Angin Jahat

Gerbang ke Perkampungan Batu Hampar

Di rumah:
‘Abi, angin jahat tu apa?’
‘Entah, angin mazmumah ke?’
‘Tak …. Salaaah!’
‘Habis apa?’
‘Angin jahat tu yang keluar ikut bawah… poooot. Angin baik yang dari mulut… eeerk.’
‘Oooh, angin jahat tu kentut kan? Angin baik tu sendawa, betul tak?’
‘Betul, betul, betuuul.’
‘Sapa ajar Cimah ni?’
‘Dulu, Ustazah Nin yang ajar.’
Bebudak ni kalau ajar dari kecik, kuat mengingat. Tak ajar pun mereka tiru. Sebab tu bila anak dah mumaiyiz, kena berhati-hati mendidik sebab semua sikap kita dia tiru. Pada mereka, betul belaka.

Surau Batu Hampar

Di surau:
‘Bang Zar, apa hukum kentut di saf?’
‘Harus, nape?’
‘Tak de apa. Tapi kalau ketut tu kuat sangat, buatkan orang ketawa macam mana?’
‘Kena tengok keadaan. Kata Abuya: Sendawa kadang-kadang wajib. Kentut macam tu juga.’
‘Eeh takkan sampai wajib.’
‘Uwais tak pernah dengar kuliah Abuya ke? Semua perkara harus tak akan terlepas dari lima hukum, makan, minum, tidur, berbual hatta kentut.’
‘Kita bahaskan hukum wajib kentut. Kalau seseorang itu mengidap sakit angin. Dia tak mampu tahan kentut. Bila nak kentut, dia terpaksa lepaskan. Kalau tak lepas, dah jadi pengalaman dia akan rasa sakit amat sangat. Rasa macam nak tercabut nyawa. Ertinya kalau tak lepaskan, membahayakan dirinya. Maka ketika itu wajib dia lepaskan. Kalau tak lepaskan berdosa. Bila lepaskan dia dapat pahala.’
‘Jadi Ustaz Su tu dapat pahala la kentut kuat-kuat di saf? Kadang-kadang ketika berjalan dari saf ke kolah, sepanjang jalan dia selamba kentut. Berbagai intonasi bunyi jadinya.’ Kata Ustaz Yek, ‘kalau ana, tak masuk surau dah… malu beb! Ada muslimah kat belakang tu.’

‘Tak baik ngata-ngata. Ustaz Su lebih tahu keadaan dirinya. Mungkin memang dia tak mampu tahan. Hari-hari kerja dengan soya. Air soya, wap soya, tau fu fa mungkin menambah angin dalam badan, sangka baik je la. Uwais tak payah fikirlah.’

Penulis dan rakan

‘Ye betul. Sepatutnya semua orang di saf solat sudah sangat bersedia untuk berhadapan dengan Tuhan. Bukan fizikal sahaja dijaga, malah hati pun dijaga. Penuh rasa takut dan malu. Kalau Abuya setiap masa malu dan takutkan Tuhan. Sebab itu berlunjur kaki mengadap kiblat pun tak. Batuk-batuk dan berdehem pun Abuya elakkan ketika di saf. Hati Abuya memikirkan dirinya di hadapan Tuhan.’ Continue reading

Maqam 3 Syuhada’ dan Medan Perang Muktah

Makam Saiyidina Jaafar Abi Thalib

Salam semua, bertemu kembali, dari bandar RSA Jerash. Irmawan dah balik ke Indonesia, ada peranan yang dia mainkan untuk pelancaran KTS Indonesia. Setelah 3 bulan merakam dan mengedit video klip Power Kaabah dengan Zai. Berpeluang bertemu keluarga yang telah lama ditinggalkan. Zai pula, esok bertolak ke Jeddah. Menunaikan umrah dan melawat istana RSA di Mekah dan villa di Madinah. Zai agak cemas bila aku mainkan audio program perbincangan skrip filem manasik haji bersama bonda yang Sy Kadir hantar kepadaku. Siapapun akan cemas bila diminta mengucapkan skrip yang lahir dari hati, dari ruh yang hidup, yang dapat berhubung dengan Rasulullah saw. Paling tidak dapat merasakan kehadiran baginda setiap ketika khususnya di istana dan villa. Atk.

Akhirnya tinggallah aku sendirian di homestay tapi ramai lagi syabab dan banin di bangunan mat’am. Syh Daud pun ada di bilik sebelah, cuma komunikasi dengannya agak terhad. Moga Allah kembalikan pendengarannya.

maqam Abdullah Rawahah

Maqam Abdullah Rawahah

Ok, mari kita sambung kisah xpdc dengan Bod dan Ibu tempoh hari. Dari Amman, kami bergerak ke selatan Jordan. Dalam jarak 195km untuk menziarahi maqam-maqam syuhada’ Muktah. Antara cita-cita yang aku dan kawan-kawan idamkan semasa belajar di yayasan Al Arqam di Alai dan Masjid Tanah Melaka, juga di Bt Hampar, Beruas, Perak ialah ingin mati syahid. Kata Ustaz ketika itu, orang mati syahid terus ke syurga tanpa hisab, hatta tanpa azab kubur. Oh, alangkah beruntungnya… Soalan kubur tu, walaupun dah lama bocor, ramai yang failed menjawabnya. Sebab bukan mulutmu yang menjawabnya, tetapi amalanmu di dunia. Cuma kata Ustaz, untuk dapat syahid, tak boleh ada hutang. Walau 10sen, akan tergantung syahidnya hingga dihalalkan. Aku rasa macam dah tak ada harapan, hutang kereta belum habis-habis. Ada ke bank nak halalkan? Atk.

Medan Perang Muktah

Medah Perang Muktah

PERANG MUKTAH
Perang Muktah berlaku pada bulan Jamadil Awal tahun ke 8 Hijrah (629M) kerana Rasulullah saw hendak membela kematian seorang utusan baginda bernama Harith bin Umair Al Azdi yang dibunuh oleh raja Busro Syurahbil bin Amru Al Ghassani atas arahan Heraklius. Rasulullah saw sangat berduka cita kerana beliaulah satu-satunya utusan baginda yang dibunuh secara khianat kerana Continue reading

JIWA kena BESAR, baru CITA-CITA jadi TINGGI

Mat'am Qasr Lubnan

Restoran Ikhwan Jordan

Salam. Apa khabar semua? Yang masih belajar, teruskan belajar. Yang sedang latih nasyid dan percussion, sungguh-sungguhlah kuasai. Yang dah naik nama untuk dinikahkan, perhalusi ilmu fardu ain dan ibadah. Hantar power banyak-banyak. Yang dah kahwin, menunggu kelahiran anak, tahniah. Berjaya juga menjadi bapa/ibu. Yang tercalon untuk poligami, bersedialah… ujian sebenar baru bermula. Buktikan kalian adalah buah hati Abuya dan Saidi.

Ko orang tau tak, kalau korang tau tak, mesti anjang yang cakap. •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• .

Siapa yang memegang dunia sejak sekian lama ini? Yahudi? Barat? Russia? Jepun? Malas nak fikir… tengah layan PSP? Tengah berBB? Sebenarnya siapa yang menguasai sesuatu kawasan, cakap dunia takut besar sangat. Aku ingat kata Abuya, yang menguasai sesuatu kawasan, negeri, negara, ekonomi dan lain-lain bukannya majoriti. Sebenarnya minoriti. Siapa mereka? Come on…. Share your opinion… orang Arab kata, شارك ! شارك! Syarik, syarik!… yang aku dengar (kalau silap, mohon sesiapa yang ada info betulkan) Abuya kata, yang menguasai sesuatu seperti yang kita sebut tadi, orang yang ada CITA-CITA.

