yang lebih susah. Nak puasa macam Abuya puasa. Ini lagi payah. Sudut lahir pun dah ramai yang kantoi. Kongsi-kongsi la sapa yang tau, khususnya anak-anak YBM AFT. Abg ke? Dad ke? Sy Inaam ke? Ibu Ju ke? Abuya biasanya sahur berapa jam sebelum Subuh. Kalau tanya pukul berapa, takut ada yang keliru. Maklumlah di sini agak berbeza. Sekarang Subuh di Amman jam 4.04am, Maghrib jam 7.44pm. Kata Ibu Rohaya, di Paris nanti Subuh dalam jam 2am, Maghrib jam 10pm. Aduh…. Cabaran. Panjang tu masa kena posa. Pulak tu kat Eropah. Atk.

Yang zahir-zahirnya, kita tengok A, waktu buka. Abuya mula baca doa buka puasa, selepas habis azan dan baca doa azan. Orang awam biasa, azan je terus doa buka… Apa lagi… Belasah!!! Pastu yang azan, Abuya pesan; azan rengkas-rengkas. Jangan le masa tu ko nak tunjuk skill azan bertarannum ko. Penuh dengan hijaz, bayati, nahawand, jawabul jawab… Tak payah… Rengkas-rengkas je. Lagilah Ajwad dan Mamat kat Paris tu, dah le lapo 20 jam, kalau ko tarik azan macam kat radio Jordan, alamat Sy Anuar habiskan semua buka yang orang Turki tu siapkan. Pernah buffet di sebuah hotel, bila mula azan. Aku cuba ikut Abuya, aku tengok semua yang duduk di keliling aku, tak berani nak buka. Pegang kurma, tapi mata semua tengok orang Abuya. Dah azan tapi orang Abuya tak buka lagi, tak berani nak buka. Mereka lebih yakin dengan orang Abuya. Tak percaya dengan tv. Walhal memang dah masuk waktu. Depa bukan tau, aku ikut disiplin atau adab-adab berbuka Abuya.

Pastu buat apa? Kalau di Labuan dulu, Abuya berbuka dengan tamar, minum air pastu terus solat Maghrib. Lepas Maghrib (wirid dll), kadang-kadang Abuya minta kami sambung makan-makan bubur atau kuih muih baki buka tadi. Lepas tarawih nanti, baru makan malam. Bincang-bincanglah ikut kesesuaian tempat masing-masing.

Di bulan Ramadhan, banyakkan baca Al Quran. Bukan rebutkan untuk khatam tapi ada 2 tujuan: 1. Baca tadarus, seorang baca, yang lain semak. Kalau salah, betulkan on the spot. Tujuannya untuk betulkan dan kemaskan bacaan. Pejuang kena kemas bacaan, jangan macam muallaf je. Wahabi memang teruk aqidah dan syariat mereka tapi bacaan Al Quran lebih fasih dari kita.

2. Baca dengan terjemahan. Tujuannya untuk lebih menghayati makna dan mengambil pengajaran. Boleh juga digabungkan kedua-duanya sekali. Yang penting ada ketua yang lebih mahir dari yang lain.

Sembahyang tarawih, buat rengkas-rengkas. Bukan laju-laju sampai mengah makmum. Yang tua-tua tak larat ikut, yang muda dah hilang rukun tomakninah. Tapi cari ayat yang pendek-pendek. Pejuang banyak tugas, amalan wirid zikir yang perlu ditunaikan pun banyak. Nilai-nilailah. Jangan berlama-lama. Pastu Abuya pesan, jangan banyak keluar di bulan puasa. Bila perlu sahaja. Banyakkan doa, taubat, selawat dan sedekah. Kena usaha jadi murid yang baik, kenalah cuba contohi Abuya di semua hal.