Cita-cita pulak tak da kena mengena dengan fizikal. Dia bentuk maknawi. Dorongannya rohani. Haa dah tinggi perbahasan kita ni, ada yang dah malas baca nampaknya? Apala korang, semua nak cepat, nak simple-simple, tak nak ilmiah-ilmiah, selalu sangat makan mee segera, pegi Bandar cari burger, segera gak, bancuh kopi, 3 in one, segera lagi. Cerita pun nak segera. Kena la ada muqaddimah, isi dan penutup. Abuya ketika di soal siasat dalam ISA (kalau salah tolong betulkan), didudukkan di bangku, tanpa tempat letak lengan dan sandar. Suluh dengan lampu. Yang menyoal 6 orang, di belakang lampu. Lahirnya, yang menyoal nampak Abuya, Abuya tak nampak mereka. Selalunya, sebelum habis jawapan satu soalan, dah masuk soalan ke 2 dari seorang lagi. Sajaaa. Setiap 4 jam, yang 6 orang ni bertukar orang, rehat sambil berasap, yang kena tanya tak da rehat. Tanpa tidur. Mungkin mereka mengharap Abuya letih, collapse. Setiap soalan Abuya jawab macam ceramah, ada muqaddimah, isi-isi dan penutup. Akhirnya mereka bertanya: ‘Ustaz tak ngantuk ke? Tak letih ke?’ Abuya jawab: ‘Saya dah biasa tak tidur malam sejak remaja’ ok kena sabar sikit ye…

Saiz cita-cita seseorang didorong oleh saiz jiwanya. Besar jiwa, besarlah cita-cita. Kecik jiwa, keciklah cita-cita. Kita cuba susun dari bawah, paling haprak sekali, hingga paling tinggi dan mulia.

1.Cita-cita peribadi.
Cita-cita untuk diri saja, Fikir diri je. Untuk lepaskan dirinya sahaja. Tak nak fikirkan orang lain.walaupun keluarga sendiri. Pedulikan, korang nak susah senang, korang punya pasal. Aku tak nak campur. Ni kalau kat Yayasan ni, jenis makan mee segera, kepala masuk dalam locker. •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë•
.
2.Keluarga
Hak ni, apa-apa mesti keluarga. Anak saya la, isteri saya la, pak la, mak la. Semua dibuat untuk keselesaan family. Jiran nak lapar ke, tetangga nak sakit ke, peduli apa… ko orang pun bukan fikirkan aku. Setakat keluarga je la perjuangan dia. Ada bekas ahli Jemaah, dulu bukan main nak tawan dunia, sekarang… ana nak selesaikan keluarga ana dulu la…

3.Taman, surau
Apa-apa yang di fikirkan pasti untuk kampungya, taman perumahannya, atau surau masjid tempatnya. Tak lebih dari itu.

4.Negara
Semua tumpuan jiwanya adalah demi Negara. Cita-citanya Negara jadi maju dan terkenal. Yang ni cita-citanya lebih besar

5.Bangsa
Semua tumpuan jiwanya adalah demi bangsanya. Yang ni cita-citanya lebih besar lagi. Sebab bangsa melepasi sempadan politik dan geografi.

6.Agama atau syariat
Semua tumpuan jiwanya adalah demi agamanya atau idologinya. Kalau Islam, islamlah. Yang ni cita-citanya lebih besar…. Lebih besar dari bangsa.

7.Tuhan
Semua tumpuan jiwanya adalah demi dan untuk Tuhan. Yang ni cita-citanya paling besar. Ini kerja rasul-rasul. Kita nak tiru yang ini lah…

Jadi Abuya ajak kita kenal, cinta, takutkan Tuhan. Memperjuangkan Tuhan dan sistemnya dalam kehidupan di seluruh dunia. Abuya pernah cakap, nanti tukang-tukang masak kita pun akan terbang seluruh dunia. Dulu main yakin je, otak pun jenis malas nak fikir. Hati mudah je. Yakin je, takkan Abuya bohong. Bila fikir balik sekarang, kalau guna logic sakit kita. Ketika itu budak-budak Arqam ramai yang selekeh lagi. Kalau kat Sg Serai, apa nama!? haa MAKSI golongan artist tu lain la. Smart. Macam Sy Amin Sani, kita datang pun buat tak layan je. Macamlah kita dari tanah, depa dari Kristal (jangan mare..gurau je) U.Ibrahim kelam panggil yang pelajar lelaki maksiyun. Yg perempuan, maksiat (bukan ana ye, Brahim Kelam)

Pentenak Cilik

Asif dan itik-itik

Majoritinya budak Arqam jubah putih dah lusuh, kain pelikat dah berspring, jenis murah, strika pun tadak, selipar selalu hilang, biasa la nampak yang pakai, dua dua kanan, dua dua kiri, sebelah tinggi, sebelah rendah, lain-lain warna, atau kaki ayam je sebab kena rembat. Teringat dulu, aruah Us Hasan Bt Hampar, kecil-kecil orangnya, naik darah, budak rembat selipar dia. Dia bersaiz kecik, budak-budak ingat kasut member. Nah … kena titik kaki. •нëнëнëнëнë••нëнëнëнëнë• terima kau…

Agak-agak senang nak yakin akan ke luar Negara. (senang kalau Allah senangkan). Tidur asrama sentiasa di serang. Nyamuk di atas, pijat dari bawah, dari segala penjuru. Mandi air telaga. Sapa mandi kolah masjid (air paip), kena denda. Makan beras hancur, ada yang warna merah. Lauk, ikan baja. Orang lain buat baja je ikan tu. Tulang punyala banyak. Pulak tu berapa ekor je. Masing-masing tangan berkudis pulak tu. Dengan nanah yang kuning kehijauan. Makan satu talam. Kuah masak lemak…. Puuh sedap je. Air, semua panas. Teh panas, sirap panas, oren panas, sarsi hutan, panas. Air halban, panas. Cawan selalu hilang. Bangkai pun tak Nampak. Senang je, masuk air dalam talam. 3 kali goyang, dah boleh hirup. Boleh terbang merata dunia ke? Cawan pun tarak, dhoif sangat.

Kalau dah kasut tak da, makan power-power tak da, letrik taka da. Pakai generator je. Silap haribulan, sebelum subuh nak hidupkan engine, suluh-suluh, pondok generator pun hilang…. Ada kumpulan gajah buat usrah gabungan kat situ. Terlindung pondok. Kalau dah semua taka da, apa yang ada? Yang ada JIWA BESAR. Yang ada CITA-CITA TINGGI (walau kau pendek rendah macam aku wahai Uwais Jerash!)
Dengan jiwa besar dan cita-cita tinggi yang Abuya tanamkan inilah kita dapat lihat apa yang terjadi sekarang. Abuya kata: Jangan menumpang dengan keyakinan Abuya, jangan menumpang dengan cita-cita Abuya. Jadikan keyakinan Abuya keyakinan kita, cita-cita Abuya cita-cita kita.

Tam dan Khairil (moga Allah terima roh Cikgu Khairol Anam sebagai orang-Nya al Fatehah) ke Haramain sebagai tukang masak, Us Azam Duta, pakar kari kepala ikan, juga di Haramain. Us Dhuha pun, amat mahir pelbagai masakan di Mesir, begitu juga Syafie anak Abg Hashim Melaka, dengan kerjanya yang tersusun dan terancang. Yang dah ada di luar jadi tukang masak pun ada, Mujahid, Rifaah, Abg Khai, Abg Raja, Syh Inaam, Syh Isnil. Syh Kamaruzaman Husin kata dia ke Mekah kerana nak baiki air cond. Wak Nasoha bantu tukang-tukang. Che Sal masak. Malah kalau korang teliti sekarang semuanya kata-kata Abuya sedang berlaku satu persatu. Malah banyak yang dah berlaku

Pejabat Terapung di kolam depan

Pejabat Terapung di Bt Hampar

Cuba baca mesej di bawah yang aku amik dari pelbagai sumber fb/bb/bb group:

Khaulah Attamimi:
Salam semua dari Kota London yang ajaib. Setiap hari dapat menikmati pelbagai musim. Pagi hujan, tengahari mendung, petang panas.. Maha hebat Tuhan.

Hamdan Abu:
Ana skrg kat Batam. Besok balik Mlysia..Naik feri ke jb. Cdgnya nk singah jumpa kwn2 d tg gemar…ikut A ni seronok d mana2 ada kwn2…klu d mana ada keluarga lg seronnok… sy azri kat Malysia ke… ngatkan dh sampai jarash…

Isnil Fajarharry Ahmad:
Along: x cukp kh gmbar2 ni sbg bukti yg smmgnya daku sdg brada dMesir? Ni bkn spr impose tau.

Qutaibah At Tamimi:
Skrg di Perth. Nk makan tgh hari. Sini jga kuda 3 ekor dan khidmat di café belah petang.

Azri Mohd Yunus:
Sy Harun, Anta di Jarash ke? 8hb july ni ke sana. Sy Harun masih disana ke? Klu nak ke Syria tgu ana sekali, ana pun kena pi tinjau2 sana!

JAMAL Pertanian
Ana d Bkk (Bangkok), kwn M1 Ana bawa remaja lelaki 2 orang. Projek A ada 6 premis. Ahli ada 7 orang.

Abu Ubaidah At Tamimi:
Kami baru selesai screen test (untuk tv RSA)… mmg A nak suruh hati blh taat apa saja.. kami masih di istana RSA Mekah, lps PR kami akan ke Madinah.

Cuba buka mata dan hati kita….Kalau bukan dorongan jiwa besar tak mungkin Bonda Ummu berani mengkritik Wahabi di Saudi, Syh Farul tetap bertahan membangunkan projek Abuya di Haramain, Syh Hashim gigih mengajak team bertaqwa dan tunaikan TT. Dr Rohaya sanggup jadi presiden KTS, Ibu Gina sanggup ‘menyerang’ yahudi semasa peluncuran KTS di Indonesia..

Setakat ini je. Moga-moga jiwa kita besar dengan menghalusi amal ibadah agar cita-cita kita jadi besar. Mudah-mudahan kita dapat membenarkan sabda Rasulullah saw: Islam di akhir zaman bangkit dari timur. Amin. Atk .

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan. 9.58am Jun 28, 2011
(anjangmuor.wordpress.com)

cinta monyet cinta terlarang

Salam. Ko orang jawab ke? Tak de sapa balas pun salam aku. Beri salam sunat, jawab tu wajib bang! Jawab… jangan tak jawab. Jawab dalam hati? Terpulang kat koranglah… Ok, pejam celik, pejam celik, nasib baik pejam dan celik lagi. Buatnya, pejam dan terus pejam… Allaaah. Tak tau nasib aku di mana? Nasib aku sekarang di sinila. Ingatkan di usia begini, tak kena basuh baju macam kat Batu Hampar lagi. Batu Hampar dulu ye la. Mandi pagi sebelum subuh tu aku rendam jubah, kain pelikat lusuh, seluar sufi, t shirt pagoda putih. Nanti lepas kelas, tido kejap. Sebelum zohor, basuhla. Jangan rendam lama-lama. Berbuih dan busuk.

Masa tu, biasanya Retaudin Yakub ada sekali, Ramli Yadin. Basuh kat tepi telaga. Senang je, sabun dah ada, pegang sebelah tangan kat pokok multipurpose (sebab ada yang gunakan untuk mengosok daki di belakang badan), kemudian masukkan kaki kanan ke dalam baldi… 3-2-1… pijak…pijak…pijak. Akan naik buih-buih yang banyak, menanggalkan kekotoran. Merubah air menjadi coklat kehitaman. Sabun pun ada power beb!!! Takkan Kaabah tak de power. Bersama suara selawat badawi yang berkumandang dicorong speaker (guna bateri kereta), aku terhegeh-hegeh membilas dan menyidai baju…sebelum zohor ni, rupanya bila Iwan dan Zai tak de kat homestay ni, aku kembali usahakan projek dobi cap kaki ni. Tak jadi masalah, takat nak lawan dobi Abang Yacoub di Manjung, boleh sangat.

Ada suatu ketika tu, abg Fauzi… aku lupa orang Jengka mana… Al muhimm, bekas ketua pelajar Arqam Alai, pindah Bt Hampar, basuh jubah. Dia ni suka pakai jubah putih, kata orang jubah putih cepat kotor. Aku cukup tak terima. Sebabnya semua pakaian beransur kotor bila dipakai, Cuma jubah putih jelas kekotorannya. Yang warna gelap, kalau tak nampak kotor, bukan bererti tak kotor. Buktinya cuba basuh, mak datuk aiii airnya berubah hitam….Aku selalu usik Lan, sebab boring jubah dia busuk. Lan, hang senang nak tangkap patin, campak jubah hang, mesti patin kolam depan pakat timbui. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ . Tak baik kata kat Lan, dah jadi penjual kismis yang berjaya disamping pakar masak nasi air. Hai lupa cite abang Fauzi tadi, dia ni buat keja sungguh-sungguh. Muka pun serius. Basuh baju pun serius. Yang aku cemas, suatu hari masa dia basuh baju, dok ‘uli’ jubah dia kat simin tepi telaga, tiba-tiba air bertukar warna merah. Abang Fauzi macam menahan pedih. Rupa-rupanya, dalam poket jubah dia ada mata pisau cukur (almaklum pelajar Arqam dengan imej tanpa rambut), jadi bila dia basuh baju dengan tangan, pisau itu memotong bajunya dan tapak tangannya sekali… Allah pedihnya. Kena air sabun lagi, Allah saja yang tahu.

Ok, nak sebut apa post kali ni? Mari kita cerita bab cinta. Kita wajib cinta Tuhan. Cintakan Allah. Itulah cinta agung. Cinta-cinta yang lain, cinta palsu. Cinta murahan. Cinta plastik. Cinta tipu, cinta Made in China sebab selalunya barang tiruan dari sana. Allah adalah yang selayaknya dicintai. Allah kata dalam hadis qudsi: فرّغ قلبك أسكن فيه farrigh qalbaka askunu fihi. Kosongkan hatimu, aku nak tinggal di dalamnya. Selain Allah kena cinta Rasulullah saw dan pemimpin yang membawa kita pada Allah. Selain itu, cinta seseorang kerana Allah perintahkan…full stop. Allah tak benarkan kita pandai-pandai beri hati pada manusia. Kat sinilah cabaran seorang remaja…

Monyet -monyet sedang bercinta

Betul tak Alif Arsenal? Tukar nama la Lif, apa la sangat pasukan bola tu. Tak menambah taqwa. Sebenarnya untuk pengetahuan Aliff, Mujahid, Khunais, Rifaah dan semua remaja min masyariqil GISB wa magharibiha, masalah ni dari dulu dah berlaku. Zaman Arqam dulu, berjubah, berserban. Muslimahnya berfurdah hitam atau warna gelap, di sekolah je warna putih. Nampak mata je. Duduk di belakang tabir zing lagi. Pergaulan sangat terhad. Alat hubungan hanya intercom yang sangat dikawal. Keluar berjemaah baik lelaki atau perempuan. Ikut logiknya tak akan berlaku percintaan terlarang, tapi tetap berlaku. Tak ada sms, bb, fb, teweeter, ym… Tapi boleh tulis surat. Cari adik dia, belanja mee goreng, suruh jadi posmen. Beri pada akak ye! Ketika itu, masak bekerjasama lelaki perempuan. Kadang-kadang lelaki masak nasi, perempuan goreng ikan, ikan goreng pun boleh jadi posmen. Celah perut ada surat cinta berbau ikan (surat cinta patutnya bau perfume). Kadang-kadang cengkodok boleh ada surat, maklumlah zaman tu cengkodok besar-besar. Resepi Abg Mie. Kalau baling binatang buas, boleh cedera. (minta maaf Bang Mie, gurau •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ ). Persoalannya mengapa dalam keadaan dikawal pun terjadi juga?