Meniru yang lahir ni sebenarnya masih mudah dibanding mendapatkan rasa-rasa. Abuya ajak kita merasakan kedatangan bulan ini, bukan seperti bulan-bulan yang lain. Rasa tu di hati. Cubalah paksa-paksa. Dengan bertawassul. Mudah-mudahan Allah kasihan. Lalu dianugerahkan, rasa. Rasa besarnya, agungnya, mulianya Ramadhan. Macam orang ke Mekah, takkan sama rasa orang ke London. Susah gak kalau cakap dengan orang yang tak pernah ke Mekah dan London. Atau macam orang masuk bazar Ramadhan dengan orang ziarah maqam, rasanya tentu berbeza. RSA bantulah kami mendapatkan rasa-rasa ini!!. Payahnya. Untuk menulis pun susah. Apalagi untuk mendapatkannya. Nanti kita cuba tulis lagi, banyak sangat pengalaman berpuasa zaman pelajar Arqam, berbuka makan bubur kacang dengan bersudukan daun nangka. Ossd/ord di Kampung Manjoi, Ipoh dalam bulan puasa… Dan lain-lain…Oh zikrayaaat….laita ta’ud syababi yauman.

Ikhwan Homestays, Jerash, Jordan

5.38pm Jul 18, 2011

Anakku yang ke 15….

Alhmdllh. Tk RSA, Jam 2.28pg (waktu Malaysia) tadi, ana dpt anak yang ke 15. Bayi lelaki dgn berat, 3.9kg lahir di Klinik Ikhwan BCH. Kedua-dua. Ibu dan bayi sehat. TkA. المولود الجديد الرقم 15 لي. ألحمد لله . أصبحت بدلا من أبي المقدام أبا العيال. •нëнëнëн

…gagal…anak dilarikan GISB…

Pengantin Baru, Humam dan Isteri

Salamku kepada semua, khususnya remaja RSA di mana jua anda berada. Teruskan berlakon, teruskan shooting, teruskan teater muzikal, teruskan bersajak. Ya, orang lain berlakon, kita juga ada lakonan, orang lain ada pengarah, kita ada pengarah baru, orang lain ada tv, kita pun ada. Orang lain ada peluru, peluru kita berlambak. Orang lain rebut dunia dan glamour, kita nak Tuhan dan kasih-sayangNya. Ok yang lakon, lakon la, tapi Humam ni bukan berlakon pengantin. Real punya…Macam mana Humam? Everything is ok? Nampak gambar macam panglima. Cincin Umam, fuuuh gagah. Air muka garang tapi, sejuk mata memandang dah sah jadi suami Umam sekarang.

Bercakap tentang berlakon ni, ada orang nak mengulangi lakonan orang-orang yang gagal. Sapa yang gagal tu? Korang tau? Takat gagal UPSR, PMR, SPM…tak jadi hal sangat. Ramai je yang berjaya tanpa sijil-sijil tu. Dan ramai je yang tak berapa berjaya walau result ok giler. SRP (sekarang PMR) aku ok je. Dapat 8A. Bukan susah sangat, baca buku soalan-soalan tahun yang sudah-sudah, depa nak soal apa lagi, dok sama macam tu la. Tu yang aku hilang kepercayaan dgn sistem pendidikan sekarang ni. Menumpahkan apa yang dipelajari, pada beberapa keping kertas di hari peperiksaan… Pastu terpulang, ko nak amal, ko nak lupa, ko tak paham balik…terpulang. Ko nak ingat guru, ko nak hubungi kawan-kawan… Tiada dalam perkiraan. Ok… Dah melalut tentang pendidikan, sedangkan aku nak cakap bab gagal.

Ya orang yang gagal yang sebenar-benar gagal ialah orang yang dah dalam kebenaran tapi keluar dari kebenaran lalu menjadi penentang kebenaran. Akhirnya, di dunia lagi Allah hina, sedangkan apa yang menunggu di Akhirat adalah lagi pedih dan berpanjangan. Korang tak baca ke sejarah Qarun, bukankah dia pengikut Nabi Musa. Nabi Musa yang mengajar padanya ilmu-ilmu untuk menambah simpanan emas peraknya walhal dia asalnya miskin. Apabila telah kaya, dia enggan taat dengan Nabi Musa lalu Allah benamkannya dan kekayaannya. Yahuza, pengikut Nabi Isa pun begitu, gagal taat, di dunia lagi Allah hukum, mati disalib. Ribuan tentera Tholut gagal kerana tidak taat, gugur sebelum bertempur. Tsa’labah, cintakan dunia, gagal memberi ketaatan…menjadi penentang sistem Tuhan yang Rasuullah saw bawa. Pemanah-pemanah atas jabal Rummah, di Medan Uhud, gagal mengawal tarikan ghanimah lalu ingkar arahan Rasul saw. Ramai yang terkorban, malah Rasul saw sendiri cedera akibat serangan.