Pulak tu, cinta monyet ni masalah… dah macam monyet. Dulu mukanya ceria, bila dah bercinta ni, berubah-ubah. Kekadang excited sangat, ada masanya murung, kadang-kadang merajuk, adakalanya tak dapat memberi tumpuan. Kalau era sekarang, ke sana ke sini dengan BB, tak berengang dari HP. Pantang dapat keluar sikit, langsung ke CC, buka FB. Yang berBB tu, ada security ketat punya, tak cukup secret pattern, ada lock BBM lagi. History tak simpan, padam terus. Mula la menyendiri, malam hari orang dah tidur, ada yang bawah selimut ber BBM lagi. Maklumlah satu dunia boleh dihubungi, friend FB jangan cakap, tak bertapis. Bila dah cinta, angau. Asyik terkenang-kenang. Nak marah-marah je. Bila tak ada bajet top up BB, macam ayam berak kapur, atau ayam demam sampar.

Sebab apa sama je? Dulu berlaku, sekarang pun berlaku malah lagi canggih. Cuba Abang Din Jerash beri pendapat? Tak pun, Abg Dad ke? Muaz Sabah ke? (Muaz aku ingin kembali padaMu….) Sapa nak beri jawapan ni. Tholut Ar Ramadhani lah… Tak pun, Syurahbil. Pada aku, sebab tuan gurunya satu. Pemimpinnya satu. Sifunya wahid. Iaitu nafsu, di beri nasihat oleh syaitan. Di hasut oleh syaitan. Dari dulu, sampai sekarang guru yang sama. Pelajarannya sama. Furdah tak furdah, tudung tak tudung, serban tak serban, kalau tak masukkan cinta Allah di hati, tak takut Tuhan, nafsu menguasai hati, terjadilah apa yang terjadi. Bercinta dalam Jemaah. Bercinta sebelum nikah.

Ketahuilah anak-anak remaja GISB. Musuh kita yahudi sangat inginkan kehancuran kita. Musuh batin kita nafsu dan syaitan sangat berusaha menarik kita dari jalan kebenaran. Abuya sangat tahu hal ini. Padanya ada sirril asrar. Sebab itu Abuya sangat larang bercinta sebelum nikah. Tanyalah Syh Farul, kalau di zaman awal semasa Abuya masih mengajar, Abuya ada strategi agar hati tak terpikat antara pelajar lelaki perempuan. Abuya kata: Nanti, yang kulit putih-putih cerah ni, akan dikahwinkan dengan yang hitam dan gelap-gelap. Maka terbatal rasa perasan di hati. Hilang bunga cinta, tak sempat berputik. Malah yang paling menakutkan, Abuya pernah sebut, Abuya tak akan bertanggung jawab pada sesiapa yang berkahwin atas dasar bercinta dahulu. Cuba bayangkan, seorang mursyid itu sangat bertanggung jawab di hadapan Tuhan mengenai seluruh kehidupan anak muridnya. Tapi Abuya ambil semua tanggung jawab kecuali bab bercinta ini. Abuya berlepas tangan. Mampu kita berhadapan Tuhan tanpa mursyid?

Pastu anak-anak yang lahir dari perkahwinan hasil percintaan, payah dibawa kepada Jemaah kebenaran. Jangan jadi pembohong dalam Jemaah, kata cinta pemimpin, tapi dalam masa yang sama ingkar arahan pemimpin. Pemimpin ingin membina perkahwinan terancang, sama-sama cinta Allah. Agar lahir, keluarga yang kuat dalam mempejuangkan Tuhan dan syariatNya. Kita, yang belum ada apa-apa jasa lagi dalam Jemaah kebenaran, gagalkan rancangan ini. Rosakkan dari dalam. Malanglah kalau ada ibu bapa yang ‘sporting’ dengan anak-anak bab ini. Ia sangat merosakkan. Mari kita cinta Allah melalui mursyid. Mari kita hentikan serta merta cinta monyet. Mari kita bersihkan hati kita. Allah tolong sucikan roh kami, tingkatkannya dan jadikan kami orang-orang roh….

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan
4.29pm Jun 27, 2011
(anjangmuor.word.pres.com)

Redha dengan Takdir Tuhan, format untuk menjadi kekasih-Nya

Salam perjuangan Anjang hulurkan buat remaja penyambung perjuangan, di seluruh dunia. Samada yang sedang menumbuk roti kering untuk makanan ayam di tepi bilik Anjang menginap ni di Jerash, sedang buka kafe Damascus, Generasi Harapan yang mungkin baru solat Subuh London, yang dah lama tak ziarah Malaysia di Mesir tu, juga remaja yang sedang bertungkus lumus membangunkan Bandar dan projek RSA di Lahar Yooi, Batu Hampar, Gong Kulim, Kucing dan Miri, Pekan Baru dan Sentul, Australia dan lain-lain. Harap ceria semuanya. Syukur dengan nikmat Allah, sabar dengan ujian-Nya, tawakkal dengan masa depan, redha dengan ketentuan-Nya.

Bercakap tentang redha ni, Allah sangat suka kepada orang yang redha atau seronok menerima kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya seperti sakit, miskin, dikata orang, dihina dan lain-lain. Tersebut kisah seorang wanita di zaman Rasulullah saw yang mempunyai 3 orang anak lelaki, semuanya diserahkan kepada Rasulullah saw untuk keluar berjihad. Setiap kali dikhabarkan anaknya syahid, dia tersenyum gembira. Anehnya bila dikhabarkan anak ketiganya juga syahid, dia menangis hiba. Bila ditanya, jawabnya: Aku sudah tidak punya anak untuk kuserahkan berkorban di jalan Allah. Kita macam mana? Ada yang tak boleh anak disakiti untuk Islam, cepat sangat nak membela yang akibatnya merosakkan proses pendidikan anak pejuang.

Orang yang redha tidak akan memanjakan dirinya, tetapi dia akan bisikkan kepada Allah: “Ya Allah aku sanggup menerima kesusahan yang Engkau berikan ini, kerana setiap 1 bintik hitam dosa di hatiku balasannya adalah 1 api neraka, dan setiap kesakitan yang Engkau berikan kepadaku akan memadamkan 1 api neraka bagiku di akhirat nanti. Oleh itu aku redha ya Allah dengan kesusahan yang Engkau berikan di dunia ini, sehingga kerananya aku tidak diazab lagi di akhirat nanti”.

Katakan:
(إن لم يكن بك غضب علي فلا أبالي)
Lakukan apa sahaja, selagi tiada kemurkaan Kau padaku, aku tidak peduli.

Bila Rasulullah saw ditanya sahabat: Tak sedih ke, doamu tidak dikabulkan agar Abu Talib masuk Islam? Rasulullah saw berkata: Saya gembira dengan keputusan Tuhan. Memang patut Tuhan buat begitu.

Siti Fatimah, Allah jadikan sebagai penghulu syurga dikalangan wanita adalah kerana dia sangat redha dengan segala kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya. Hatta dia mati pun kerana menanggung kesusahan itu dia sanggup.

Kut Siti Fatimah jauh sangat, Kalau ko orang remaja mengadu kepada bonda Ummu, ujian yang ko orang hadapi, bonda Ummu lagi teruk diuji. Gambarnya diubah di FB, dihina-hina. Bonda ucapkan terima kasih. Di buru oleh jentera kerajaan kerana kenyataan dan pendapatnya, dia redha menerima. Disihir untuk dibunuh oleh orang-orang yang pernah dia kenali, diterima kerana itu datang dari Tuhannya. Kalau bonda mengadu kepada Abuya, Abuya lagi banyak ujiannya. Begitulah kalau kita semua mengadu kepada Rasulullah saw, ketahuilah Rasulullah saw dan para sahabat lebih dahsyat diuji dari kita semua. Inilah format untuk menjadi kekasih Allah yang juga akan berlaku kepada semua Ikhwan.

أشد الناس بلاء الأنبياء ثم الأمثل فلأمثل، يبتلى الرجل على حسب دينه

Inilah panduan dari Rasulullah saw, yang mafhumnya, seberat-berat manusia yang mendapat ujian adalah para Nabi, kemudian mengikut kadar iman dan kekuatan beragama masing-masing.

Masjid Nabawi dari Udara

Kalau ada 1 orang sahaja yang boleh redha dan seronok dalam menghadapi kesusahan atau kesakitan yang Allah berikan kepadanya, inilah orang yang sangat ditakuti oleh Yahudi.

Yahudi tak takut kepada orang ramai yang tawaf dan beribadah di Masjidil Haram itu. kerana di hati mereka tidak ada rasa takut dan redha dengan kesusahan yang Allah takdirkan kepadanya. Banyak cerita yang kita dengar, walapun pergi haji dengan pakej berpuluh ribu, penuh keselesaan, tapi tetap tidak puas, mulut tetap marah-marah. Tidak redha dengan Tuhan. Bukan sahaja yahudi tak takut, dah jadi pengikut yahudi.

Antara ujian yang banyak menimpa pejuang akhir zaman ialah ditimpa sakit. Apa taknya, antara hiburan yang paling kerap diperolehi ialah makan sedap.

Pegi mana tu? ‘Cak’ dan ‘ngeteh’ di warung Hamid Bukit Pasir. Apa lagi kalau tak capati dengan kari kambing. Di Mekah, Syh Inaam, jom ke Iskander Kebab. Balik Batu Pahat, jom En Salim, lama tak pekena ‘Mee Racun’ Taman Jaya. Lontong darat Wak Tunut Keluang, di Amman dan Damascus pekena Nasi Mandi Hadra Maut lagi. Kari kepala ikan Kepong. Fuuh….Kalau dah kena racun, kena mandi sampai hadir maut…lontong darat, lontong laut dan entah apa-apa lagi, ikut zahirnya mudah le kena penyakit.

Dah sakit jumpa doktor. Sebenarnya pandangan doktor fizikal berbeza dengan pandangan doktor roh. Doktor fizikal, kalau analisa sesuatu penyakit, bila tak mampu rawat, tak da harapan dah ni, nak mati dah. Doktor roh kata, ini proses roh, nak matangkan roh. Nak hapuskan dosa. Mudah-mudahan kita disehatkan zahir batin. Moga kita diproses untuk menjadi ikhwan. Jadi pejuang yang ditakuti yahudi.
Dapat maqam redha. Redha dan seronok dengan semua yang datang dari Tuhan. Atk.

Ikhwan Homestay, Jerash, Jordan
7.38am Jun 27, 2011
(anjangmuor.word.pres.com)

Solat, rokok dan Kahwin

Penulis bersama Osama (R) dan Raeid (L)

Raid seorang pemuda Palestin. Bertugas di mat’am GISB Jerash. Warganegara Jordan. ibu bapanya sudah meninggal dunia. adik beradiknya telah berkahwin, masing-masing dengan tanggung jawab keluarga. Berumur 30 tahun tetapi belum berkahwin. Siapa yang hiraukan kebajikannya?Lagipun umur 30 tahun belum berumah tangga, bukan satu kejanggalan di sini. Di timur tengah, majoriti masyarakatnya lewat berkahwin. kerana kekangan kewangan.

Tetapi ia menjadi masalah kepada Raid kerana tiada siapa yang melihat kebajikannya. Rumah pusaka sudah diambil oleh adik beradik yang sudah berkahwin. Untuknya hanya satu bilik. Makan minumnya, pakaiannya tak dihiraukan. Soal kebajikan lahiriah penting tetapi kebajikan maknawiah dan rohaniah lebih penting. Betapa tidak, orang yang macam Raid, tanpa asas agama, bila ditimpa ujian…mula mempertikaikan Tuhan. Terasa kenapa aku dilahirkan ke dunia? Mengapa aku perlu diuji begini? Malah datang hasutan Syaitan untuk membunuh diri. Ada ke cara lain untuk selamatkan dia selain memberi ilmu dan bimbingan, lalu mencari pasangan untuknya?!

BATU HAMPAR

Teringat aku dengan Idham di Bandar RSA, Batu Hampar. Seorang berbangsa India. memeluk Islam. Berasal dari Kelang. Ada lagi ke tak kat Bt Hampar? Harap-harap Us Zar, Us Sharaf dan lain-lain tengok kebajikannya. Walaupun masih merokok seperti Raid, tapi fikiran dan jiwanya positif. (Wahai remaja-remaja, ko orang masih merokok lagi ke?) Hari-hari membersihkan kawasan sekitar rumah tamu, surau dan wakaf. Pernah aku tanya, ‘sebab apa Idham suka duduk sini? Katanya, dia boleh belajar dengan semua orang. Dari remaja seperti Amin dan Dhirar, dari Pak Ya Mini Market Ikhwan, dari Ust Su yang banyak banyak membantu mesin rumput, dari Pak Ya kafe Ikhwan, dari Rahman yang mengendalikan kilang tauhu, lebih-lebih lagi dari Zar, Shidi dan Sharaf.

Beberapa kali dia ulang kepadaku keajaiban yang berlaku padanya pada Ramadhan tahun lepas. Hidupnya bergantung kepada alat bantuan untuk pengidap athma. (aku pun tak tau, pebenda namanya), sebenarnya dia pengidap athma yang kritikal kesan kerjanya sebagai pemandu lori sebelum ini. Tak boleh langsung minum ais. Tetapi yang peliknya, sepanjang Ramadhan lepas, setiap kali buka…’belasah’ (pinjam istilah Sy Anuar Perancis) ais. Ok pulak. Tak tumbang pulak. Fikiran dan jiwa nampaknya positif. Mudah tersenyum, tak nampak murung.

JERASH

Hanya Iman & Taqwa dapat membebaskan Palestine

Aku ulang-ulang padanya, Raid perlu tahu, Abuya membina jemaah ini untuk membawa manusia kepada Tuhan. Untuk cinta dan takutkan Tuhan. Pastu laksanakan hukum hakam Tuhan dalam seluruh kehidupan. Abuya cuba laksanakan semua sistem yang Allah suruh dalam jemaahnya (diperingkat jemaah- sebab itu tiada hudud, mahkamah, ketenteraan dll). Oleh kerana itulah jemaah Abuya dilihat mengancam keselamatan (walaupun hakikatnya tidak), kerana seolah-olah ada sistem dalam sistem, ada negara dalam negara. Lalu ia diharamkan. Ya, PAS tak diharamkan, Tabligh tak diharamkan, ABIM tak diharamkan… semuanya aku rasa tak ‘mengancam’. Power la Abuya.

Antara sistem yang Abuya sangat tegas membangunkannya adalah kekeluargaan bermula dari perkahwinan. Oleh itu kalau Raid ingin jemaah uruskan pernikahan, kena ikut disiplin jemaah.