Oh, alangkah banyaknya sejarah untuk menjadi hujah menentang hamba-hamba depan Tuhan Robbul Jalil di mahkamah Akhirat, ketika itu, peguambela kita adalah segala amalan kita. Sedangkan amalan kita kosong, kerana tiangnya solat pun sudah tertolak. Semuanya akan membuatkan kita bungkam.
اليوم نختم على أفواههم وتكلمنا أيديهم وتشهد أرجلهم بما كانوا يكسبون

Pada hari ini Kami (Allah) menutup mulut-mulut mereka, dan berkata-katalah tangan-tangan mereka kepada kami, dan bersaksilah kaki-kaki mereka dengan apa-apa yang mereka kerjakan.

Kita tidak akan mampu berdalih di depan Tuhan. Aku tak mampu, kamu semua pun tak mampu. Sebab itu Allah ajar dalam surah Al Fatihah, semua nikmat adalah dari Allah yang mentadbir sekalian alam, ucaplah terima kasih, segala puji bagi Allah. Takutlah Allah kerana nikmat yang diberi ada yang bersama Rahmannya sahaja, sama seperti orang kafir, tiada beza kerana dapat nikmatNya juga tapi hilang Tuhan dari kehidupan. Ada yang diiringi Rahimnya, beruntunglah. Nikmat beserta Rahmat. Sedangkan semua nikmat-nikmatNya ini akan ditanya di Akhirat kelak oleh Maliki yaumiddin. Penguasa di hari Pembalasan. Maka mengakulah yang kamu tidak akan mampu menjawab, dari mana kamu dapat nikmat itu, untuk apa ia digunakan. Katakan sajalah: ‘Hanya kepadaMu aku menyembah dan hanya kepadMu aku mohon pertolongan…. Carilah syafaat Rasulullah saw, para sahabat, wali-wali Allah, syafaat mursyidmu.

Itulah juga yang aku sebut kepada Saiyidina Zaid bin Harithah ketika menziarahi maqamnya semalam bersama Pak Hashim kemat, Mak Cik Minah, Fudhail dan kawan-kawan diketuai oleh Sy Azri: Wahai Sy Zaid, sebutlah namaku di depan kekasihmu Saidina Muhammad. Dengan berkat Sy Jaafar, Sy Zaid dan Sy Abdullah, dan RSA, selamatkanlah perjuangan ini. Selamatkan kami dari ujian-ujian. Menangkan kami melawan nafsu.

Tuhan, dengan berkat RSA, jauhkan kami dari kegagalan ini. Gagal kekal dalam pimpinan. Kalau sejarah lama terlalu jauh bagi kita, lihatlah sejarah perjuangan ASZ. Masih baru dan panas lagi. Mana pemimpin ala tentera, pakar ekonomi, ceramah menyentuh hati, mengegar jiwa, ada pendengar pengsan dibuatnya? Mana?! Mana pemimpin alim MA al Azhar, sufi jelas di raut muka, nampak tawadhu’, kurus banyak bermujahadah dan berpuasa?! Mana pemimpin pakar strategi, mahir sejarah dunia, berani luar biasa, berkawan dengan ahli-ahli politik negara kononnya?! Mana pakar minda, ulasannya luar biasa?! Lirik lagu pun mampu dicipta!? Mana ahli undang-undang, boleh menulis buku bersama fakta-fakta bercampur auta-auta (•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ )?! Mana penasyid-penasyid yang glamour?! Semuanya sudah tenggelam bersama isu masing-masing sedangkan kapal perjuangan tetap gagah menongkah arus. Hanya dengan sedikit dunia, semuanya berubah menjadi penentang perjuangan. Menambah senarai mereka yang gagal. RSA!, buangkanlah, cabut keluar rasa bangga diri kami, cabutkan cinta dunia kami, buangkan rasa takut mati kami… Selamatkan kami dari kegagalan.