‘Apa syarat yang perlu saya ikut?’

Semangat nampak…. Tadi macam lemah je, macam separuh tidur je, pelanggan Mat’am pun hanya 2 meja. Kerja kurang, lagila bertambah lemah.

‘Kena ada perubahan diri. Pertama kena jaga sembahyang.’

‘Saya sembahyang.’

‘Kena tengok-tengok juga, Osama ni sembahyang ke tidak…’ Aku mengusik, sebab Osama ni lagi liat dan banyak politik.

‘Itu antara dia dengan Tuhan.’ pandai pulak si Raid ni, mesti Osama yang ajar….

‘ Tak, Tuhan akan tanya kawannya, kenapa kamu tak ajak dia sembahyang?’ aku sanggah tegas.

‘Ok, Ok…. Pastu?!

‘Kena berhenti merokok.’

‘Ini tengah usaha ni.’

‘Sungguh-sungguh. Saya beri masa sebulan.’ tambah lagi 30% ketegasan… hehe, boleh percaya ke?

‘Lepas tu?’

‘Kita akan usaha carikan pasangan.’

‘Bukan boleh pilih sendiri?!’ (Dia tak cakap begini, cuma aku dapat rasakan, dia nak tanya) Continue reading

Nabi Muhammad saw masih hidup

Raudhah - Satu dari Taman Syurga

Salam. Moga ceria semua. Kalau dikatakan Nabi Muhammad itu masih hidup, berkeluarga, memegang dunia, menghayunnya ikut kehendak baginda. Tak payah tunggu yahudi, orang Islam atau yang mengaku Islam sendiri akan menentang kenyataan ini habis-habisan. Kalau kita tanya mereka apa bukti Rasulullah dah wafat? Tentu jawapannya maqamnya ada di Masjid Nabawi. Dah ziarah? Ada yang jawab dah, ada yang jawab belum. Yang belum tu, suruh dia pergi ziarah. Kalau belum mampu kerana kekangan masa dan kewangan (benda-benda lain sempat pulak!!), percaya je la cakap kami yang dah ziarah ni. Yang dah ziarah, tanya, berapa lama masa diperuntukkan untuk Nabi saw dibanding dengan masa memilih jubah, tasbih, kurma, sejadah, makan-makan? Berapa banyak berselawat semasa di Madinah? Adakah mulut sahaja berselawat atau bersama kehangatan rindukan Rasulullah saw bersama linangan air mata? Kalau begitu, siapa yang berhak bercakap bagi pihak Rasulullah saw. Sebenarnya tak payah berpihak-pihak, Nabi sendiri bercakap tapi melalui orang yang baginda kehendaki. Orang yang Rasulullah saw pilih. Orang yang dah rindu Nabi saw. Orang yang sentiasa berselawat bila ada masa terluang. Orang yang selawatnya dari lubuk hatinya yang merindui Nabinya. Orang yang matanya menangis ketika mengenang-ngenangkan jasa Rasulullah saw. Paling tak, hatinya menangis. Orang yang seluruh kehidupannya dikorbankan demi Allah dan Rasul. Ada ke lagi orang macam tu?

Memang kalau kita hidup dengan suatu golongan, kemungkinan besar, pengetahuan kita 0 tentang golongan yang lain. Orang Malaysia mungkin tak percaya yang orang Saudi, walaupun dalam suhu lebih 40 C, dalam 1 hari, tak sampai 1jam terasa panas. Sebab dalam rumah ada aircond, masuk kereta air cond lagi, ke pasaraya, pejabat dll semua tempat ada aircond. Susah orang biasa-biasa di Malaysia nak terima, negara Jordan ada sajli. Pada mereka, asal negara Arab mesti padang pasir. Jadi, kalau dah hari-hari kerja pejabat, pegi jam, balik jam, tempat keja campur lelaki perempuan, meeting lebih penting dari sembahyang berjemaah. Menjaga ISO lebih dipandang besar dari khusyu’ solat. Masa lapang, chating guna pc ofis, update fb, tweet lagi, up load, down load, tengok you tube, maharaja lawak lah, bola lah dan 1001 macam gaya kehidupan yang tak terkait dengan Allah dan Rasul, nak kita minta pendapat mereka tentang Allah dan Rasul. Maaflah, aku tak akan buat begitu. Buang masa. Macam mana Othman Mohd Rom, Yahya Zakaria, Ikhwan Saudi, Raja Suhaimi, Ashaari Mesman, Tamlikha Haramain, Sallehudin Jerash, Mujahid Dimasyq… Kau orang setuju tak?

Kubur pembenci Rasulullah SAW di atas kubah Masjid Hijau

Rasulullah saw masih hidup. Kalau mati seperti orang lain mati, itulah yang yahudi mahu kita faham, sudah tentu dia tak berperanan lagi. Sedangkan dia sangat berperanan. Kalau mati, macam mana dia boleh kawal jasadnya dari hancur, jasadnya kekal utuh. Macam mana dia boleh selamatkan dari di curi? Kamu tak baca ke cerita yahudi yang nak curi jasad baginda, malah terkini, ada mayat di kubah hijau dihina Tuhan kerana nak curi jasad Rasul. Kalau mati, mengapa bandar Madinah jadi begitu makmur dan meriah. Sangat membangun. Hotel-hotel sangat banyak. Hotel-hotel mewah. Orang-orang bukan Islam mengambil keuntungan. Kalau mati, siapa yang menarik pengunjung dengan angka jutaan orang datang meziarahinya saban tahun. Orang yang hidup ‘haiyun yurzaq’ pun tak mampu panggil orang ziarah dia begitu ramai. Tolong ‘realise’ lah. Dah lama yahudi tipu kita. Sekarang Rasulullah saw sedang pegang dunia. Sedang kawal dunia. Amerika sudah hilang kawalan. Yahudi sedang ketakutan. Pedulilah apa orang nak kata kepadamu. Mereka bukan orang yang memberi kamu ilmu, bimbang tentang iman di dadamu. Malah mereka bukan yang memberi sesuap nasi atau seteguk air padamu. Ambillah roh keberanian para sahabat, belum ada negara yang kukuh zahirnya tapi sudah mencabar Rom. Memberi 3 pilihan: 1. Masuk Islam 2.Bayar jizyah 3.Diperangi. Mereka kuat kerana yakin Allah di belakang mereka. Yakinlah Rasulullah saw masih hidup. Mana lebih mulia, seorang Rasul atau orang mati syahid. Semua orang akan jawab: RASUL. Ok, orang syahid pun pun Tuhan larang mengatakan mereka mati, firman Allah: (Jangan sekali-kali kamu katakan orang yang terbunuh di jalan Allah itu mati, bahkan hidup di sisi Tuhannya, diberi rezki) Sangat, sangat confirmlah Rasulullah saw itu masih hidup. Atk Ok, jumpa lagi. P/s: Post ni pasti membuatkan yahudi-yahudi dan talibarutnya sangat tak puas hati dan berkibar-kobar ingin menjawabnya. Musolla Syabab, Jerash. 12.19am Jun 25, 2011 anjangmuor.wordpress.com

Dr Hisham At Tamimi & Kelab Taat Suami

Ziarah Dr Hisham At Tamimi

Salam. Bertemu lagi. Walau tak bersua muka. Cuma di baris-baris ayat, celahan kata-kata, menumpahkan apa yang berlegar di kepada, apa yang terasa di dada. Tulisanku ini kutujukan pada remaja, maaflah jika ter’send’ pada semua. Bahasanya, kureng beradab pada pemimpin dan yang ditua-tua.