Tiba-tiba, ada seorang yang tunjuk berani menentang jemaah kebenaran! Dia hebat sangatkah? Dia tak baca sejarahkah? Dia kata, dia tak takut berhadapan saman GISB… Betul kah? Dia dedahkan di tv, 1 dunia tahu, Ummu Jah bawa lari RM800 k setiap bulan ke Luar Negara. Banyak tu! Dari mana fakta awak dapat? Betul kah? Ada bukti ke? Kaya betul GISB kalau setiap bulan salurkan RM800K keluar negara. Syarikat Melayu Malaysia yang berjaya. Tiada bantuan kewangan kerajaan atau mana-mana bank. Tiba-tiba boleh berkembang sebegini rupa.

Tanpa GISB, Rufaqa’, Arqam… Awak dah ke mana? Agak-agak tanpa Abuya, awak boleh ke Yunan? Islamabad? Karachi? Jordan? Syria? Mekah? Madinah? Cuba fikirkan, tanpa didikan Abuya, awak mampu ke membuka sekolah? Sekarang satu Malaysia ragu, mampukah awak mendidik pelajar sedangkan anak-isteri awak pun lari dari awak. Awak fitnah orang lain. Awak nak berpatah arang nampaknya. Ke awak nak menambah nama dalam senarai orang-orang yang gagal?

Ok, korang doakanlah aku dan diri korang sekali. Semua orang hanya diberi peluang, tiada jaminan. Jangan jadi ‘azazil, doakan orang lupa diri sendiri. Akhirnya gagal juga. Korang baca ke nie?! Ampunkan aku Asz.

Isteri Zawawi ( Shamsiah Yusof ) & Anak-anak di Kaherah, Mesir

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikhwan Homestay Jerash

7.55am Jul 18, 2011.
anjangmuor.wordpress.com

Dari Rockers jadi Pejuang VS dari Pejuang jadi Penentang

Di Hadapan dinding Maqam Nabi Shuaib AS

Salam. Selamat Menempuh Alam Rumah tangga kepada Humam At Tamimi, moga terbina sifat-sifat kepimpinan melalui alam baru ini. Begitu juga kawan anjang, Sy Johari Ma’som, Selamat Menempuh Alam Rumah Tangga poligami, untuk membina keadilan dalam diri. Sapa yang tak poligami tu, tak nak usahakan keadilan atau dengan kata-kata yang lain mengekalkan kezaliman sebab lawan adil adalah zalim. Sedangkan zalim adalah kegelapan di hari kiamat. Allah jelaskan sifat adil itu lebih dekat dengan taqwa. Tak nak taqwa ke? (Taqwa betul ni, bukan Taqwa yang hujung minggu main notebook kat rumah syabab di Damascus) Sebab itu sapa yang kata: ‘Saya tak nak poligami sebab tak mampu berlaku adil’, sedar tak sedarn seolah-olah berkata: ‘saya tak mau poligami kerana nak kekalkan sifat zalim. Saya masih sayang sifat zalim saya ni. (Tapi untuk berkahwin, tentukan pasangan dan poligami kena pemimpin tentukan) Apa kabo kawan-kawan yang lain? Apapun bersedialah menerima proses.

Diantara proses yang kita hadapi sekarang ialah ujian keyakinan, dengannya Allah tambah keyakinan orang yang dia pilih, Allah cabut keyakinan orang yang Tuhan tidak mahu dalam jemaahNya. Semalam aku sempat bersama Pak Wahyu dari Sumatera bersama dua adik iparnya. Transit di Jordan bersama Sy Fauzan dan Sy Raja untuk menunaikan umrah. Dari sumber yang boleh dipercayai, aku diberitahu, Pak Wahyu ini seorang rocker. Korang pun tau, rockers ni bukan mudah nak hilangkan jiwa rock. Rock tu kan batu. Bukan senang nak berubah, kalau dah keras dan membatu. Aku cakap sebab aku terlibat. Bukan jadi rocker tegar a tapi, tengok abang aku dengar lagu-lagu rock, aku pun terikut la. Masa aku muda dulu band Scorpions cukup terkenal. Aduh…. Terikut-ikut, sampai lukis gambar kala jengking. Ada class mate di HSM, budak cina nak beli, jual la, boleh dapat duit belanja. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​

‘…I climb the stage again this night…… When the smoke is going down….’ , ‘Let me take a far away you d like a holiday….dan entah apa-apa lagi.