Ok… Ko orang pernah makan durian? Tentu pernahkan. Tapi maksud aku, makan di dusun. Bukan beli tepi jalan. Lebih-lebih lagi bukan beli yang siap kupas, dalam polistrin, di ‘wrap’ plastik nipis, ada kesan-kesan orang cucuk jari lagi. Harga RM10, adalah dlm 5 ulas di Giants tu .

Ni yang di dusun, kutip sendiri, kepala pakai bakul durian untuk ‘safety’. Kutip buah baru jatuh. Tiup kat tangkainya, mudah-mudah jatuh banyak lagi. Kumpulkan setempat. Masukkan dalam bakul. Bawa ke pondok. Bersihkan dengan penyapu lidi khas, pendek. Pastu pilih, letak atas kain buruk, supaya tak mudah tergelincir, kopek dengan parang kontot, cari alur di pangsa, tekan parang. Cubalah buka! Masukkan kedua-dua tangan di celah yang terbuka, tarik kedua tangan ke arah yang bertentangan…Tarik kuat-kuat. Biar berpeluh dahi.. Kuat-kuat lagi.. Ni baru real makan durian. Baru nikmat makan… Jangan lupa baca doa dan minum air dalam pangsa untuk mengelakkan panas berlebihan. Ni baru nama makan durian..

Gugusan Putik Anggur Bakal Masak Ramadan ini (Gulp!)

Tu durian, anggur pernah makan? Fateh Azam!, kalau setakat beli kat pasar malam/pasar minggu Taman ‘U’ kat Sri Iskandar tu…tak best. Ni di ladang, bergantung-gantung, bergayut-gayut. Macam syurga (macam aku pernah masuk syurga…•нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ ). tapi aku pun belum dapat makan, masih putik.

Huhu. Ha ni nak cerita tentang ziarah ke rumah dan kebun Dr Hisham At Tamimi, beberapa hari lepas kami ke Madaba. Aku, Solihin, Hafiz, Zai, Syh Daud dan isteri serta Ibu Anisah. Mula-mula ke Jabal Nebo, di sinilah Nabi Musa wafat tapi dikebumikan di Areha. Lalu Nabi Yusya’ menggantikan baginda mengetuai Bani Israel membuka Palestin.

Pastu kami turun ke lembah, dengan jalan berliku-liku tapi tak terlalu jauh, untuk melihat satu kebesaran Tuhan di muka bumi. Yang membenarkan kisah-kisah dalam Al Quran. Tempat yang perlu diziarahi jika anda ke Jordan. Itulah ‘Uyun Musa’ . Matair Nabi Musa as. Dari kesan mukjizat seorang Nabi, hanya dengan mengetuk tongkatnya ke batu setelah diperintah Allah, maka mengalirlah 12 matair untuk minuman 12 puak dari kaumnya. Kenapa 12 keluarga? Panjang ceritanya, di post yang lain insyaAllah kita ceritakan.

Uyun Musa

Pastu ke rumah Dr Hisham At Tamimi, yang menyambut kami dengan gamis biru muda ‘nus kum’. Ahlan ahlan… Tafadhal… Tafadhal… Sapa mesra beliau. Dah putih seluruh janggut dan rambutnya bersama berlalunya usia muda. Kalau masuk TV RSA gerenti kena inai macam Syh Salleh yang tampak wibawa sekarang. Isterinya juga menyambut ibu Anisah, penuh mesra. Berkat Abuya, orang-orang Melayu dan Arab dah jadi macam adik beradik.

‘Ala rohatakum… Tafutu am nasyuf mazra’ah… Terpulang, yang mana kamu selesa, nak terus masuk atau kita tengok kebun…kami pilih ke kebun. Dr Hisham ni, ‘tangan sejuk’, tanam apa pun mudah menjadi. Di keliling rumahnya penuh dengan berbagai tanaman. Pohon anggur berbaris-baris, dengan buah yang berjuntai-juntai. Tapi masih putik. Masih muda. Menurutnya, bulan Ramadhan ni masak, tak taulah ada rezki ke tak. Ada pokok tin, epal, tomato, cili dan macam-macam lagi. Saja aku bergurau: ‘Pokok ni musyrik Dr!!’ Sambil menunjuk kepada pokok bunga matahari. ‘Kenapa?’. Dr bertanya?…. Dr kena tanya pada aku, sebab orang Arab panggil ‘ubbad syams’.

Penyembah matahari, sah syirik, kita sembah Allah. ‘Eh, betul jugak…’ Kata Dr (tapi ni aku dah terjemah…. •нëнëнëнëнë•‎​•нëнëнëнëнë•‎​ , dah tentu dia cakap bahasa Arab.

Di rumah Dr Hisham ada tetamu dari Syria. Kawan baik Dr Hisham. Abu Bilal. Yang asyik bercakap tentang kelebihan Syam. Imam Al Mahdi akan ke Syam dll. Tak mau berhenti. Oleh kerana dah masuk Magrib, aku timbulkan soalan… Saja nak bagi Abu Bilal berhenti bersyarah:

‘Ya Aba Bilal, Allah yukrimak…biddi atrah soal…
‘ ‘Eea tafaddhal!!’
‘Man a’arafan nas bil mahdi?
…aaa, la a’rif.
‘Al jawab, ba’dal Magrib… InsyaAllah.
Alhamdulillah, strategi berjaya…

Bersalaman dengan Abu Bilal

Lepas Maghrib, Dr Hisham pun bertanya perkembangan Jemaah. Dr Hisham ini, walaupun pensyarah aqidah di Universiti Jordan, ada Phd. Tapi sangat tawadhu’ dan lurus hati. Abuya dah proses awal. Mungkin juga faktor keturunan, dari Bani Tamim. Bukan mudah alim ulama nak bertanya dengan kita. Lagi-lagilah, dia orang Arab. Kitani ‘ajam… Jawa+Melayu+Bugis (tak tau nama apa). Begitulah di Jordan, Abuya sangat diterima. Allahyarham Syh Nuh Qudha, Syeikh Ali Faqir, Syeikh Hassan As Saqqaf, Syeikh Abu Khalid dan lain-lain, bukan sebarang orang di sini. Semua itu kawan-kawan baik Abuya.

Berapa ramai pensyarah-pensyarah universiti di Timur Tengah yang menyokong perjuangan Abuya? Ramai le sangat.!!!. Dr Basyeer Abu Rumman, Dr Walid Awajan, Dr Abdullah Fawwaz. Dr Badi’ Lahham, Dr Sameer, Dr Hassan Bugho, Dr Jawwad Khalf, Dr Solahuddin Kaftaru, ayahnya Syh Ahmad Kaftaru, Dr Abd Sallam Al Harras dan ramai lagi…Mereka memandang besar apa yang Abuya dah laksanakan, bukan sekadar cakap. Dr Basyeer tu sampai nak pakat-pakat dengan kawan-kawannya beli tanah, nak buat kampung Islam, macam Abuya buat…Tapi, mana mampu, sapa yang mampu satukan hati manusia? Bukan mudah. Tapi, kat Malaysia, tak ramai yang berani sokong Abuya terang-terang. Takut beb… Ujian berat.

Jadi jangan dengan mudah mengatakan sesuatu tu tak betul tanpa menilai dahulu. Isu KTS umpamanya, kenapa Mufti Perak sokong? Kenapa MUI Sumatera sokong? Continue reading

Ashabul Kahfi (i) : Pendeta Yahudi menguji Sayidina Ali kwj

Penulis di papan tanda menuju Madaba dan Jabal Nebo

Salam. Malam tadi ziarah Dr Hisham At Tamimi di Madaba. Banyak yang dibincangkan dari kisah kemunculan Al Mahdi, Rasulullah saw menghayun dunia hingga ke pelancaran KTS, semuanya belum sempat dinukilkan lagi. Cerita-cerita yang lepas pun ada kawan-kawan mengadu, bercampur-campur. Maaflkanlah si amatur ni. Bukan otai macam Syh Mejar.