Pak Wahyu

Masa tu ramai je remaja yang taasub gila dengan band2 rock, tak de sapa kata sesat. Rambut panjang macam mee maggi tumpah, badan kurus sbb amik dadah, seluar jean lusuh, ada koyak-koyak. Mata stim je. Talipinggang kulit, buckle besar. Hak taasub ni, tak de seorang menteri berkaitan dengan agama berani menegur. Taasub melampau begini, tak apa. Anak bangsa dah jadi bangkai berjalan, tiada siapa nak benar-benar tangani. Sampah masyarakat, nak bakar, masih hidup bernyawa. Nak beri tugas, tak boleh bertanggung jawab. Nasib baik Us Zaki Komsin, ayah andak tu orang kampung aku. Bila dia balik kampung, bawa van dengan pelajar-pelajar Arqam yang berjubah serban putih, tingkah laku pelajar-pelajar itu sangat menyentuh hatiku. Ketika itu, aku berharap menjadi sebahagian dari mereka. Aku tak tau, bagaimana sejarah Pak Wahyu mendapat hidayah, tapi yang jelas, jiwanya masih rock.

Sebab itu, ketika kami dilarikan oleh Zakwan di dalam perut Dodge merah berxpdc dengan Syh Azri dan kawan-kawan dari Sumatera dari bandar RSA Jerash menuju Salt, untuk menziarahi maqam Nabi Shuib as… Aku menduganya:

‘Silakan Pak Wahyu sampaikan satu nasyid’…. Lagu yang dipilihnya, rentak slow Rock. Nasyid abang Mel….

“Bangsa Melayu, akan jadi empayar,,,,, diterajui oleh,,,, itulah pilihan beliau.

Mel bekas penyanyi WINGS

Bukan mudah nak bawak lagu tu, tapi… Dia boleh sampaikan. Hatinya tersentuh melihat Restoran GISB di Jordan, ditadbir oleh orang Melayu dengan 12 pekerja Arab. Pelanggan-pelanggan pun ramai dari bangsa Arab khasnya dari negara Telok di musim panas begini..lalu dilagukan Bangsa Melayu…Tapi, bila bawak nasyid, ‘berjalan bermusafirlah’, entah apa-apa. Liriknya tak dihafal baik, main bantai je… Orang-orang besar yang bersamanya pun, bukan hafal nasyid tu. Adik-adiknya tu, aku tak kesah. Pun begitu, atas kuat jiwanya hendakkan kebenaran, banyaknya beliau membantu jemaah… Keyakinannya bertambah. Malah Allah hadiahkan berpeluang menziarahi kampung Rasulullah saw, dalam rahmat jemaah.

Tapi malam ni, aku dapat gambar seorang yang sangat aku kenali, masuk TV3. Aduh, apahal pulak nie….?! Continue reading

Kusangka panas hingga ke petang… OWC a.k.a. KTS.

Tahajjud T_T

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya ke malam. Baik ku tidur terus..

Salam. Selamat malam remaja di Malaysia. Sini jam 6.29pm, ertinyaMalaysia 11.29pm. Dah malam tuuuu. Tentu korang dah tido. Ada yang keletihan, sambil berdengkur lagi. Silakan tidur. Badan korang pun ada hak yang perlu korang berikan. Hak untuk berehat, bila letih. Tapi cuba pasang niat sebelum tidur tu. Jangan main-main, ada orang yang mati dalam tidur. Pastu, bukan sikit remaja yang susah bangun tido ni! Nak aku sebut nama? Nanti malu!!!

Ada yang dari budak sampai dah kawin, nak bangun tido macam melekat kat lantai… Pergh… Punya susah!  Kes kritikal ni.