Untuk info kawan-kawan yang follow cerita-cerita aku ni, aku xpdc ke Karak/selatan dalam masa terdekat ni dua kali,
-Pertama menaiki Dodge dalam tajuk: ‘Xpdc Muktah’ – Hadiah untuk Zai dan Iwan…..
Post yang simple dan tak menyeluruh kerana kekangan waktu.
-Pastu, kali ke 2, menaiki coaster dengan Bod dan Ibu dalam tajuk: Jadilah ‘Jadilah orang kaya yang pemurah!’ Itu pun baru cover distinasi pertama, ke maqam Sy Abdul Rahman bin Auf.

Post kali ni, kita sambung cerita tentang Ashabul Kahfi. Perkataan ‘Ashab’ ni plural, singularnya ‘sohib’, asal maknanya ni tuan punya, pemilik, seperti kita katakan: ‘sohibul bait’, ertinya tuan rumah. Sohibun nazzarah, orang yang memakai spek mata. ‘Kahf’ itu ertinya gua. (Bukan lu/gua… Gua di kaki gunung). Jadi ‘Ashabul kahfi’ ertinya, pemilik-pemilik gua, atau penghuni-penghuni gua.

Mari kita ke gua Ashabul Kafi sambil mendengar nasyid-nasyid alunan Imran, dipandu oleh Abu Amjad dari Bi’ Sab’, Palestin. Ia terletak di luar kota Amman iaitu di kawasan Raqim, sempena dengan itu agaknya Tuan Syh Redha namakan pusat pendidikan RAK di Kg Tuah, Bukit Beruntung sebagai Roqim

Rombongan bergambar di lokasi Ashabul Kahfi ditidurkan

Kisah Ashabul Kahfi tercatat di dalam Al Quran malah ada surah sempena namanya: surah Al Kahfi, lokasi gua ini terletak di luar perkampungan Ar Raqim ,10 km ke timur Amman. Detail kisahnya begini::

Di kala Saidina Umar Al-Khattab r.a. memangku jabatan sebagai Amirul Mukminin,datang kepadanya beberapa orang pendeta Yahudi. Mereka berkata kepada Khalifah: “Hai Khalifah Umar, anda adalah pemegang kekuasaan sesudah Muhammad dan sahabatnya, Abu Bakar. Kami hendak menanyakan beberapa masalah penting kepada anda. Jika anda dapat memberi jawapan kepada kami, barulah kami mau mengerti bahwa Islam merupakan agama yang benar dan Muhammad benar-benar seorang Nabi. Sebaliknya, jika anda tidak dapat memberi jawaban, bererti bahawa agama Islam itu batil dan Muhammad bukan seorang Nabi.”
.
“Silakan bertanya tentang apa saja yang kalian inginkan,” sahut Khalifah Umar. “Jelaskan kepada kami tentang ibu kunci yang mengunci langit, apakah itu?” Tanya pendeta-pendeta itu, memulai pertanyaan-pertanyaannya.

Terangkan kepada kami tentang adanya sebuah kuburan yang berjalan bersama penghuninya, apakah itu? Continue reading

Ashabul Kahfi – (ii) : Cerita Tamlikha dan enam sahabatnya

Penulis di pintu masuk gua Ashabul Kahfi

Salam, sebenarnya aku dah hantar semua post Ashabul Kahfi ini ke group2 di BB. Tapi memikirkan ada yang membaca blog, kita sambung lagi di blog anjang ni….

Sampai di situ pendeta yang bersangkutan berdiri lagi sambil berkata: “Jika engkau benar-benar tahu, cuba terangkan kepadaku dari apakah mahkota itu dibuat?”

“Hai saudara Yahudi,” kata Imam Ali menerangkan, “Mahkota raja itu terbuat dari kepingan-kepingan emas, berkaki 9 buah, dan tiap kakinya bertaburan mutiara yang memantulkan cahaya laksana bintang-bintang menerangi kegelapan malam. Raja itu juga mempunyai 50 orang pelayan, terdiri dari anak-anak para hulubalang. Semuanya memakai selempang dan baju sutera berwarna merah. Seluar mereka juga terbuat dari sutera berwarna hijau. Semuanya dihias dengan gelang-gelang kaki yang sangat indah. Masing-masing diberi tongkat terbuat dari emas. Mereka harus berdiri di belakang raja. Selain mereka, raja juga mengangkat 6 orang, terdiri dari anak-anak para cendekiawan, untuk dijadikan menteri-menteri atau pembantu-pembantunya. Raja tidak mengambil suatu keputusan apa pun tanpa berunding lebih dulu dengan mereka. Enam orang pembantu itu selalu berada di kanan kiri raja, tiga orang berdiri di sebelah kanan dan yang tiga orang lainnya berdiri di sebelah kiri.”

Pendeta yang bertanya itu berdiri lagi. Lalu berkata: “Hai Ali, jika yang kau katakan itu benar, cuba sebutkan nama enam orang yang menjadi pembantu-pembantu raja itu!”

Imam Ali r.a. menjawab: “Kekasihku Muhammad Rasul Allah SAW menceritakan kepadaku, bahawa tiga orang yang berdiri di sebelah kanan raja, masing-masing bernama Tamlikha, Miksalmina, dan Mikhaslimina. Adapun tiga orang pembantu yang berdiri di sebelah kiri, masing-masing bernama Martelius, Casitius dan Sidemius. Raja selalu berunding dengan mereka mengenai segala urusan

Ruangan di dalam gua

Demikianlah raja itu berada di atas singgahsana kekuasaan selama tiga puluh tahun. Selama itu ia tidak pernah diserang penyakit apa pun, tidak pernah merasa pening kepala, sakit perut, demam, berliur, berludah atau pun beringus. Setelah sang raja merasa diri sedemikian kuat dan sihat, ia mulai bongkak, derhaka dan zalim. Ia mengaku dirinya sebagai “Tuhan” dan tidak mahu lagi mengakui adanya Allah SWT.

Raja itu kemudian memanggil orang-orang terkemuka dari rakyatnya. Barang siapa yang taat dan patuh kepadanya, diberi pakaian dan berbagai macam hadiah lainnya. Tetapi barang siapa yang tidak mahu taat atau tidak bersedia mengikuti kemahuannya, ia akan segera dibunuh. Oleh sebab itu semua orang terpaksa mengiakan kemahuannya. Dalam masa yang cukup lama, semua orang patuh kepada raja itu, sampai ia disembah dan dipuja. Mereka tidak lagi memuja dan menyembah Allah SWT.

Pada suatu hari perayaan ulang tahunnya, raja sedang duduk di atas singgahsana mengenakan mahkota di atas kepala, tiba-tiba masuklah seorang hulubalang memberi tahu, bahawa ada balatentara asing masuk menyerbu ke dalam wilayah kerajaannya, dengan maksud hendak melancarkan peperangan terhadap raja. Demikian sedih dan bingungnya raja itu, sampai tanpa disedari mahkota yang sedang dipakainya jatuh dari kepala. Kemudian raja itu sendiri jatuh terpelanting dari atas singgahsana. Salah seorang pembantu yang berdiri di sebelah kanan –seorang cerdas yang bernama Tamlikha– memperhatikan keadaan sang raja dengan sepenuh fikiran. Ia berfikir, lalu berkata di dalam hati:

“Kalau Diqyanius itu benar-benar Tuhan sebagaimana menurut pengakuannya, tentu ia tidak akan sedih, tidak tidur, tidak buang air kecil atau pun air besar. Itu semua bukanlah sifat-sifat Tuhan.”

Continue reading