 

 

Abuya kata, susah bangun ni sebab banyak dosa.

Jadi, simple je (tapi tak semudah itu nak istiqamah). Sebelum tidur, banyakkan bertaubat. Minta ampun, maklumlah seharian bergelumang dengan hal-hal dunia, taat dan maksiat, pahala dan dosa, hak dan batil dan lain-lain. Kemudian, katakan: ya Allah, berkat RSA jadikan tidurku yang beberapa jam ini nikmatnya menghilangkan keletihanku.

Ohh muqaddimah yang panjang. Sebab seronok, hari ni ramai tetamu datang. Riuh rendah bandar RSA Jerash khasnya di Ikhwan Homestay. Sy Nik Hishamuddin sampai dari Mesir, Zai balik sini dari Jeddah, Sy Azri sampai dari KL, Sy Salleh, Sy Kadir dan Azam sampai dari Madinah setelah 17 jam menempuh perjalanan darat. Ada ke serpihan dari Ikhwan ni kalau berkumpul, seorang dari Mesir, seorang dari Jordan, seorang baru balik dari Saudi, dari Perth, seorang dari Paris dll. Atau dari Bkt Beruntung, Balakong, Batu, Batang Berjuntai, Batu Arang . Ahli usrah orang dekat-dekat je? •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• saja usik.

‘Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.’

Tu la BERSIH, punyalah susah merancang nak tuntut itu dan ini, semuanya akan mula sejuk…Isunya akan sejuk, berbeza dengan OWF a.k.a. KTS a.k.a Kelab Taat Suami, panasnya bukan setakat sampai petang, semakin hari semakin panas. Hari berganti minggu. Minggu berganti bulan. Panas… Panas… Kelab Taat Suami yang di lancarkan di Mat’am Qasr Lubnan, Jerash, Jordan, satu-satunya restoran milik rakyat Melayu Malaysia di Jordan pada 1hb Mei 2011 rupanya mencetuskan fenomena. Dahsyat strategi RSA.

Asalnya aku tak tau sebab apa Kak Ton Satimon tanya tarikh tepat pelancaran KTS di Jordan hinggalah dapat link programnya di NTV 7. Masuk TV rupanya. Kak Lin pun macam tu, minta terjemahan Al Quran, aku bbm je nombor ayat dan Surah, rupanya dia masuk radio BFM 89.9. Berlawan hujah dengan Marina Mahathir lagi. Orang Arab Badwi kata: ‘Musy Galil’ Kak Lin ni. Agresif mempertahankan prinsip. Syabas En Rahman. Tup-tup Tv Singapore ke Mega malam ni untuk interview ibu Dr Lin mengenai KTS (OWC). Malam esok sekali lagi radio BFM akan jemput Ibu Lin untuk talkshow juga berkenaan KTS.

Pengacara radio BFM tu lepas program kata pada Kak Lin, ‘you menang, kami tak pernah tengok orang sekuat you mempertahankan keyakinan, sedangkan kami semua pun westerner.(Mana taknya Dr Lin boleh berlawan dengan Marina Mahathir). Sebab itu mereka nak jemput sekali lagi. Bila Dr Lin tanya, you nak suruh saya lawan dengan siapa pulak? Dah la kali ni tak aci satu lawan dua..(Sebab SIS diwakili Marina dan ada seorang Ustaz dari mana tah), kata pengacara tu, tidak, kali ni kami nak dengar dari kamu seorang je.

Beribu-ribu tahniah untuk Bonda Ummu dan RSA kerana dapat lahirkan orang seperti ini. Tiba-tiba Asia Tenggara malah dunia dikecohkan dengan nama-nama baru seperti Dr Azlina Dato Jamaludin, Dr Rohaya Datuk Muhammad, Dr Gina Puspita, Dr Kamsiah, Fauziah Ariffin, Zaiton Satimon. Tanpa kuasa di tangan, tanpa bergantung pada kedudukan, telah muncul wanita-wanita berprinsip, mempertahankan Allah dan Rasul. Antara kenyataan Kak Lin yang aku seronok dengar, dia ulang beberapa kali: ‘saya hanya hamba Allah, makhlukNya, saya ikut perintahNya. Sama sekali saya tidak akan mempersoalkanNya, mengapa begitu, mengapa begini?’ Fuuh poweeer.

Kali ni Tuhan dimenangkan. Selama ini orang asyik salahkan Tuhan aje.

Tiba-tiba si ustaz tu, mempertikaikan itu dan ini tanpa alasan yang konkrit, dengan nada penuh tidak meyakinkan. Patutnya sesuailah kenyataan dengan nama. Pembeza antara hak dengan batil, macam Saiyidina Umar. Ini tak, bersekongkol dengan kebatilan. Apa raaa?!!! Boleh dia pertikai kenapa kaitkan Allah dalam perbincangan. Habis, nak putus dengan Allah? Yahudi je yang ajak lawan Tuhan ni… Putus dengan oksigen (oksigen tu cuma makhluk Allah) pun boleh mati. Ini putus dengan Allah, nahas, boleh kafir ooo, jangan main-main.!!! Tapi ramai ke ustaz-ustaz yang takut Tuhan? Sebut poligami punyalah takut…. Zaujah ana, kawan ana, ana kena bantu dia sidai baju, ganti lampin anak, masak, bla bla bla…kita kena kerjasama. Zaujah ana, zaujah ana… Dia rakan, bukan pengikut. Ooh OWC semakin panas.

Shahrizat pun dah tak mampu bertahan, terpaksa akur untuk membenarkan KTS berjalan sebab ini negara demokrasi… •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• Masyitah langsung hilang suara. Dia mungkin ada satu phd, dalam OWC tu agaknya melambak phd dan Dr perubatan. Lepas ini, kalau OWC dilancarkan di Paris dan London, gemanya tentu lagi besar. Majoriti lelaki menyokong KTS ni, samada terang atau sembunyi. Kecuali lelaki OKU jiwa. Jiwanya Kureng Upaya, takut bini. Korang tak percaya? Pegi cuba chek perempuan-perempuan yang lantang menentang KTS@OWC, aku jamin, suaminya mesti bukan rojulun. Kalau rojul, dia mesti qawwamuna ‘alan nisak.

Ok, itupun dah cukup panas. Lebih panas dan hangat dari isu BERSIH. Tak berjaya musuh mengalihkan isu. KTS kembali popular…….

Ikhwan Homestay, Jordan
12.37am Jul 13, 2011

Panas… Panasss… Soifi yang Panasss

istana RSA

Qasr RSA

Salam. Moga sehat dan ceria. Gigih melawan nafsu, membina syakhsiah diri dengan menghayati ibadah agar ia berbunga dan berbuah, demi menjadi bahu-bahu yang memikul di dalam perjuangan ini, bukan hanya mata-mata yang memandang. Lebih-lebih lagi mulut yang hanya pandai berkata-kata, atau menghamburkan umpat, fitnah, adu domba, maki dan cerca. Yang merupakan najis-najis maknawi dan rohani, perosak hubungan sesama manusia.

Angin panas, bahang musim soifi dah mula behembus sepoi-sepoi bahasa, kadang-kadang agak kuat menerjah pepohon di mazra’ah Abuya di Jerash. Terliang liuk dek terjahan angin ranting dan daun zaitun yang menguncup menahan terikan matahari. Pokok-pokok anggur dengan gugusan buah-buahnya yang menanti masak di bulan puasa ni, sangat mengasyikkan.

‘Siapalah manusia ini…. Siapalah manusia ini… Kejadian pertama, dari tanah… Hinaaaaa.’ Tempat pijakan seluruuuuuh haiwan yang melataaaa.’ Entah berapa kali kuulang-ulang, menjerit2 di wadi dekat mazra’ah… Kadang-kadang lebih kuat dari suara badwi menghalau kambing biri-birinya di jurang gunung sebelah sana. Kicauan burung, kadang-kadang dah kurang menarik bila memikirkan sajak yang belum dapat ku hafaz sejak semalam. Anak-anak di sini sudah hampir semua shoot aksi mendeklamasikan sajak masing-masing. Aku je yang ketinggalan, banyak dosa dan dah berusia.

Musim panas yang membawa bahangnya di Jerash ni, panas lagi Saudi kata Us Wan Acheh yang sampai semalam. Hinggakan padanya, di sini masih sederhana. Mandi masih terasa dinginnya. Ya, panas di Saudi melebihi 40 C. Sebenarnya, Malaysia pun panas, panas dengan aksi-aksi penganut demokrasi yang bermacam-macam gaya. Kenapa aku katakan penganut, kerana dah dijadikan demokrasi itu macam agama. Dijadikan cara hidup. Agama itu cara hidup. Itulah keutamaan, dipandang besar, banyak difikirkan, banyak diperkatakan. Politik… Politik… Politik….

Sedangkan sah-sah dah kena tipu Yahudi. Yahudi ni bukan pandai sangat. Memanglah Abuya kata mereka cerdik, pandai tapi Abuya jelaskan itu hanya kerana keturunan mereka asalnya orang baik-baik, dapatlah keberkatan. Orang yang dapat berkat, belum tentu dapat rahmat. Sedangkan yang dapat rahmat je yang selamat. Tapi Abuya juga jelaskan dalam menentang kebenaran, mereka bukan pandai sangat. Mereka hanya menterbalikkan arahan Tuhan dan Rasul saw.

Apa sahaja perintah Tuhan kepada umat Islam, mereka akan usahakan seluruh umat Islam berbuat sebaliknya. Korang tengok dari perkara kecil sampai besar, dia songsangkan. Inilah yang sesat, songsang tapi tak de sapa nak sebut. Allah suruh ‘sami’na wa ato’na’, yahudi ajak ‘sami’na wa ‘asoina’, Rasul saw suruh buka puasa (ramadhan dah dekat ni) atau mulakan makan dengan buah-buahan, yahudi ajar sebaliknya, diakhiri dengan buah-buahan… Cuci mulut katanya. Nabi ajar suap makanan tangan kanan, yahudi ajar, pegang pisau tangan kanan, suap tangan kiri. Rasul saw ajar, nak buat apa kebaikan pun mulakan dengan kanan, jalan umpamanya. Yahudi trained, kawad tentera pun mula kiri baru kanan… Kiri, kanan, kiri, kanan… Tak sapa berani ubah. Islam ajar, bila nak address orang dalam majlis, secara umum lelaki didahulukan. Yahudi songsangkan, ladies and gentleman.

Dalam Islam, ramai dan sedikit tidak menentukan kebenaran. Yang benar tetap benar walaupun sedikit pendokongnya, yang batil, sesat, salah, songsang, kafir, dll tetap salah walaupun ramai pengikutnya. Malah dalam sejarah pejuang kebenaran itu selalunya sedikit.

Allah sendiri sebut dalam Al Quran:
وقليل من عبادي الشكور.
Sedikit sekali di kalangan hamba-hambaKu yang bersyukur. Ertinya, ramai yang tak bersyukur. Yang bersyukur tu sikit, itu yang benar. Bacalah sejarah, jangan dok kata orang buta sejarah, sendiri tak nak baca. Sapa yang buta.? Pengikut-pengikut Nabi semua minoriti. Bukan majoriti. Tetapi mereka sangat kuat hubungan dengan Allah, lalu Allah bantu mereka.

Tapi oleh Yahudi, diajarkan sistem demokrasi. Yang ramai itu benar. Yang sikit itu salah. Majoriti itu benar, minoriti itu salah. Maka jika ada majoriti, dia layak menang, kerana dia benar. Manoriti, kamu sedikit. Kamu kalah sebab sedikit bukti kamu salah. Berakar umbilah dalam pemikiran dan hati umat Islam, kita kena pejuangkan Islam cara ini. Dah tak de cara lain. Kena ramaikan ahli. Tak kualiti pun tak pe. Kena kumpul ramai-ramai, tak dapat premit pun tak pe. Ramai tanda kuat. Campur lelaki perempuan, islam kafir, fasik, munafik, solat ke tak, semua tu tak jadi hal. Yang penting ramai. Ramai tanda kuat, tanda bersatu… SAPA AJAR? Yahudi… Yang dikatakan ulama pun terbabit… Continue reading